Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Wednesday, 16 October 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

e-FATWA

MENYEMAK SEMULA KAEDAH MEMANDIKAN JENAZAH PESAKIT COVID-19 DI NEGERI PAHANG

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 02/2021 bersidang pada 15 Jun 2021 melalui sidang video

Keputusan :
Hukum asal pengurusan jenazah Muslim hendaklah diurus dengan sempurna mengikut kaedah pengurusan jenazah yang dimandi, dikafan, disembahyangkan dan dikebumikan. Namun bagi jenazah yang dijangkiti penyakit berbahaya yang dibimbangi menjangkiti kepada pengurus jenazah semasa diuruskan, maka diputuskan dengan cara;
  1. Jika diyakini selamat dan tidak memudharatkan kepada pihak pengurusan, maka jenazah diuruskan dengan sempurnadari urusan memandi, mengkapan, menyembahyangkan hingga pengkebumian
  2. Jika pihak pengurus jenazah bimbang kepada keselamatan semasa menguruskan jenazah khususnya semasa pemandian, bolehlah dilalukan air atau dijiruskan airke seluruh tubuh mayat. Kemudian dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan
  3. Jika pihak pengurus jenazah bimbang dijangkiti dengan penggunaan air semasa urusan pemandian khususnya, maka jenazah berkenaan bolehla ditayamumkan sahaja tanpa dimandikan. Kemudian jenazah dikapan dan seterusnya dikebumikan .