Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Wednesday, 16 October 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

e-FATWA

WAKAF TUNAI BANK MUAMALAT

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang 2021 bilangan 1 , pada 25 Februari 2021 .

Keputusan :
Mesyuarat bersetuju memutuskan agar memberikan hak pelantikan kepada Bank Mualamat Malaysia Berhad (BMMB) sebagai ejen kutipan wakaf tunai dan bersama-sama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk mengurus projek wakaf terpilih melalui Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) antara Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Bank Mualamat Malaysia Berhad (BMMB).
  1. Di dalam cadangan kerjasama ini , pihak Majlis dimohon ;
  2. Melantik BMMB sebagai ejen untuk mengutip sumbangan wakaf daripada masyarakat untuk dimasukkan ke akaun wakaf induk Majlis di cawangan BMMB yang dipersetujui kemudian
  3. Memberi kerjasama penuh dan bantuan segera kepada BMMB termasuk bagi tujuan promosi dan penerangan dalam melaksanakan Wakaf Pahang Muamalat
  4. Memberi maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh BMMB melaksanakan Wakaf Pahang Muamalat
  5. Memastikan setiap tuntutan pengeluaran dana wakaf yang telah diluluskan Jawatankuasa Pengurusan Bersama dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tuntutan dibuat .
  6. Majlis perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk pelepasan cukai atas sumbangan wakaf
  7. Bagi sumbangan dana kepada Wakaf Pahang Muamalat , Majlis mesti memastikan rekod dan maklumat pengeluaran resit bagi pelepasan cukai kepada pewakaf dikemaskini dan dikeluarkan secara tahunan. Salinan rekod pengeluaran resit-resit hendaklah diberikan kepada BMMB bagi tujuan rekod dan rujukan .
  8. Memastikan dana wakaf dimasukkan dalam akaun induk Wakaf Pahang Muamalat yang dimiliki oleh MUIP. Justeru bagi keperluan cadangan kerjasama BMMB ini pihak Majlis dikehendaki membuka Akaun Semasa Dana Wakaf Pahang di BMMB Cawangan Kuantan . Dana wakaf ini akan dikenali sebagai Wakaf Pahang Muamalat .
  9. Tandatangan bagi akaun semasa di BMMB ini cadangan untuk ditandatangani oleh Yang Amat Mulia Tengku Timbalan Yang Dipertua Majlis dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis
  10. Usaha ini dibentuk dengan hasrat untuk menjadikan institusi Perbankan Islam sebagai kutipan dana wakaf MUIP
  11. Hasil dari kerjasama ini kutipan dana wakaf Pahang dijangka akan meningkat . Kutipan ini seterusnya dapat disalurkan kepada perlaksanaan aktiviti dan projek wakaf di bawah seliaan Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang dianggotai oleh wakil MUIP dan BMMB untuk manfaat kepada masyarakat sebagaimana yang sedang dilaksanakan di Kelantan , Negeri Sembilan dan Selangor .
  12. Dengan rangkaian 65 cawangan BMMB di seluruh negara serta ledakan teknologi kewangan , saluran kutipan dapat dipelbagaikan bagi menjana lebih banyak kutipan dana wakaf . BMMB juga dapat menawarkan kepakarannya dalam pelaburan , pemasaran , dan pengurusan risiko dalam kerjasama ini supaya prestasi dana terus mampan dan berdaya saing .
  13. Mesyuarat bersetuju menyerahkan isu dan permohonan kerjasama ini kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kerana mesyuarat menganggapkan bahawa kerjasama ini diperhalusi di bawah Jawatankuasa Wakaf Pahang yang dipengerusikan oleh YAM Tengku Panglima Raja ( Timbalan Yang Dipertua MUIP ) dan jika terdapat isu hukum sewaktu melaksanakannya barulah ianya dirujuk kepada Jawatankuasa Perundingan Syarak Negeri Pahang .