Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Saturday, 21 June 2025 | 24 Zulhijjah 1446

e-FATWA

AJARAN MASITAH BINTI JALAR @ KUMPULAN PERJALANAN MIMPI YANG TERAKHIR (PYMT)

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 01/2022 yang bersidang pada 18 Januari 2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-

Keputusan :

Ajaran yang dibawa oleh Masitah binti Jalar @ Kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) ini jelas mempunyai unsur-unsur penyelewengan akidah serta boleh menggugat keselamatan negara. Unsur-unsur penyelewengan tersebut antaranya adalah seperti berikut;

i.Perjalanan mimpi yang terakhir (PMYT) termasuk dalam kategori al-Hulm yang berpunca daripada syaitan;

ii.Ijma’ ulama’ menyatakan bahawa mimpi selain daripada mimpi para anbiya’ tidak boleh dijadikan hujah/ sumber dalam hukum syarak samaada dalam akidah mahupun syarak;

iii.Penilaian kebenaran sesuatu mimpi bergantung kepada sejauh mana ianya bertepatan dengan hukum syarak. Oleh itu sebarang dakwaan yang bercanggah dengan syarak berasaskan mimpi adalah satu penyelewengan daripada syariat Islam dan tertolak. Ini termasuklah dakwaan-dakwaan Masitah binti Ab Jalar @ PMYT seperti berikut:-

a.Menyamakan Allah dengan makhlukNya yang mendakwa bahawa Allah SWT berjisim. Ini bercanggah dengan firman Allah dalam Surah al-Ikhlas bahawa Allah tidak sama denganmakhluk dan dakwaan sebegini merupakan suatu perbuatan syirik yang boleh membawa kepada murtad;

b.Mengaku menerima wahyu dengan mendakwa bahawa Allah SWT memerintah kepada Masitah Ab Jalar untuk memegang bahu Rasulullah SAW sebagai syarat untuk mengeluarkan ahli keluarganya daripada neraka. Ini bercanggah dengan akidah Islam bahawa tiada lagi wahyu turun kepada sesiapa pun selepas Rasulullah SAW;

c.Dakwaah mengetahui perkara-perkara ghaib. Ini bercanggah dengan firman Allah dalam Surah Luqman, ayat 34 yang menyatakan bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perkara ghaib; dan

d.Pendustaan terhadap Allah dangan mendakwa Allah akan mengampunkan umat Muhammad disebabkan Masitah. Para ulama’ ijma’ mengatakan bahawa pendustaan terhadap Allah SWT adalah suatu dosa besar yang boleh membawa kepada kekufuran.

iv.Kumpulan ini boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara dan keharmonian masyarakat dengan meramalkan akan berlakunya perang dunia ketiga serta mengarahkan pengikutnya membentuk satu pasukan ketenteraan untuk mencari Imam Mahdi dan berbai’ah dengan baginda yang kononnya bagi melawan semula musuh yang menyerang negara.

v.Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk berpegang, beramal atau terlibat dengan kefahaman dan ajaran Masitah binti Ab Jalar @ Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) serta mana-mana ajaran yang seumpama dengnnya. Mereka yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini atau yang seumpama dengannya hendaklah segera bertaubat serta memohonkeampunandaripada Allah SWT.

2022 AJARAN ASMAUL HUSNA YANG DIBAWA OLEH DR.WAN MASERI BIN WAN MOHD
vi.Pihak berkuasa keselamatan dan pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan bersepadu untuk membendung kumpulan ini daripada terus merosakkan akidah umat Islam dan mengancam keselamatan negara.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 June 2025. Jumlah Pelawat : 938,568
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Total:

84

Countries
938568
Today: 774
This Week: 8,208
This Month: 122,589
This Year: 331,904