Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Monday, 12 May 2025 | 14 Zulkaedah 1446

e-FATWA

CADANGAN HUKUM BERKENAAN PENGGUNAAN UBAT PRE-EXPOSE PROHYLAXIS (PrEP) SEBAGAI PENCEGAHAN HIV BAGI GOLONGAN BERISIKO TINGGI DI NEGERI PAHANG

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2024, pada 25 – 26 November 2024

Keputusan:

1.Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang secara jelas menentang segala perlakuan seks yang haram seperti zina, Homoseksual, Lesbian, Biseksual, Transgender dan sebagainya.

2.Sebarang dasar kesihatan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengambil kira latar belakang masyarakat, sosio-budaya dan agama.

3.Pemberian Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) harus untuk diberikan kepada pasangan suami isteri yang sah bagi mengelakkan penularan HIV kepada pasangan yang belum dijangkiti dengan nasihat pakar perubatan.

4.Pemberian PrEP kepada golongan homoseksual/MSM, Transgander, sex worker dan pengguna dadah suntikan (IDU) yang ingin kembali bertaubat adalah diharuskan bagi memelihara maqasid Syariah yang merangkumi pemeliharaan agama, nyawa dan maruah. Keharusan tersebut adalah berdasarkan kepada kaedah feqah“ " دَرْءُ الْمُفَاسِد مُقَدِّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِح " iaitu “menolak kemudaratan perlu didahulukan daripda meraih kebaikan“.

5.Pemberian PrEP kepada golongan yang ingin kembali bertaubat tersebut tidak boleh diberikan secara semberono melainkan dengan saringan, pemantauan kaunseling serta kaunseling agama dan temujanji susulan.

6.Pemberian ubat PrEP secara bebas tidak diharuskan bagi mengelak berlakunya perbuatan membantu perkara mungkar ( seks sumbang, seks luar ikatan perkahwinan dan seumpamanya) dan juga berdasarkan kaedah “ دَرْءُ الْمُفَاسِد مُقَدِّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِح“ iaitu menutup pintu-pintu atau jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara-perkara yang diharamkan.

7.Penekanan kepada kepada pendekatan Abstinen (berhenti dari melakukan hubungan sumbang), program kerohanian, Psikospiritual, Advokasi dan sebagainya perlu disebarkan oleh agensi kerajaan dan NGO bagi memberikan pengetahuan, kesedaran, perubahan sikap dan amalan kepada masyarakat untuk menjauhi larangan dalam ajaran islam serta norma yang bertentangan dengan budaya masyarakat.

8.Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membendung gejala sosial seperti penagihan dadah, seks bebas dan perlakuan hubungan sejenis khususnya dalam kalangan kumpulan GAY, Biseksual dan Transgender bagi mengelakkan penularan HIV semakin meningkat di negara ini.

9.Semua pihak yang terlibat perlu menghormati penegasan dari sudut pendangan islam (ترﻏيب ) dan ترهيب)) sebagai salah satu usaha mengekang LGBT )dan penularan HIV dalam kalangan masyarakat.

Keputusan ini bukanlah satu bentuk kompromi atau promosi terhadap aktiviti songsang dan salah dari segi syarak