PENETAPAN MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ATAS MANHAJ AL-ASYA’IRAH WAL MATURIDIAH DI NEGERI PAHANG
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2024, pada 25 – 26 November 2024
Keputusan :
Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan penetapan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah atas Manhaj Al-Asyairah Wal Maturidiyah di Negeri Pahang.
Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa berikut adalah ciri-ciri umum Ahli Sunnah Wal Jamaah :
1. Menetapkan sifat-sifat kesempurnaan yang layak bagi zat Allah SWT.
2. Mensucikan (tanzih dan taqdis) secara mutlak zat dan sifat Allah SWT daripada kekurangan denganmenyerahkan makna nas mutashabihat (tafwid) sebagaimana pegangan Salaf, dan mengharuskan tafsir makna (takwil) yang bersesuaian dengan Bahasa Arab sebagaimana pendekatan Khalaf.
3. Menjaga adab yang tinggi terhadap Rasulullah SAW dan mengiktikadkan bahawa Baginda SAW adalah makhluk Allah SWT yang paling mulia.
4. Mencintai dan menghormati ahli keluarga Rasulullah SAW dan semua sahabat Rasulullah SAW.
5. Pegangan majoriti ulama’ umat Islam sejak dahulu sehingga kini.
6. Pegangan majoriti umat Islam sejak dahulu sehingga kini.
7. Golongan pertengahan (wasatiyyah) antara dua sisi pegangan yang melampau seperti antara Jabariah dan Qadariah, atau antara Mujassimah dan Mu’attilah, atau antara Syiah dan Khawarij.
8. Tidak mengkafirkan umat Islam kerana melakukan dosa, apatah lagi kerana melakukan amalan-amalan sunat, perkara khilāfiyyah dan adab dalam ibadah dan berdoa seperti tawassul, tabarruk dan istighāthah.
9. Menghormati perbezaan pandangan di kalangan umat dan berlapang dada dalam perkara khilāfiyyah namun bertegas dalam asas akidah.
10. Tidak mengkafirkan atau menyesatkan atau mencaci para ulama’ dan orang-orang soleh.
11. Tidak mengkafir dan menyesatkan umat Islam (ahli kiblat) kecuali diputuskan oleh pihak yang berautoriti.
12.Tidak melakukan pemberontakan (bughah) dan menimbulkan kekacauan ke atas raja pemerintah dan umat Islam.
13. Menegakkan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan.
14. Beramal dengan Mazhab Syafie dan meraikan tiga Mazhab Fiqah Sunni (Hanafi, Maliki dan Hanbali) dalam konteks negeri Pahang.
15. Beramal dengan tasawuf yang muktabar sebagaimana huraian Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam Al-Ghazali dalam konteks negeri Pahang.