Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Friday, 17 April 2026 | 28 Syawal 1447

e-FATWA

CADANGAN PERLAKSANAAN ZAKAT PERNIAGAAN OLEH LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) BAGI AKAUN PATUH SYARIAH KWSP(SIMPANAN SHARIAH)

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 02 /2025 telah bersidang pada 29 hingga 30 April 2025 telah membuat keputusan berikut :

Keputusan:

Mesyuarat bersetuju bahawa:


a) Akaun simpanan shariah memenuhi kewajipan pembayaran zakat secara tahunan kerana mempunyai ciri-ciri milikan sempurna (al-milkal- tam)dan pencarum mempunyai hak untuk bertransaksi (haqal-tasarruf) dengan memberikan wakalah kepada Lembaga KWSP;

b) Kewajipan zakat akaun simpanan shariah adalah zakat perniagaan;

c) Harus bagi Lembaga KWSP menguruskan pembayaran zakat perniagaan bagi pihak pencarum; dan

d) Agihan zakat perniagaan hendaklah berdasarkan kepada tempat bekerja pencarum mengikut negeri masing-masing.

Kajian lanjut disyorkan kepada kumpulan penyelidik untuk memutuskan hukum zakat pada tahun tahun sebelumnya selepas akaun Simpanan Syariah diwujudkan semenjak tahun 2016.

 

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 16 April 2026. Jumlah Pelawat : 1,654,878
Kembali ke Atas
Malaysia 96.0% Malaysia

Total:

117

Countries
1654878
Today: 1,950
This Week: 14,967
This Month: 55,526
This Year: 378,654