IMPLIKASI PENGIKTIRAFAN GENDER KETIGA KEPADA ASPEK AGAMA, KESIHATAN, SOSIAL, UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI DI MALAYSIA
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 03 2025 pada 2 & 3 Julai 2025 telah memutuskan:
Keputusan:
Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju untuk tidak mengiktiraf gender ketiga kerana diharamkan oleh syarak. Sebarang pengiktirafan keatas gender ketiga memberi kesan kepada aspek agama, kesihatan, sosial, gaya hidup, undang-undang dan hak asasi di Malaysia. Mesyuarat membuat ketetapan berikut :
a)Pengiktirafan gender ketiga merupakan pengiktirafan terhadap sesuatu yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah SWT serta bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam;
b)Pengiktirafan gender ketiga akan membawa kepada kerosakan (mafsadah) dan mendorong kepada maksiat yang besar seperti hubungan sejenis, seks luar tabii, lelaki berperwatakan seperti wanita, wanita berperwatakan seperti lelaki dan penipuan identiti;
b)Pengiktirafan gender ketiga akan membawa kepada kerosakan (mafsadah) dan mendorong kepada maksiat yang besar seperti hubungan sejenis, seks luar tabii, lelaki berperwatakan seperti wanita, wanita berperwatakan seperti lelaki dan penipuan identiti;
c)Program dakwah dan bimbingan kepada golongan transgender perlu diperluas dan dipergiatkan oleh agensi agama di Negeri Pahang;
d)Pengiktirafan gender ketiga akan membawa implikasi negatif kepada agama, kesihatan, sosial, psikologi, undang-undang, hak asasi dan politik serta institusi kekeluargaan dan menjejaskan keturunan manusia;
e)Kerajaan Negeri Pahang dan kerajaan Malaysia hendaklah bertegas menolak pengiktirafan gender ketiga; dan
f) Keputusan ini hendaklah menjadi panduan kepada agensi-agensi kerajaan, pembuat dasar, pusat-pusat pengajian tinggi, para pendidik, pihak sekolah dan ibu bapa serta pihak berkepentingan yang lain