KERTAS CADANGAN KEBENARAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DIPERKAMPUNGAN ORANG ASLI DENGAN BILANGAN 12 ORANG
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 02 /2025 telah bersidang pada 29 hingga 30 April 2025 telah membuat keputusan berikut :
Keputusan:
Mesyuarat bersetuju bahawa:
- Solat jumaat hanya boleh dilakukan pada tempat yang mempunyai 40 lelaki yang bermastautin yang cukup syarat mengikut pandangan muktamad Mazhab Syafie.
- Mesyuarat bersetuju menggunakan pandangan yang membenarkan solat jumaat pada tempat yang mempunyai 12 orang lelakiyang bermastautin yang cukup syarat di Sungai Kuching, Jerantut, PosLemoi, Pos Betau, Kampung Ruai, Sawah Batu, Bukit Serdang dan Jemeri.
- Kebenaran tersebut adalah terhad kepada kes ini dan berdasarkan alasan-alasan berikut:
- Perkampungan tersebut jauh daripada masjid yang berhampiran yang mendirikan solat jumaat
- Kedudukan kampung orang asli yang terpencil dan jumlah pendudukmuslim yang tidak ramai
iii. Menggalakkan kewujudan syiar islam melalui solat berjemaah dan solat jumaat ditempat tersebut
- Sebagai satu maslahah kepentingan dakwah masyarakat
- Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP)hendaklah memastikan solat berjemaah dan solat jumaat sentiasa berterusan di surau yang diberikan kebenaran jumaat.
- Bagi Kampung Jemeri, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)hendaklah membuat perbincangan lanjut dengan Al Fadhil Qadhi Daerah Rompin kerana kampung tersebut berhampiran dengan masjid yang mendirikan solat jumaat.