GARIS PANDUAN PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN DAN UPACARA KEMATIAN ORANG SELAIN ISLAM SERTA KUNJUNGAN DAN PENGANJURAN MAJLIS DIRUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 02 /2025 telah bersidang pada 29 hingga 30 April 2025 telah membuat keputusanberikut :
Keputusan:
Mesyuarat bersetuju dengan Garis Panduan sebagaimana berikut:
GARIS PANDUAN
- PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM SAMBUTAN PERAYAAN ORANG SELAIN ISLAM
1) Menghadiri Majlis Sambutan Perayaan
- Orang Islam boleh menghadiri dan menyertai majlis sambutan perayaan bagi tujuan memenuhi undangan individu tertentu seperti ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai dengan syarat majlis tersebut tidak disertai dengan upacara ritual keagamaan selain Islam seperti pemujaan atau sebarang aktiviti berunsurkan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak
- Dalam menentukan perayaan orang selain Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam, beberapa criteria utama hendaklah dijadikan panduan sepertiberikut:
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan perkara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Contohnya;
- Pelaksanaan upacara ritual agama selain
- Perbuatan membawa, meletak,mengangkat atau memuliakan simbol agama seperti salib, patung berhala dan sebagainya.
- Nyanyian lagu-lagu bercirikan agama.
- Bacaan doa agama selain Islam dalam
- Perbuatan meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi atau tanda-tanda lain pada anggotatubuh.
- Ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang selain Islam.
- Perbuatanbagi maksud menghormati upacara agama orang selain Islam seperti menundukkan kepala, mengangkat kedua tangan seperti gaya sembah dan sebagainya.
- Pemasangan lampu, lilin atau selainnya bagi tujuan sesuatu ritualatau pemujaan.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan perkarayang bertentangan dengan syarak.
Contohnya:
- Pemakaian pakaian yang melambangkan syiar agama selain Islam;
- Hidangan makanan atau minuman yang tidak halal dan seumpamanya;
- Mengadakan bunyi-bunyian seperti loceng gereja atau kuil,
- Mengadakan dan menyertai ritual agama seperti berarak atau apa-apa perbuatan seperti aktiviti memecah kelapa bagi tujuan pemujaan;
- Mengadakan hiasan yang berunsur kepercayaan atau agama lain seperti hiasan pokok Krismas;
- Mengadakanacara yang berunsur perjudian, tilik nasib, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya;
- Nyanyian lagu-lagu yang mengandungi senikata yang tidak bermoral dan yang bertentangan dengan ajaran Islam;
- Meratap/menangis untuk tujuan mendapatkan upah dan lain-lain lagi.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan akhlak dan budaya masyarakat
Contohnya:
- Percampuran bebas tanpa batas danadabsopan;
- Berpakaian dengan pakaian yang tidak sopan, mencolok mata;
- Bagi pengunjung beragama Islam hendaklah menutup aurat; mulahazah
- Mengadakan acara hiburan yang melalaikan;
- Mengadakan majlis bukan dalam waktu-waktu ibadat umat Islam seperti azan, solat jemaah, khutbah dan solat Jumaat;
- Acara yang dilakukan jauh daripada masjid,surau dan tanah perkuburan Islam.
- Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatanyang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Contohnya:
- Ucapan atau nyanyian berbentuk propaganda, penyebaran risalah dan agamanya;
- Persembahan atau ucapan yang menghina atau mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam;
- Pelaksanaan majlis dalam tempoh umat Islam melaksanakan ibadah seperti waktu azan, solat jemaah, khutbah dan solat Jumaat;
- Lokasi majlis tidak berhampiran dengan masjid, surau, tanah perkuburan Islam dan tanah wakaf dan;
- Premis yang digunakan tidak mempamerkan syiar agama selain Islam.
- Pihak penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berautoriti (pihak berkuasa tempatan,Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan perlu mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama Islam jika jemputan melibatkan pemimpin atau orang Islam sebelum sesuatu majlis perayaan dilaksanakan.
2. Ucapan tahniah dan selamat
- Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau melalui media elektronik sepertie-mel,system pesanan ringkas,media social dan sebagainya di atas semangat dan prinsip persahabatan sebagai tanda keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum adalah
- Ucapan tahniah dan selamat kepada bukan Islam adalah diharuskan dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik, kufur,riddah, maksiat, munafik, fasiq, tidak mengiktiraf,memuji atau memuliakan agama dan kepercayaan selain Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka. Selain itu, ucapan tersebut juga hendaklah bebas daripada ungkapan keagamaan yang bertentangan dengan syarak(akidah,syariat dan akhlak).
3. Persiapan Sambutan Perayaan Selain Islam
- Orang Islam dilarang untuk terlibat dalam persiapan sambutan perayaan atau Majlis Keagamaan Selain Islam yang melibatkan upacara ritual perayaan keagamaan selain Islam atau sebarang aktiviti berunsurkan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah,syariahdanakhlakIslam.
- Urusan jual beli barangan dan menawarkan perkhidmatan untuk upacara pemujaan dalam perkara ini adalah dilarang dan
- B. PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM UPACARA KEMATIAN ORANG SELAIN ISLAM
- 4. Menghadiri upacara kematian orang selain Islam
- OrangIslam diharuskan menghadiri upacara kematian ahli keluarga,rakan-rakan, jiran-jiran atau penganut selain Islam dengan syarat tidak terlibat dalam ritual keagamaan berasaskan keharmonian dan perpaduan kaum dan bangsa.
- Orang Islam dilarang turut serta dalam menyediakan peralatan ritual kematian.
- Orang Islam dilarang meratapi dan mengambil upah menangisi kematian ahli keluarga atau rakan-rakan yang selain Islam.
- Orang Islam dalam kalangan ahli keluarga atau waris kepadasi mati yang bukan Islam diharuskan menghadiri majlis pengebumian dengan syarat memelihara akidah, syariah dan akhlak Islam dan tidak terlibat dengan upacara
- Orang Islam dilarang terlibat dengan upacara pembakaran duit kertas serta replika peralatan kehidupan harian untuk bekalan orang yang telah meninggal dunia walaupun kepada ahli keluarga terdekat yang selain Islam kerana ia melibatkan ritual keagamaan
- Orang Islam dilarang mendoakan dan memohon keampunan keatas orang selain Islam yang telah meninggal dunia.
- Orang Islam diharuskan untuk melafazkan takziah kepada waris simati diatas kematian ahli keluarga orang selain Islam dengan ucapan sabar, menerima ketentuan Allah yang mana setiap manusia akan menemui kematian dengan syarat perkataan yang dilafazkan tidak bercanggah dengan akidah,syariah dan akhlakIslam.
- C. KUNJUNGAN DAN PENGANJURA N MAJLIS DI RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
- 5. Kunjungan ke Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI)
- Orang Islam dibenarkan hadir ke RIBI atau dalam kawasan perkarangannya atas sebab keperluan yang bersifat dharuriyah dan hajiyah seperti menjalankan tugas, menguruskan hal berkaitan keselamatan,kesihatan, kajian, bantuan dan
- Orang Islam dilarang hadir ke RIBI semasa upacara ritual agama sedang dijalankan.
- Orang Islam tidak digalakkan makan dan minum di RIBI kerana membawa fitnah dan salah sangka masyarakat.
- Orang Islam dilarang melibatkan diri dengan kerja-kerja merancang, membina, membersih, membaiki, menghias dan sebagainya di RIBI kecuali atas sebab dharuriyah aqsa (tidak ada pilihan lain)yang mendesak atau atas sebab jawatannya.
- Orang Islam dilarang melibatkan diri dengan majlis yang terdapat percampuran aktiviti berkait agama seperti majlis bacaan doa beramai-ramai melibatkan pelbagai agama, program persembahan kebudayaan berasaskan agama, juga yang bercanggah dengan syarak dan sebagainya.
- 6. Penganjuran Majlis Di Rumah Ibadat Selain Islam.
- Penganjuran majlis oleh agensi kerajaan yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam.
- Penganjuran Majlis Bukan Keagamaan yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam diRIBI dan premis/fasiliti yang terletak dalam kawasan perkarangannya tidak digalakkan kerana membawa fitnah dan salah sangka masyarakat serta kemungkinan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam khususnya masyarakat Islam setempat.
- Sekiranya terdapat daruriyah aqsa dan tiada tempat lain untuk digunakan, maka syarat-syarat berikut hendaklah terpakai. Segala perbuatan, pemakaian, ucapan, upacara, persembahan, budaya,adat,isyarat dan aktiviti mengambil kira perkara seperti berikut:
- Tidak bertentangan dengan akidah Islam;
- Tidak bertentangan dengan syarak;
- Tidak bertentangan akhlak dan budaya masyarakat Islam di negara ini;
- Tidak bertentangan sensitivity masyarakat Islam dan bukan Islam;dan
- Tidak menghina sembahan orang Islam dan bukan Islam.
- mendapatkan kebenaran daripada pihak berautoriti (pihakberkuasatempatan,PolisDirajaMalaysia(PDRM)) dan perlu mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama I
- Penganjuran Majlis Keagamaan Islam yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam didalam RIBI atau premis/fasilitiyang terletak dalam kawasan perkarangannya adalah dilarang.
- Penganjuran Majlis Keagamaan selain Islam yang melibatkan orangIslamdi dalamRIBI atau premis/fasiliti yang terletak dalam kawasan perkarangannya atau dimana-mana premis adalah dilarang
- Penganjuran majlis oleh orang atau organisasi Islam didalam RIBI dan premis/fasiliti di bawah seliaan RIBI yang mengandungi aktiviti berkaitan ritual agama selain Islam sama ada didalam RIBI atau di mana-mana premis adalah dilarang.
- Kehadiran pemimpin Islam ke RIBI adalah dilarang dan boleh mewakilkan kepada menteri-menteri/ pemimpin yang seagama selain orang Islam seperti menteri beragama hindu ke Batu Caves dan yang seumpama dengannya.
- Bacaan doa dalam majlis rasmi kerajaan hendaklah dilakukan oleh orang Islam sahaja seperti doa pada sambutan hari kemerdekaan dan lain-lain