Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Sunday, 11 January 2026 | 21 Rejab 1447

e-FATWA

HUKUM WANITA HAID, NIFAS DAN ORANG BERJUNUB MEMASUKI KE MASJID ATAU BALAI LINTANG MASJID

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 03 2025 pada 2 & 3 Julai 2025 telah memutuskan sebagaimana berikut:

Keputusan: Mesyuarat bersetuju bahawa:

1. Wanita haid, nifas dan orang berjunub haram berada (berhenti) dalam masjid dan surau yang mengambil hukum masjid.

2. Dalam keadaan darurat atau keperluan (hajah), wanita haid, nifas dan orang berjunub diharuskan memasuki masjid dengan syarat tidak dibimbangi mengotori masjid.

3. Wanita haid, nifas dan orang berjunub harus memasuki atau melintasi perkarangan masjid sekiranya tidak dibimbangi mengotori masjid.

4. Pihak pentadbir masjid hendaklah memastikan kawasan yang diiktiraf sebagai bangunan masjid yang tertakluk kepada keharusan solat sunat tahiyatul masjid dan larangan ke atas kawasan tersebut.

5. Penentuan kawasan masjid tersebut hendaklah kekal dan tidak diharuskan berubah ubah.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 09 January 2026. Jumlah Pelawat : 1,301,545
Kembali ke Atas
Malaysia 96.0% Malaysia
United States of America 2.1% United States of America

Total:

102

Countries
1301545
Today: 1,480
This Week: 14,044
This Month: 25,321
This Year: 25,321