Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 04/ 2025 pada 13 - 14 Oktober 2025 telah memutuskan bahawa:
1. Kaedah penilaian zakat tabung unit amanah ASNB mengguna pakai kaedah al-Mustaghallat kepada tabung unit amanah ASNB berharga tetap sahaja iaitu penilaian zakat ke atas pengagihan atau dividen dan bukannya ke atas modal pelaburan sebagai pilihan kiraan zakat.
2. Penilaian zakat al-Mustaghallat adalah secara khultah (kolektif) untuk semua tabung unit amanah ASNB yang berharga tetap sahaja. Jumlah zakat akan dikira berdasarkan jumlah pengagihan pendapatan secara kolektif.
3. PNB hendaklah membayar zakat pelabur berdasarkan tempat tinggal atau tempat bekerja pencarum setelah diwakilkan oleh pelabur.