Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Wednesday, 23 September 2026 | 11 Rabiulakhir 1448

e-FATWA

PEMBAYARAN WANG KWSP DI BAWAH PAKEJ LANTIKAN TETAP DAN BERCARUM BAGI PENJAWAT AWAM (PAKEJ LTB)

Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 01/2026 yang bersidang pada 27 dan 28 April 2026 telah memutuskan mengenai pembayaran wang KWSP di bawah pakej lantikan tetap dan bercarum bagi penjawat awam (pakej LTB) akan menjadi hak milik penerima manfaat (benefisiari) dan tidak tertakluk kepada hukum faraid dengan syarat-syarat berikut: 


(a)     Ahli KWSP di bawah Pakej LTB (Peserta LTB) dan majikan mencarum berdasarkan akad tabarru’ iaitu sumbangan atau derma untuk mewujudkan dana persaraan (Dana Tabarru’) bagi tujuan kebajikan Peserta LTB dan ahli keluarganya termasuk orang tanggungan yang diuruskan di bawah KWSP; 


(b)     Dana Tabarru’ berperanan sebagai shakhsiyyah i’tibariyyah yang menerima tabarru’ atau sumbangan;


(c)     Pengurusan Dana Tabarru’ dan penggunaannya adalah berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui oleh pihak yang memberikan tabarru’ atau sumbangan dan Lembaga KWSP sebagai pemegang amanah; dan 


(d)     Pembayaran kepada penerima manfaat (benefisiari) dibuat melalui apa-apa kaedah yang ditentukan oleh Lembaga KWSP seperti bayaran ke akaun bank penerima.

 

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 22 September 2026. Jumlah Pelawat : 1,945,098
Kembali ke Atas
Malaysia 95.5% Malaysia
United States of America 2.0% United States of America

Total:

142

Countries
1945098
Today: 2,158
This Week: 7,179
This Month: 44,935
This Year: 668,874