Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Friday, 20 June 2025 | 23 Zulhijjah 1446

Panduan & Rujukan

Amalan-amalan yang disunatkan pada 1 Syawal
28 March 2025

Amalan-amalan yang disunatkan pada 1 Syawal

Amalan Yang Disunatkan Pada 1 Syawal

1. Menghidupkan Malam 1 Syawal dengan ibadah

Abu Umamah al-Bahili meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَامَ ليلة العيدين محتسِبًا لله لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
"Sesiapa yang bangun menghidupkan malam Dua Hari Raya dengan ibadah dalam keadaan mengharapkan ganjaran Allah, hatinya tidak akan mati tatkala hari sekalian hati mati." (Sunan Ibn Majah: 1782, dinilai hasan oleh Imam Ibn Muflih al-Hanbali di dalam al-Furu': 2/408)

Imam al-Syafi'i berkata:

رأيت مشيخة من خيار أهل المدينة يظهرون على مسجد النبي صلى الله عليه وسلم ليلة العيد فيدعون ويذكرون الله حتى تمضي ساعة من الليل،.. وأنا أستحب كل ما حكيت في هذه الليالي من غير أن يكون فرضا
"Saya melihat para mashaykh dalam kalangan orang terbaik ahli Madinah duduk di Masjid Nabawi pada malam Hari Raya untuk berdoa dan berzikir kepada Allah sehingga larut malam,.. dan saya menganjurkan kesemua yang dihikayatkan ini pada malam-malam ini; namun dengan syarat, tidak sampai ia menjadi suatu kewajiban."
(Imam al-Syafi'i, al-Umm: 2/264)


2. Memperbanyakkan Takbir Bermula Tenggelamnya Matahari Akhir Ramadan hingga Sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Allah berfirman:

ولتكبروا الله
"Hendaklah kalian bertakbir membesarkan Allah." (QS al-Baqarah: 185)

Imam Ibn Hajar al-Haytami berkata:

أي عند إكمالها
"Iaitu, sunat bertakbir selepas selesai berpuasa Ramadan (sempena Hari Raya Aidilfitri)."

Imam al-Nawawi berkata:

يندب التكبير بغروب الشمس ليلتي العيد... والأظهر إدامته حتى يحرم الإمام بصلاة العيد.
"Disunatkan bertakbir bermula terbenamnya matahari akhir Ramadan memasuki Malam Raya,.. dan pendapat al-azhar dalam mazhab menyatakan: sunat tempoh bertakbir berakhir ketika Imam bertakbiratul ihram mendirikan Solat Raya."

(Imam Ibn Hajar al-Haytami, Tuhfah al-Muhtaj: 3/51)


3. Mandi Sunat Sebelum Solat Sunat Aidilfitri

al-'Allamah al-Ramli berkata:

(ويندب) له (الغسل) لكل من عيد الفطر والأضحى قياسًا على الجمعة
"(Disunatkan) bersempenanya (untuk mandi) bagi kedua-kedua perayaan ini sama ada Aidilfitri mahupun Aidiladha berdasarkan qiyas dengan hari Jumaat."

(Imam al-Syams al-Ramli, Nihayat al-Muhtaj: 2/392)

3. Mengemaskan Diri

al-'Allamah Ibn Hajar al-Haytami berkata:

بنحو الطيب وإزالة نحو شعر وظفر... فإنّه يُسنّ هنا لكلّ أحدٍ
"Seperti berwangian dan mencukur bulu-bulu serta kuku,.. disunatkan di sini (sempena Hari Raya Aidilfitri) bagi setiap seorang."

(Imam Ibn Hajar al-Haytami, Tuhfah al-Muhtaj: 3/47)

4. Memakai Pakaian Terbaik Ketika Solat Aidilfitri

al-'Allamah al-Ramli berkata:

(والتزين كالجمعة) بأحسن ثيابه وأفضلها البيض
"(Disunatkan berhias cantik seperti Hari Jumaat) dengan memakai baju tercantik dan warna yang afdal adalah putih."

(Imam al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj: 2/393)

al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani berkata:

( فائدة ): روى ابن أبي الدنيا والبيهقي بإسناد صحيح إلى ابن عمر أنه كان يلبس أحسن ثيابه في العيدين.
"(Faedah): Ibn Abi al-Dunya dan al-Bayhaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Ibn 'Umar memakai pakaian beliau yang terbaik ketika pergi menuju Solat Hari Raya."

(Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari: )

5. Memakan Beberapa Biji Tamar Dengan Bilangan Ganjil Sebelum Keluar Solat Sunat Aidilfitri

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ... وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
"Rasulullah SAW tidak keluar ke masjid untuk Solat Raya melainkan selepas baginda makan beberapa biji tamar,... dan baginda makan dengan jumlah yang ganjil." (Riwayat al-Bukhari: 953)

al-Khatib al-Syirbini berkata:

وأن يأكل قبلها في عيد فطر والأولى أن يكون على تمر وأن يكون وترًا
"(Dan disunatkan) untuk makan sebelum menunaikan solat sunat pada Hari Raya Aidilfitri, dan yang lebig afdal adalah memakan tamar (kurma kering) dengan jumlah yang ganjil."

(al-Bijirimi, Tuhfah al-Habib bi Syarh al-Khatib: 2/222)

6. Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri Berjemaah

al-'Allamah Ibn Hajar al-Haytami berkata:

(وتشرع) أي تسنّ (جماعةً) وهو أفضل
"(Disyariatkan) iaitu disunatkan (dilaksanakannya secara berjemaah) dan ia merupakan afdal (paling utama)."

(Imam Ibn Hajar al-Haytami, Tuhfat al-Muhtaj: 3/40)

7. Pergi dan Pulang Ke Masjid Untuk Solat Sunat Aidilfitri Dengan Jalan Yang Berbeza

Jabir bin 'Abdillah berkata:

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم العيد خالف الطريق
"Nabi SAW ketika Hari Raya akan pergi ke masjid dengan jalan yang lain, dan pulang dari masjid dengan jalan yang lain." (Riwayat al-Bukhari: 986)

Imam Ibn al-Muqri berkata:

ويذهب إليها في طريق ويرجع في أخرى.. ويخص الذهاب بالطويلة.
"(Disunatkan) untuk pergi menuju (solat raya) dengan suatu jalan, dan pulang dengan jalan yang lain. Dan dikhususkan supaya jalan ketika pergi untuk merupakan jalan yang lebih panjang."

(Shaykh al-Islam Zakariyya al-Ansari, Asna al-Matalib Syarh al-Raud al-Murbi': 1/283)

8. Mengucapkan Ucapan Tahniah "Taqabbalallahu Minna Waminkum"

al-'Allamah al-Bajuri berkata:

وتسنّ التهنئة بالعيد.. بنحو: تقبل الله منا ومنكم.
"Disunatkan mengucapkan tahniah sempena sambutan Eid, contohnya: ucapan Taqabbalallah minna wa minkum."

(Hasyiah al-Bajuri 'ala Ibn Qasim: 2/185)
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 June 2025. Jumlah Pelawat : 935,623
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Total:

84

Countries
935623
Today: 1,169
This Week: 5,263
This Month: 119,644
This Year: 328,959