Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Wednesday, 17 June 2026 | 1 Muharam 1448

Artikel dan Kajian

Berapa lama boleh simpan daging korban?
18 June 2025

Berapa lama boleh simpan daging korban?

Hadis Aisyah melalui ‘Amrah binti Abdurrahman bahawa Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

إِنَّمَا نَهَيْتُكُمْ مِنْ أَجْلِ الدَّافَّةِ الَّتِي دَفَّتْ حَضْرَةَ الْأَضْحَى؛ فَكُلُوا، وَتُصَدَّقُوا، وَادَّخِرُوا

"Sesungguhnya aku melarang kalian hanya karena ada daffah (yakni orang-orang luar yang datang dalam jumlah besar) yang datang pada Hari Raya Korban, maka sekarang makanlah, sedekahkanlah, dan simpanlah." (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi ketika menyarahkan hadith diatas menjelaskan bahawa larangan tersebut telah dimansukh:

"والصحيح نسخ النهي مطلقاً، وأنه لم يبق تحريم ولا كراهة، فيباح اليوم الادخار فوق ثلاث ليال، والأكل إلى متى شاء."

"Dan yang sahih (benar) ialah larangan itu telah dimansukh secara mutlak, dan tidak lagi ada pengharaman atau makruh, maka pada hari ini dibolehkan menyimpan (daging korban) melebihi tiga malam, dan memakannya selama mana yang dia kehendaki." (Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi)
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 21 June 2026. Jumlah Pelawat : 1,850,961
Kembali ke Atas
Malaysia 95.9% Malaysia

Total:

121

Countries
1850961
Today: 74
This Week: 6,370
This Month: 44,125
This Year: 574,737