
Dato’ Haji Badli Shah Bin Alauddin, DIMP., AMP., PPC.
Berkelulusan Sarjana Sains (Falsafah & Tamadun Islam) Universiti Malaysia Terengganu (2012), B.A (Hons.) Usuluddin (Tafsir), Universiti al-Azhar, Mesir (1999) dan Diploma Dakwah Islamiah, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu (1997); serta merupakan alumni Razak School of Government (RSOG) dan Pahang Corporate Management Services (PCMS) melalui penyertaan dalam Leadership Module dan Negotiation Module di bawah Program Succession Planning pada tahun 2023.
Dari sudut ikhtisas, di peringkat kebangsaan beliau merupakan Ahli Lembaga Penasihat Pembangunan al-Quran Malaysia (LPQM) (1 Januari 2025 – 31 Disember 2026), Ahli Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri (14 Februari 2024 – 14 Februari 2027) dan Ahli Jawatankuasa Keunggulan Pusat Media, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (1 Jun 2024 – 1 Jun 2025)
Manakala di peringkat negeri Pahang, beliau merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Akidah Negeri Pahang (10 Jun 2024 – 31 Disember 2025), Panel Penilai Kajian dan Penerbitan Adat Resam Melayu Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (1 Januari 2025 – 21 Disember 2025), Ahli Jawatankuasa Falak Syarie Negeri Pahang (27 Februari 2025 – 31 Disember 2025), Ahli Jawatankuasa Adat Resam Melayu Pahang (1 Januari 2024 – 31 Disember 2025), Ahli Jawatankuasa Kajian Makanan dan Barang Gunaan Orang Islam Negeri Pahang (1 Januari 2024 – 31 Disember 2025), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Panel Semakan Khutbah Negeri Pahang (2023 – 2024), Ahli Jawatankuasa Khutbah Negeri Pahang (2023 – 2024), Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (2023 – 2024), Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang (16 Mei 2016 – kini) dan Ahli Lembaga Koperasi Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Pahang Berhad (6 Julai 2018 – kini).
Beliau berpengalaman luas sebagai Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di pelbagai bahagian di Jabatan Agama Islam Pahang. Pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan (2000 – 2001), Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid (2001), Penolong Pengarah Bahagian Dakwah (2001 – 2008), Al-Fadhil Qadhi Daerah Temerloh (2008), Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Dakwah (2008 – 2009), Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Penyelidikan (2011 – 2014), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau (2014 – 2019) dan Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan (2019 – 2023).
Beliau telah menulis lebih daripada 50 penerbitan termasuk buku, artikel majalah dan artikel jurnal yang diterbitkan dalam jurnal berindeks seperti ERA, MyCite serta jurnal berimpak tinggi yang lain. Beliau juga aktif dalam pengajaran di pelbagai platform media dalam dan luar negara, penulisan akademik, latihan, perundingan dan penyelidikan.
Manakala kepakaran beliau adalah berkaitan dengan bidang dakwah, budaya Nusantara, Pengurusan Masjid – terutamanya dalam Penilaian, Pengurusan dan Keberkesanan Latihan Pegawai Masjid (Behavioural Science). Beliau juga berkemahiran dalam Pembangunan Instrumen Kajian Sains Sosial, Analisis Data menggunakan SEM-PLS, Data Science, Applied Econometrics, Analytical Statistics dan Quantitative Social Research.
Antara pencapaian dalam bentuk anugerah yang diperolehi ialah Darjah Indera Mahkota Pahang (2015), Ahli Mahkota Pahang (2008), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (2017) dan Anugerah Belia Negara Negeri Pahang (2014).