Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Saturday, 21 June 2025 | 24 Zulhijjah 1446

Kenyataan Media

07 April 2025

MUFTI BERSAMA-SAMA MENGECAM TINDAKAN BIADAP DAN KEJAM REJIM ZIONIS ISRAEL TERHADAP AL-AQSA SERTA MENYERU SELURUH UMAT ISLAM BERPADU DALAM SOLIDARITI PALESTIN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Serangan terhadap rumah Allah yang suci ini bukan sahaja satu bentuk kezaliman yang melampaui batas, tetapi juga merupakan pelanggaran nyata terhadap hak asasi manusia dan mencabul undang-undang antarabangsa sebagaimana keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Serangan kejam yang dilakukan oleh rejim Zionis bukan sahaja dengan membedil kem pelarian dan penempatan rakyat Palestin yang terdiri dari kaum wanita dan kanak-kanak tidak bersenjata, tetapi ia turut menyebabkan kemusnahan infrastruktur yang amat dahsyat. Tindakan tidak berperikemanusiaan ini adalah bukti nyata bahawa Israel terus menerus melakukan jenayah perang dan  penghapusan etnik terhadap rakyat Palestin secara sistematik dan ini telah disahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam perbicaraan kes Afrika Selatan lawan Israel.

Saya juga menyeru agar kerajaan Malaysia mengambil langkah yang tegas dan strategik dalam menangani isu kezaliman terhadap Palestin serta menjalinkan hubungan diplomat bersama negara Islam yang lain khususnya Pertubuhan OIC dan resolusi PBB untuk mencari penyelesaian yang mampan bagi konflik ini.

Saya menyeru dan menegaskan bahawa agar umat Islam di seluruh dunia bangkit dan bersatu menyatakan solidariti terhadap isu keganasan di Palestin. Marilah kita bersatu agar dapat menangkis penjajahan rejim zionis Israel yang sekian lama ini sehingga rakyat Palestin hidup dalam menderita. Kita sebagai umat Islam, tidak boleh membiarkan mereka berjuang sendirian sepertimana yang kita lihat di kaca-kaca televisyen dan dada-dada akhbar, anak-anak kecil yang sangat berani mempertahankan tanah air mereka demi kesucian bumi barakah iaitu Baitulmaqdis. Walau sebesar zarah tindakan kita, ia akan memberikan impak yang besar terhadap perjuangan mereka. Marilah kita terus mendoakan keselamatan, kemenangan dan kesejahteraan bagi umat Islam Palestin serta keselamatan bagi semua umat Islam di seluruh dunia.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua untuk terus memperjuangkan keadilan  bagi rakyat Palestin.

PROF. DATO' DR. ASMADI BIN MOHAMED NAIM. DSSS., PMK.
SAHIBUS SAMAHAH MUFTI NEGERI PAHANG

07 APRIL 2025

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 June 2025. Jumlah Pelawat : 938,186
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Total:

84

Countries
938186
Today: 392
This Week: 7,826
This Month: 122,207
This Year: 331,522