01 تموز/يوليو 2025
Hukum Ziarah Kubur Orang Soleh, Adab-adab dan bercerita kebaikan tentangnya
1. Menziarahi kubur adalah perkara yang sunat dan sangat dianjurkan kepada umat islam agar umat memperoleh peringatan tentang hakikat kematian. Anjuran ini bertambah apabila kubur yang diziarahi itu merupakan kubur orang soleh yang mana diharapkan para pengunjung memperoleh keberkatan dan mengambil iktibar dan pengajaran dari kesolehan mereka dan cara hidup mereka. Namun ziarah ini mestilah dilakukan beserta adab-adab yang telah dinyatakan para ulama' agar amalan kebaikan ini tidak bertukar menjadi suatu yang tercela.
.
ADAB-ADAB MENZIARAHI KUBUR [1]
.
2. Meninggalkan perbualan kosong di tanah perkuburan.
.
3. Wanita pula hendaklah keluar dengan pakaian sopan yang menolak pandangan orang yang berhawa nafsu.
.
4. Memberi salam sepertimana yang diajarkan Nabi SAW dalam hadis yang sahih:
.
ﺍَﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺩَﺍﺭَ ﻗَﻮْﻡٍ ﻣُﺆْﻣِﻨِﻴْﻦَ ، ﻭَﺃَﺗَﺎﻛُﻢْ ﻣَﺎ ﺗُﻮْﻋَﺪُﻭْﻥَ ، ﻏَﺪًﺍ ﻣُﺆَﺟَّﻠُﻮْﻥَ ، ﻭَﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻥْ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠﻪُ ﺑِﻜُﻢْ ﻻَﺣِﻘُﻮْﻥَ
.
“Selamat sejahtera ke atas kamu semua penduduk negeri orang beriman. Dan telah datang akan kamu apa yang telah dijanjikan akan kamu. Dan hari esok akan tertunai. Dan kami semua insyaAllah akan bertemu dengan kamu sekelian". (Riwayat Imam Muslim)
.
5. Atau dengan bacaan lain:
.
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا أَهْلَ الْقُبُورِ, يَغْفِرُ اللَّهُ لَنَا وَلَكُمْ, أَنْتُمْ سَلَفُنَا وَنَحْنُ بِالْأَثَرِ
.
“Salam sejahtera atas kamu wahai ahli kubur. Semuga Allah mengampunkan kami dan kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami akan mengikuti kamu.” (riwayat Al-Tirmizi)
.
6. Berdiri dengan tenang sambil menghadap kepada si mati.
.
7. Memohon kepada Allah SWT agar diterima amalan baik yang dilakukan si mati serta diampuni segala dosanya.
.
8. Memohon rahmat kepada si mati dan memohon agar rasa asing dan bersendiriannya dia tidak berpanjangan dengan Allah mengurniakan kepadanya peneman di kuburnya tersebut yang berupa amalan solehnya.
.
9. Mengelakkan diri dari mengusap-usap, mencium batu nisannya agar tidak menimbulkan fitnah.
.
10. Walaupun tidak dinafikan perkara ini terdapat khilaf padanya, kerana sebahagian ulama menganjurkannya dan sebahagian menghukumnya sebagai makruh. Kata Al-'allamah Ba'isyen dalam Busyra Al-karim:
.
وفي تقبيل ضرائح الأولياء خلاف، فعند (حج): مكروه، وعند (م ر): سنة.
.
"Dan pada hukum mencium kuburan para wali terdapat khilaf, ianya makruh disisi imam Ibn Hajar dan Sunnah disisi imam Al-ramli". [2]
.
11. Atas dasar mengeluarkan diri dari khilaf dan pintu fitnah awam yang jahil, maka sebaiknya ia dielakkan, dalam masa yang sama hendaklah orang yang menziarahi kubur itu mengambil maklum akan khilaf yang terdapat dalam isu ini dan tidak mudah menyesatkan atau mensyirikkan pihak lain yang melakukannya dan hendaklah dia bersangka baik kepada saudara semuslimnya.
.
MAKSUD SEBENAR DISEBALIK MENZIARAHI KUBUR ORANG SOLEH DAN BERTABARRUK PADANYA
.
12. Al-‘allamah Muhammad Alawi Al-maliki menyebutkan:
.
وقبل أن نبين الأدلة والشواهد الناطقة بجواز ذلك ، بل بمشروعيته ينبغي أن نعلم أن التبرك ليس هو إلا توسلا إلى الله سبحانه وتعالى بذلك المتبرك به سواء أكان أثرا أو مكانا أو شخصا .أما الأعيان فلاعتقاد فضلها وقربها من الله سبحانه وتعالى مع اعتقاد عجزها عن جلب خير أو دفع شر إلا بإذن الله. وأما الآثار فلأنها منسوبة إلى تلك الأعيان فهي مشرفة بشرفها ومكرمة ومعظمة ومحبوبة لأجلها .وأما الأمكنة فلا فضل لها لذاتها من حيث هى أمكنة وإنما لما يحل فيها ويقع من خير وبر كالصلاة والصيام وجميع أنواع العبادات مما يقوم به عباد الله الصالحون ، إذ تتنزل فيها الرحمات وتحضرها الملائكة وتغشاها السكينة وهذه هي البركة التي تطلب من الله في الأماكن المقصود لذلك.
.
وهذه البركة تطلب بالتعرض لها فى أماكنها بالتوجه إلى الله تعالى ودعائه واستغفاره وتذكر ما وقع في تلك الأماكن من حوادث عظيمة ومناسبات كريمة تحرك النفوس وتبعث فيها الهمة والنشاط للتشبه بأهلها أهل الفلاح والصلاح.
.
“Sebelum kita menjelaskan dalil-dalil dan bukti-bukti yang menunjukkan keharusan, bahkan pensyariatan amalan ini (iaitu tabarruk), hendaklah kita fahami bahawa tabarruk itu tidak lain hanyalah satu bentuk tawassul kepada Allah SWT melalui sesuatu yang dijadikan perantara – sama ada ia berupa peninggalan (kesan), tempat, atau individu
.
13. Adapun individu-individu (al-a‘yan) maka mereka dihormati kerana diyakini mempunyai kelebihan serta kedudukan yang hampir dengan Allah SWT, namun dalam masa yang sama, diyakini juga bahawa mereka tidak mampu membawa manfaat atau menolak mudarat kecuali dengan izin Allah semata-mata. Manakala kesan-kesan atau peninggalan pula dihormati kerana ia dikaitkan dengan individu-individu tersebut. Maka ia menjadi mulia dan dimuliakan disebabkan oleh kemuliaan orang yang disandarkan kepadanya. Ia dihargai, dicintai, dan diagungkan kerana keterkaitannya itu.
.
14. Adapun tempat-tempat, maka ia tidak memiliki kelebihan secara zat semata-mata sebagai sebuah lokasi. Tetapi kelebihannya datang kerana apa yang berlaku di dalamnya seperti kebaikan, keberkatan, amalan solat, puasa, dan segala bentuk ibadah yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah yang soleh. Sesungguhnya tempat-tempat ini menjadi medan turunnya rahmat, kehadiran para malaikat, dan limpahan ketenangan. Inilah keberkatan yang dimohon daripada Allah di tempat-tempat yang dimaksudkan. Keberkatan ini dimohon dengan cara menghadirkannya di tempat-tempat tersebut, dengan menghadap(tawajjuh) kepada Allah, berdoa kepada-Nya, memohon keampunan-Nya, serta mengingati peristiwa-peristiwa besar dan kesempatan mulia yang pernah berlaku di tempat tersebut yang membangkitkan jiwa, menyemarakkan semangat, dan mendorong seseorang untuk meneladani golongan yang pernah berada di situ; iaitu golongan yang berjaya dan soleh”. [3]
.
HUKUM MENGAMBIL TANAH DARI PERKUBURAN WAKAF
.
15. Disebutkan di dalam Himpunan Fatwa imam Al-ramli, soalan yang berbunyi:
.
سئل عمن أخذ ترابا من أرض موقوفة ما يجب عليه (فأجاب) بأنه يجب عليه رده إن بقي وإلا فمثله وأرش نقص الأرض ويكون للموقوف عليه.
.
"imam Al-ramli ditanya mengenai seseorang yang mengambil tanah dari sebidang tanah wakaf: Apakah yang wajib ke atasnya?
.
16. Beliau - imam Al-ramli -menjawab: Wajib ke atasnya untuk mengembalikan tanah itu jika masih ada. Jika tidak, maka dia wajib menggantinya dengan yang seumpamanya serta membayar ganti rugi atas kekurangan nilai tanah tersebut. Semua itu menjadi hak bagi pihak yang diwakafkan kepadanya". [4]
.
MENCERITAKAN HAL POSITIF BERKENAAN JENAZAH UMAT ISLAM
.
17. imam Ibn Abi Al-dunya dalam kitab beliau "Zikrul Maut" mengkhususkan beberapa bab berkaitan perkara ini seperti bab:
.
-Fi Karamat Ba'dh Al-awliya' Wa Al-solihij Inda Mautihim/bab pada menyatakan karamah yang berlaku sebahagian wali dan orang soleh ketika kematian mereka.
.
-Fi Zikr Mahasin Al-mauta Wa Al-bu'dh An Zikri Sayyiatihim/bab pada menyatakan kebaikan-kebaikan si mati dan menjauhkan dari menyebut keburukan-keburukannya
.
18. Antara kisah yang disebutkan imam Ibn Abi Al-dunya ialah:
.
عن الحسن، قال: مات هَرِمُ بن حيان في يوم صائف، فلما أن دفن جاءت سحابة قدر قبره، فرشت ثم انصرفت.
.
Diriwayatkan daripada al-Hasan, beliau berkata: “Harim bin Hayyan - seorang tabi'in yang masyhur - meninggal dunia pada suatu hari yang panas terik. Setelah selesai pengebumiannya, datanglah sekumpulan awan sebesar ukuran kuburnya, lalu ia menaunginya dan menurunkan hujan seketika, kemudian berlalu pergi”. [5]
.
19. Bahkan inilah merupakan tradisi ulama zaman berzaman, dimana mereka sentiasa menghikayatkan kisah-kisah dan hal ehwal kewafatan orang-orang soleh sebagai tujuan untuk diambil iktibar dan penyuntik semangat dalam beramal.
.
20. Kata Syeikh Muhammad Al-zuhaili
.
ويستحب للغاسل اذا رأى أمرا حسنا أن يتحدث به كاستنارة الوجه وطيب ريحه
.
"Disunatkan bagi orang yang memandikan jenazah untuk menceritakan perkara baik yang dilihat, seperti wajah yang bercahaya atau bau yang harum". [6]
.
KEWAJIPAN MENJAGA PERILAKU DI KUBURAN AGAR TIDAK MENIMBULKAN FITNAH
.
21. Menjaga adab dan perilaku di kawasan kuburan merupakan suatu kewajipan yang penting dalam Islam, khususnya bagi para pendakwah, ahli ilmu dan sesiapa sahaja yang menjadi ikutan masyarakat. Ini kerana perbuatan yang boleh disalah tafsirkan sebagai pengagungan yang melampau terhadap kubur — seperti bersujud, meraba-meraba dan mengusap kubur, dan sebagainya boleh menimbulkan salah faham dan fitnah di kalangan masyarakat awam yang kurang ilmu.
.
22. Mereka mungkin menyangka perbuatan tersebut adalah pengagungan yang dituntut dalam Islam, dikhuatiri mereka akan menirunya tanpa kefahaman yang benar, tanpa iktiqad yang betul lantas membuka ruang kepada amalan-amalan dan kepercayaan yang boleh membawa kepada kegelinciran akidah. Oleh itu, walaupun jika niat seseorang itu adalah semata-mata untuk mengambil berkat atau menzahirkan kasih kepada para wali, ia tetap perlu diteliti dari sudut kesannya terhadap pemahaman masyarakat umum. Prinsip sadd al-zari‘ah (menutup pintu kepada kerosakan) menuntut agar amalan-amalan yang boleh membawa kepada kekeliruan akidah dielakkan, demi menjaga kemurnian tauhid dan menghindari fitnah terhadap agama.
.
23. Kata Al-allamah Al-syarwani dalam Hasyiah beliau ke atas Al-tuhfah:
.
ينبغي لمن يقتدى به أن لا يفعل نحو تقبيل قبور الأولياء في حضور الجهلاء الذين لا يميزون بين التعظيم والتبرك والله أعلم.
.
"Sewajarnya orang yang diikuti perbuatannya itu tidak melakukan perbuatan seperti mencium kubur para wali di hadapan orang awam yang jahil, yang tidak dapat membezakan antara ta‘zim dan tabarruk. Dan Allah lebih mengetahui". [7]
.
KESIMPULAN
.
24. Berdasarkan pedoman dan panduan para ulama yang telah dinukilkan di atas maka hendaklah umat islam memperbanyakkan amalan menziarahi kubur terutamanya kubur-kubur orang soleh dalam keadaan ia dilakukan dengan adab-adab dan lunas panduan syarak. Dalam masa yang sama hendaklah umat islam berhati-hati dari menyalahkan perkara-perkara yang dianjurkan dalam Islam seperti menyebut kebaikan si mati, perkara yang baik yang berlaku kepada si mati dan tidak melihat perkara tersebut sebagai suatu yang tidak berasas. Umat islam juga hendaklah tidak mudah menyesatkan atau membid'ahkan amalan bertabarruk atau amalan-amalan lain yang mereka kurang mempunyai kefahaman terhadapnya bahkan harus sentiasa bertanya dan belajar kepada alim ulama’ untuk mendapat kefahaman yang sebenar tentangnya. Wallahu a’lam.
.
Disediakan Oleh:
.
Felo Penyelidik
Jabatan Mufti Negeri Pahang
.
RUJUKAN:
.
[1] Nazam Adab Ziyarah Al-Qubur
[2] Busyra Al-karim, (464)
[3] Mafahim Yajib An Tusahhah, (146)
[4] Fatawa Al-Ramli, (261/2)
[5] Zikrul Maut, (180)
[6] Al-muktamad Fi Al-fiqh Al-syafie, (610/1)
[7] Hasyiah Al-Syarwani ke atas Tuhfatul Muhtaj (176/3)