Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Saturday, 23 November 2024 | 21 Jamadil Awal 1446

Hukum Berkaitan Tahi Cicak

Soalan :
Saya ingin bertanya, di rumah saya banyak tahi cicak. Bolehkah saya hanya sekadar sapu tahi cicak tersebut tanpa menjirus air? Hal ini kerana setelah saya membersihkannya, ada lagi tahi cicak yang jatuh lagi. Saya rasa stress sangat, risau solat saya tidak sah. Terima kasih.

Jawapan :
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam atas Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad SAW berserta keluarga dan sahabatnya serta mereka yang mengikuti segala sunnah Nabi Muhammad SAW sehingga hari kiamat. Terima kasih kepada puan di atas soalan yang telah diajukan kepada kami. Bagi menjawab persoalan puan, boleh dengan hanya sekadar menyapu tahi cicak menggunakan penyapu tanpa menjirus air. Mengikut pandangan sebahagian ulama, ia merupakan kategori najis yang dimaafkan, sepertimana terdapat dalam Kitab karangan Imam Nawawi dalam al Majmu’ Syarh al-Muhazzab (2/550); Nihayah alMuhtaj (1/80).

Namun begitu berkaitan dengan solat ada dua keadaan :
  1. Jika jelas / nampak tahi cicak tersebut di tempat solat, maka hendaklah kita sapu atau buang tahi tersebut dari tempat solat. Jika kita solat juga di tempat itu, maka tidak sah solat.
  2. Jika tidak jelas tahi cicak di tempat solat dan kita solat ditempat tersebut, maka sah solat dengan sebab kita tidak mengetahuinya, melainkan jika kita tahu selepas solat, contohnya ada pada tapak kaki, maka hendaklah kita buang tahi tersebut dan ulang semula solat tersebut.