Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الأربعاء، 04 كانون1/ديسمبر 2024 | 02 Jamadil Akhir 1446

Panduan & Rujukan

Panduan Solat Sunat Dhuha
15 تموز/يوليو 2024

Panduan Solat Sunat Dhuha

Merupakan amalan yang sentiasa diamalkan oleh Masyarakat Islam yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim. Waktunya pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:

أَوْصاني خليلي صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بثلاث: صِيام ثلاثة أيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الصحى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur. - [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]

Bilangan Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha tidaklah terhad kepada dua rakaat sahaja, para fuqaha al- Syafi’eyyah menjelaskan bahawa bilangan rakaat paling afdhal bagi solat dhuha adalah sebanyak 8 rakaat manakala bilangan rakaat paling maksimum adalah sebanyak 12 rakaat seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi.

Imam Al-Nawawi yang berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW melakukan solat dhuha ini pada sebahagian waktu dan baginda meninggalkannya pada sebahagian waktu yang lain, takut-takut orang ramai menyangka ia sebagai wajib atau takut-takut ia difardhukan ke atas mereka”. Perbuatan baginda SAW meninggalkan sekali sekala kerana kedudukan baginda sebagai sumber hukum. Justeru, umatnya digalakkan istiqamah (berterusan) melakukannya dan ia adalah sunnah. (Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/37))

Lafaz Niat Solat Dhuha 

أصلي سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَينِ اللَّهِ تَعَالَي
Lafaz niatnya; “Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Bacaan Surat Dalam Solat Dhuha 
Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun antara surah-surah yang disarankan dalam solat dhuha ialah:
  • Ayat Kursi (Rakaat Pertama) dan Al-Ikhlas (Rakaat Kedua) atau;
  • As-Syams (Rakaat Pertama) dan Ad-Dhuha (Rakaat Kedua) atau;
  • Al-lail (Rakaat Pertama) dan Al-Insyirah (Rakaat Kedua).
Doa Selepas Solat Dhuha
Ini menurut hadis sahih dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
“Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim”
Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali. - [HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619]

Dalam pada itu juga terdapat beberapa doa yang mahsyur, yang diajarkan oleh para ulama untuk diamalkan selepas solat sunat Dhuha.

اَللَّهُمَّ إِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحُائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا آتَيْتُ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatan Mu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, keluarkanlah, Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba- hambaMu yang soleh.

Rujukan:
1) Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi
2) Munyatul musolli
3) Sabil Al-Muhtadin