17 Februari 2025
Penetapan Solat Tarawih Di Masjid dan Surau Negeri Pahang
Solat sunat Tarawih disyariatkan pada malam-malam bulan Ramadan. Sehubungan itu adalah dimaklumkan bahawa penetapan Solat tarawih di seluruh negeri Pahang setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang ialah 20 rakaat dengan 3 rakaat witir dua salam di seluruh Masjid dan Surau. Walau bagaimanapun, pihak masjid dan surau boleh memilih untuk memendekkan solat tarawih kepada 8 rakaat pada malam sambutan Nuzul Al-Quran.
Kesempurnaan solat tarawih adalah afdhal didirikan 20 rakaat sebagaimana dijelaskan oleh Imam Syafie iaitu “bahawa saya amat suka jika didirikan 20 rakaat solat tarawih". Ini juga yang dikatakan oleh Saidina Umar Ibn Al –Khattab sebagaimana dalam Kitab Al-Hawi Al-Kabir Syarah Kitab Mukhtar Aal-Muzanni Jilid ke 2 m/s 290 menceritakan bahawa “ Penduduk Mekah mendirikannya 20 rakaat serta witir”.
Menunaikan Solat Tarawih dengan cara berjemaah adalah lebih afdhal, ini telah dijelaskan oleh Al Buwaiti. Sebagaimana diriwayatkan, bahawa Saidina Umar Radhiyallahu 'anhu telah mengumpul orang ramai dengan menjadikan Ubai bin Kaab sebagai imam.
Justeru pandangan yang sohih ialah solat tarawih secara berjemaah adalah lebih afdhal.
Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam bahawa melakukan solat-solat sunat di malam Ramadan mempunyai fadilat yang sangat besar seperti mana hadisnya,
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ ، إيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”.
[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]
Muat Turun Dokumen