-
Memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan memenuhi kehendak pelanggan jabatan.
-
Memastikan jawapan soal jawab agama dijawab dalam masa tidak lebih 20 hari bekerja dari tarikh yang diminit oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang.
-
Memastikan penyelidikan kertas kerja siap dalam masa 15 hari bekerja dari permintaan fatwa yang telah dikenalpasti.
-
Memastikan kertas kerja fatwa (endorsment) siap dalam masa 3 hari sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
-
Memastikan jawapan fatwa yang diminta oleh pelanggan diberikan dalam masa 7 hari bekerja setelah minit Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dikeluarkan.
-
Memastikan setiap kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang memilih dan menghadiri kursus yang bersesuaian sebanyak 7 hari setahun.
-
Memastikan Teks khutbah sampai ke Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah 3 hari sebelum Jumaat pertama pada bulan berikut.
-
Memastikan Cerapan Hilal Rasmi dilakukan sebanyak 3 kali setahun.
-
Memastikan permohonan arah kiblat dilaksanakan dalam masa 15 hari setelah permohonan diterima.