Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Sabtu, 02 November 2024 | 30 Rabiulakhir 1446

Perutusan Sahibus Samahah Mufti Pahang

txt_assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izin serta petunjuk-Nya.

Selamat Datang ke Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Pahang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaanNya jua saya dapat mencoretkan sepatah dua kata di ruangan ini.

Jabatan Mufti Negeri Pahang adalah sebuah jabatan bagi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Negeri yang berperanan untuk diberikan tanggungjawab menasihati Sultan dan mengajar Kerabat-kerabat Diraja serta menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di negeri ini.

Jabatan Mufti Negeri Pahang juga menjadi penggerak utama aspirasi pentadbiran Islam ke arah melahirkan ummah yang sejahtera. Kecanggihan teknologi maklumat masa kini telah banyak mencorak pemikiran ummah. Justeru, saya berharap portal Jabatan Mufti Negeri Pahang akan sentiasa menjadi wadah kepada semua pihak untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang

YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asmadi Bin Mohamed Naim, DSSS., PMK.

Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang