Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Jumaat, 27 Disember 2024 | 25 Jamadil Akhir 1446

e-FATWA

HUKUM PENAMBAHAN PERATUS ASNAF AMIL DALAM ASNAF ZAKAT

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang video .

Keputusan :
Pelaksanaan pengagihan kadar zakat amil mengikut kadar keperluan semasa agihan adalah diharuskan dengan mengambil kira maslahah semasa berdasarkan pandangan berikut ;

Imam al-Syafie dalam kitabnya Al-Umm menyatakan bahawa amil boleh mengambil upah daripada zakat sekadar keperluan mereka ;

ويأخذ العاملون عليها بقدر أجورهم ښي مثل كفايتهم وقيامهم وامانتهم والمؤنة عليهم
Maksudnya: ” Para amil itu mengambil kadar upah mereka bersesuaian dengan keperluan, tugas, amanah-amanah dan perbelanjaan yang dikeluarkan”

Pandangan Imam Nawawi mensyarahkan pandangan Imam Syirazi dengan menyebut kadar upah bagi amil adalah kerja yang dilakukannya bukan atas bahagian 1/8 tersebut.

ويستحق العامل قدر أجرة عمله قل أم كثر ، وهذا متفق عليه
Maksudnya:” Amil berhak untuk mendapat kadar upah tertentu kerana kerja yang dilakukannya sama ada banyak atau sedikit, bahkan perkara ini disepakati”

Imam Khatib Al-Syarbini menyatakan bahawa pembahagian asnaf adalah sama rata kecuali amil kerana bahagian amil adalah berdasarkan kerjanya.

وتجب التسوية بين الأصناف غير العامل
Maksudnya: “Wajib menyamakan agihan zakat antara asnaf-asnaf selain amil”
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 17 Disember 2024. Jumlah Pelawat : 605,194
Kembali ke Atas
Malaysia 89.3% Malaysia
United States of America 8.4% United States of America

Jumlah:

46

Countries
605194
Hari Ini: 861
Minggu Ini: 2,147
Bulan Ini: 10,781
Tahun Ini: 29,609