Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Ahad, 22 Jun 2025 | 25 Zulhijjah 1446

e-FATWA

HUKUM PENGGUNAAN TURUNAN SEL CHINESE HAMSTER OVARY (CHO-DG44) SEBAGAI SEL PERUMAH DALAM PENGHASILAN UBAT SUNTIKAN ERITROPOIETIN (EPO) BIOSIMILAR

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-4/2023, pada 28 November 2023 telah memutuskan.

Keputusan :

1.Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan turunan Sel Chinese Hamster Ovary DG44 sebagai Sel perumah dalam penghasilan ubat suntikan Eritropoletin (EPO) biosimilar menggunakan teknologi rekombinan DNA berjenama Erysaa adalah diharuskan.

2.Hal ini disebabkan sel ovary hamster cina tersebut diambil kemudiannya diletakkan di dalam satu medium @ perumah yang kemudiannya dibiakkan @ dikembangkan (rekombinan) di dalam makmal. Proses ini seolah-olah sel @ DNA itu tadi melalui proses fotostat.

3.Pembiakan melalui proses rekombinan ini kemudiannya dipisahkan antara protein dan serumnya menyebabkan apabila dibuat ujian PCR maka tiada lagi mengandungi unsur haiwan di dalam bacaannya iaitu ia menjadi bersih dan terpisah dari yang asal (sel DNA Hamster Chinese)
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 Jun 2025. Jumlah Pelawat : 938,849
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Jumlah:

84

Countries
938849
Hari Ini: 89
Minggu Ini: 8,489
Bulan Ini: 122,870
Tahun Ini: 332,185