PEMULIAAN DAN KITAR SEMULA MUSHAF AL QURAN YANG ROSAK MENGGUNAKAN KAEDAH DEINKING
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2024, pada 05 Jun 2024
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju Bahawa Pemuliaan Dan Kitar Semula Mushaf Al Quran yang rosak menggunakan kaedah Deinking adalah harus dan penggunaan semula kertas yang terhasil daripada Deinking tersebut adalah dibenarkan bagi mencetak buku-buku agama dan lain-lain tujuan yang baik. Namun dilarang dari dijadikan tisu tandas, surat khabar harian, pembungkusan barangan dan lain-lain kegunaan yang tidak wajar.
Mesyuarat memutuskan bahawa JAIP boleh memilih sama ada menggunakan cara pemuliaan Al Quran sedia ada, atau menggunakan deinking setelah mengambil kira kos dan faktor faktor lain.