Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Sabtu, 20 Jun 2026 | 4 Muharam 1448

Maklumat Pentadbiran Dan Pengurusan Tertinggi

Mohd Fadhlur Rahman Bin Mohamed Rosly

Mohd Fadhlur Rahman Bin Mohamed Rosly

Berkelulusan Sarjana pengajian Islam Open Universiti Malaysia  (2018), Sarjana Muda (Hons.) Syariah Islamiah, Universiti al-Azhar, Tanta Mesir (2010) dan Diploma Syariah Islamiah, Pusat Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab (MINDA), Sungai Petani, Kedah (2005). Beliau pernah menimba ilmu agama di Negeri Kelantan beberapa tahun, antaranya di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan di Kampung Telong Kandis, Bachok Kelantan mendalami pengajian kitab-kitab Thurath dan Sekolah Menengah Agama Tarbiyah Mardziah, Kampung Panchor Kemumin Pengkalan Chepa Kelantan, secara formal. Manakala pengajian yang tidak formal beliau pernah belajar di pondok-pondok tradisional sekitar Negeri Kelantan bagi mendalami kitab-kitab jawi lama. Dari sudut ikhtisas, Panel Halal Negeri Pahang, Guru Briged Penceramah Masjid Negeri Pahang, Panel Penulis Modul Fiqh Saudara Baharu Negeri Pahang, Guru Ta’mir Masjid Surau Negeri Pahang dan pernah memegang Tauliah Mengajar dan Guru Ta’mir Masjid Surau Negeri Perak. Pengalaman pekerjaan sebagai Imam Masjid Raudhah Taman guru, Kuantan(2019), Pensyarah Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh Perak(2017), Pensyarah Institut Teknologi Perak(2012), Imam Rawatib Masjid Hidayah, Paya Besar( 2011) dan yang terkini berkhidmat di Jabatan Mufti Negeri Pahang (2020-kini). Beliau aktif dalam pengajaran di kalangan pelajar, mahasiswa, jabatan kerajaan dan Masyarakat di Masjid, surau dan sebagainya di Negeri Pahang. Dan beliau juga aktif dalam membentang kertas-kertas kerja yang telah diputuskan keputusannya dalam Mesyuarat Jawatakuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang kepada Masyarakat melalui program-program Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Pahang.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 21 Jun 2026. Jumlah Pelawat : 1,862,307
Kembali ke Atas
Malaysia 95.7% Malaysia

Jumlah:

142

Countries
1862307
Hari Ini: 670
Minggu Ini: 17,716
Bulan Ini: 55,471
Tahun Ini: 586,083
纸飞机下载纸飞机官网 纸飞机官网下载纸飞机下载safew官网 safew下载safew官网下载safew官网safew下载safew下载safew下载quickq官网quickq官网quickq下载纸飞机官网纸飞机下载