Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Jumaat, 27 Disember 2024 | 25 Jamadil Akhir 1446

Maklumat Pentadbiran Dan Pengurusan Tertinggi

YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asmadi Bin Mohamed Naim, DSSS., PMK.

YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asmadi Bin Mohamed Naim, DSSS., PMK.

Dato’ Dr. Asmadi Mohamed Naim ialah Mufti Negeri Pahang bermula 1 April 2024. Pada masa yang sama beliau masih lagi seorang Profesor di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang disertainya selama lebih 25 tahun semenjak 1999. Beliau juga telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong (YDPA) sebagai Ahli Dilantik, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bermula 30 Jun 2022.

Dr. Asmadi juga aktif dalam kepimpinan organisasi dan kemuncaknya apabila dilantik sebagai Naib Canselor dan Ketua Eksekutif di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang disertainya bermula 1 Februari 2021 hingga 31 Januari 2024. Sebelum itu beliau adalah Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM (2011 sehingga 2018) dan pelbagai jawatan lain di UUM.

Beliau mempunyai pengalaman industri yang luas dalam Syariah dan kewangan Islam dan dilantik menjadi ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sejak 2014, dan pernah menjadi ahli Majlis Penasihat Bank Negara Malaysia (MPS BNM) selama 2 penggal (6 tahun) dari 2013 hingga 2019. Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah BIMB bermula Februari 2020 dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Sun Life Takaful bermula 1 April 2021. Pada masa yang sama beliau juga adalah ahli Jemaah Ulama MAIK (Fatwa Kelantan) sejak 2018. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Waqaf Majlis Ugama Islam Negeri Pahang bermula Oktober 2020. Beliau juga diperkenan oleh Sultan Kedah untuk menjadi ahli Majlis Zakat Kedah bermula September 2021.

Dr Asmadi juga telah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong sebagai anggota Suruhanjaya Diraja untuk Tabung Haji Pada tahun 2022 yang lepas. Beliau juga merupakan ahli Panel Pakar Syariah JAKIM semenjak 2019 dan sebelum itu adalah ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM pada 2016 hingga 2018. Pada Julai 2018, beliau telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah, Sintok Agro Sdn Bhd, anak syarikat UUM sehingga 2019. Selain daripada itu beliau juga adalah ahli Majlis Chartered Institute of Islamic Finance Professional (CIIF) yang sebelumnya dikenali sebagai Association of Chartered Islamic Finance Professional (ACIFP) dari tahun 2017 sehingga 2020.

Sebelum itu beliau adalah Penasihat Syariah di Hong Leong Islamic Bank, Penasihat Syariah Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Konsultan Syariah untuk institusi kewangan Islam sejak 2008 hingga 2013 yang mana beliau terlibat secara langsung merangka produk-produk baru perbankan Islam dan kertas kewangan seperti sukuk. Beliau juga turut terlibat dalam merangka standard kurikulum Muamalat dan Kewangan Islam di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sejak antara 2011 hingga 2014.

Dr Asmadi menamatkan pengajian Thanawi Empat di Karachi Pakistan pada tahun 1992 dan pengajian tinggi peringkat Sarjanamuda Shariah (Kepujian) di University of Jordan pengkhususan Fiqh and Usul fiqh pada tahun 1997. Kemudiannya beliau menamatkan Master and Phd dalam bidang yang sama pada tahun 1999 dan 2005 di International Islamic University Malaysia (IIUM). Beliau juga memegang Chartered Islamic Finance Professional (CIFP) pada tahun 2010 dan Perancang Kewangan Islam (IFP) pada tahun 2012.

Beliau banyak dijemput sebagai pembentang, pengucap utama, pendiskusi dalam persidangan dan seminar peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau menulis beberapa buah buku antaranya ialah Islamic Finance Legal Framework pada 2020, Q&A Muamalat pada tahun 2016, buku “Islamic Banking: Operation and Instruments” pada tahun 2015 dan menyumbang banyak artikel untuk penerbitan peringkat antarabangsa. Pada masa ini beliau adalah Sidang Pengarang untuk beberapa jurnal nasional dan antarabangsa.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 17 Disember 2024. Jumlah Pelawat : 605,194
Kembali ke Atas
Malaysia 89.3% Malaysia
United States of America 8.4% United States of America

Jumlah:

46

Countries
605194
Hari Ini: 861
Minggu Ini: 2,147
Bulan Ini: 10,781
Tahun Ini: 29,609