Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Selasa, 08 Julai 2025 | 12 Muharam 1447

Takwim Waktu Solat Negeri Pahang

Default

Bahagian Falak

Fungsi Utama : Unit Cerapan Hilal

  • Menyediakan takwim Islam dan Miladi, jadual waktu berbuka puasa, imsak Ramadhan dan waktu solat.
  • Menyediakan serta membuat kiraan data rukyah, membuat cerapan hilal untuk menentukan awal bulan hijrah serta mengadakan laporan kepada Jawatankuasa Rukyah Negeri Pahang dan Kebangsaan.
  • Menyediakan data-data peristiwa sambutan perayaan Islam seperti Maal Hijrah, Hari Asyura, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Maulidur Rasul dan sebagainya
  • Menyediakan data-data peristiwa berlakunya gerhana matahari dan bulan serta mantapkan tempoh berlakunya gerhana untuk panduan solat gerhan di Negeri Pahang.
  • Berperanan sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Pahang dan menyediakan data-data rukyah awal Ramadhan, zulhijjah serta melaporkan kepada Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang untuk disembah maklum kepada KDYMM Sultan Pahang, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu dan juga kepada Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Kebangsaan JAKIM.

Fungsi Utama : Unit Kiblat

  • Menyediakan penerangan dan taklimat berhubung dengan penentuan arah kiblat, waktu solat, kaedah rukyah kepada semua Pegawai Agama, Imam, Bilal dan masyarakat di seluruh Negeri Pahang.
  • Membuat pengesahan dan semakan arah kiblat bagi pembinaan masjid, surau dan tanah perkuburan.

Baca selanjutnya: Bahagian Falak

  • Hits: 1601

Bahagian Fatwa

Objektif Bahagian

  • Masyarakat dapat memahami isu-isu semasa yang berkaitan dengan hukum syara'.
  • Segala perkara yang melibatkan mesyuarat, persidangan dan seminar diuruskan secara sistematik dan teratur.
  • Perbezaan pendapat dalam perkara khilafiah dapat diselesaikan dengan cara yang berhemah.

Fungsi Utama Unit Buhuth

  • Membangunkan aspek-aspek pembinaan methodologi Istinbat dan Fatwa.
  • Membuat penyelidikan terhadap isu yang memerlukan kepada keputusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Pahang.
  • Mengurus dan mengendalikan persidangan, multaqa, seminar, bengkel dan segala mesyuarat yang berkaitan.
  • Menyebarkan fatwa-fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syara', (FATWA) untuk panduan umat Islam.
  • Memberi maklumat yang sistematik berkaitan dengan segala masalah yang berhubung dengan fatwa.
  • Mengeluarkan garis panduan bagi mengatasi segala perbezaan pendapat yang timbul dalam perkara khilafiah

Fungsi Utama Unit Istinbat

  • Membangunkan aspek-aspek pembinaan methodologi Istinbat dan Fatwa.
  • Membuat penyelidikan terhadap isu yang memerlukan kepada keputusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Pahang.
  • Mengurus dan mengendalikan persidangan, multaqa, seminar, bengkel dan segala mesyuarat yang berkaitan.
  • Menyebarkan fatwa-fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syara', (FATWA) untuk panduan umat Islam.
  • Memberi maklumat yang sistematik berkaitan dengan segala masalah yang berhubung dengan fatwa.
  • Mengeluarkan garis panduan bagi mengatasi segala perbezaan pendapat yang timbul dalam perkara khilafiah

Baca selanjutnya: Bahagian Fatwa

  • Hits: 1707

Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

Objektif Bahagian

Merancang, mengawal, mengurus dan melaksanakan hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan jabatan dengan cekap, cepat dan teratur.

Fungsi Utama

  • Mengurus dan mentadbir segala perkara yang berkaitan dengan urusan pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan jabatan.
  • Pengurusan pentadbiran seperti pengurusan stor dan fail/rekod, keselamatan pejabat, penyelenggaraan ruang kerja dan kenderaan jabatan.
  • Pengurusan kewangan yang meliputi bayaran, gaji, peruntukan tahunan jabatan dan pengurusan hasil jabatan.
  • Pengurusan sumber manusia dan lain-lain hal perkhidmatan
  • Pengurusan khidmat pelanggan

Baca selanjutnya: Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

  • Hits: 1477

Pencapaian Piagam Pelanggan

BilPerkaraBahagianJanFebMacAprilMeiJunJulaiOgosSepOktNovDis
1 Memastikan jawapan isu soal jawab agama dijawab dalam masa tidak lebih 20 hari bekerja dari tarikh yang diminit oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang Bahagian Fatwa /Unit Istinbat 100% 100%                    
2 Memastikan penyelidikan kertas kerja siap dalam masa 15 hari bekerja daripada permintaan fatwa yang telah dikenalpasti Bahagian Fatwa / Unit Buhuth 100% 100%                    
3 Memastikan kertas kerja fatwa siap dalam masa 3 hari sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Bahagian Fatwa /Unit Buhuth 100% 100%                    
4 Memastikan jawapan fatwa yang diminta oleh pelanggan diberikan dalam masa 7 hari bekerja setelahminit Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dikeluarkan Bahagian Fatwa /Unit Istinbat 100% 100%                    
5 Memastikan setiap kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang memilih dan menghadiri kursus yang bersesuaian sebanyak 7 hari setahun Bahagian Khidmat Pengurusan 100% 100%                    
6 Memastikan teks khutbah sampai ke Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah 3 hari sebelum Jumaat pertama pada setiap bulan Bahagian Rujukan Fatwa 100% 100%                    
7 Memastikan Cerapan Hilal Rasmi dilakukan sebanyak 3 kali setahun Bahagian Falak /Unit Cerap 100% 100%                    
8 Memastikan sijil arah kiblat dikeluarkan dalam masa 15 hari bekerja setelah semakan dibuat Bahagian Falak / Unit Arah Kiblat 100% 100%                    

SPLaSK

  • Hits: 1229

Piagam Pelanggan

  • Memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan memenuhi kehendak pelanggan jabatan.
  • Memastikan jawapan soal jawab agama dijawab dalam masa tidak lebih 20 hari bekerja dari tarikh yang diminit oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang.
  • Memastikan penyelidikan kertas kerja siap dalam masa 15 hari bekerja dari permintaan fatwa yang telah dikenalpasti.
  • Memastikan kertas kerja fatwa (endorsment) siap dalam masa 3 hari sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
  • Memastikan jawapan fatwa yang diminta oleh pelanggan diberikan dalam masa 7 hari bekerja setelah minit Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dikeluarkan.
  • Memastikan setiap kakitangan Jabatan Mufti Negeri Pahang memilih dan menghadiri kursus yang bersesuaian sebanyak 7 hari setahun.
  • Memastikan Teks khutbah sampai ke Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah 3 hari sebelum Jumaat pertama pada bulan berikut.
  • Memastikan Cerapan Hilal Rasmi dilakukan sebanyak 3 kali setahun.
  • Memastikan permohonan arah kiblat dilaksanakan dalam masa 15 hari setelah permohonan diterima.

SPLaSK

Baca selanjutnya: Piagam Pelanggan

  • Hits: 1288

Ketua Pegawai Digital (CDO)

Dato’ Haji Badli Shah Bin Alauddin, DIMP., AMP., PPC.

Timbalan Mufti
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Peranan CDO

  1. Peneraju Perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Jabatan dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional

    • Memacu Perancangan Strategik ICT Jabatan; dan
    • Mengukuh tadbir urus ICT Jabatan.

  2. Peneraju dalam Pengukuhan Dasar, Standard dan Amalan Terbaik Global

    • Memacu pemakaian (adoption) Enterprise Architecture (EA) dalam Jabatan;
    • Memacu kesesuaian peraturan/dasar/standard/amalan terbaik dalam pelaksanaan Kerajaan Elektronik; dan
    • Memacu pelaksanaan perkhidmatan gunasama ICT (ICT shared services) dalam Sektor Awam.

  3. Peneraju Penggalakan Pembudayaan ICT (ICT Acculturation) dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Jabatan.

    • Memacu hala tuju penjajaran program ICT Jabatan.

  4. Peneraju Inovasi melalui Aplikasi Kerajaan Elektronik, Infrastruktur dan Keselamatan ICT

    • Mengenal pasti perkhidmatan generasi baru (new generation services); dan
    • Memacu perkongsian maklumat ke arah perkhidmatan cross-agency.

SPLaSK

Baca selanjutnya: Ketua Pegawai Digital (CDO)

  • Hits: 1969

Soalan Lazim

  • Apakah itu Portal JMNP?

    Portal JMNP adalah singkatan kepada Portal Jabatan Mufti Negeri Pahang merupakan gerbang utama informasi dan perkhidmatan melalui internet.
  • Mengapa Portal Jabatan Mufti diwujudkan?

    Portal jabatan Mufti Negeri Pahang diwujudkan adalah untuk mengeluarkan fatwa diperingkat negeri mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah serta memastikan semua perancangan dan perlaksanaan pembangunan negeri mengikut Hukum Syarak.
  • Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Jabatan Mufti Negeri Pahang?

    Umumnya, Portal Jabatan Mufti Negeri Pahang boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
  • Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkod?

    Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Pahang tidak akan direkodkan.
  • Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Jabatan Mufti Negeri Pahang?

    Anda boleh menghubungi:-

    JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG
    Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah
    Jalan Istana Permai, 26600 Pekan
    Pahang Darul Makmur

    Telefon : 09-4211100
    Faks : 09-4224887
    e-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklumbalas kepada Portal Jabatan Mufti Negeri Pahang?

    Anda boleh mengisi aduan secara online di Aduan SISPAA

SPLaSK

Baca selanjutnya: Soalan Lazim

  • Hits: 1718

Visi, Misi, Objektif & Matlamat

  • Visi

    Menjadikan sebuah jabatan yang cemerlang dan berkualiti dalam memartabatkan Syariat Islam untuk melahirkan umat Islam yang bertakwa di Negeri Pahang

  • Misi

    Memastikan Syariat Islam didaulat dan dimartabatkan serta memastikan semua fatwa dan hukum dapat diterima dan dilaksanakan dengan sempurna ke arah melahirkan kesejahteraan umat Islam

Objektif

  • Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti bagi memastikan umat Islam menghayati dan mengenal cara hidup Islam sebenar berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW
  • Memastikan semua perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri mengikut hukum syarak
  • Mengeluarkan fatwa di peringkat negeri mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah

Matlamat

  • Mendaulatkan syariat Islam
  • Mengembang dan memartabatkan kefahaman ilmu Islam kepada umat Islam di Negeri Pahang
  • Menyelaraskan fatwa dan menjamin pelaksanaan syariat Islam diamalkan di Negeri Pahang
  • Melaksanakan kajian dan penelitian dalam bidang falak terutama dalam proses penyediaan takwim, waktu solat, penentuan arah kiblat dan cerapan bagi menentukan hari-hari kebesaran Islam
  • Mendidik para khatib masjid dengan ilmu Islam yang sebenar dan menyediakan teks khutbah seluruh Pahang

Baca selanjutnya: Visi, Misi, Objektif & Matlamat

  • Hits: 2015

Sejarah Penubuhan

Mufti merupakan satu jawatan yang tertinggi dan dihormati di Malaysia. Di Pahang jawatan Mufti diwujudkan secara rasmi bermula di zaman pemerintahan Bendahara Wan Ali (1806-1857), di mana mufti diberikan tanggungjawab menasihati sultan dan mengajar kerabat-kerabat Diraja.

Menurut catatan sejarah, Mufti Pahang semasa itu ialah Tuan Haji Abdul Shukur dan selepas itu, Tuan Haji Habib Muhammad Amin pula dilantik sebagai Mufti, namun begitu kedua-dua tokoh tersebut tidak dapat disahkan sebagai Mufti berdasarkan kepada catatan rekod perkhidmatan pegawai-pegawai kerajaan Pahang. Berdasarkan catatan rekod, Mufti Pahang yang pertama ialah Haji Uthman bin Senik (1905-1918) yang lebih dikenali sebagai Haji Montok.

Dalam struktur organisasi Majlis dan Jabatan Agama Islam Pahang (sebelum perlaksanaan penyusunan semula struktur organisasi, Mufti diletakkan dibawah Jabatan Agama Islam Pahang). Hanya satu jawatan sahaja diwujudkan iaitu jawatan Mufti, tiada Timbalan dan kakitangan pembantu. Mufti adalah anggota tetap Majlis Ugama Islam Pahang.

Unit Pemodenan Pentadbiran Dan Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dalam laporan kajian penyusunan semula Majlis / Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri sebagaimana yang telah diluluskan telah memperakukan supaya Jabatan Mufti diasingkan terus daripada Majlis / Jabatan Agama Islam Pahang mulai 1 Januari 1997.

Kompleks-Islam-Sultan-Haji-Ahmad-Shah

Tokoh-Tokoh Mufti Pahang

  • 1905-1918

    Tuan Haji Sheikh Uthman bin Haji Senik

  • 1939-1950

    Tuan Haji Abas bin Taha

  • 1950-1951

    Tuan Haji Sheikh Abdul Rahim bin Ibrahim Al Samanudi

  • 1951-1976

    Tuan Haji Abdul Bakar bin Mat Yassin

  • 1982-1997

    Dato' Haji Mohd Taib bin Haji Hassan

  • 1997-2006

    Dato' Haji Sulaiman bin Haji Ahmad

  • 2006 - 2024

    Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman

  • 2024 - Kini

    YBhg. Profesor Dato’ Dr. Asmadi Bin Mohamed Naim, DSSS., PMK.

Baca selanjutnya: Sejarah Penubuhan

  • Hits: 3209
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 20 Julai 2025. Jumlah Pelawat : 973,414
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.2% United States of America

Jumlah:

85

Countries
973414
Hari Ini: 1,023
Minggu Ini: 3,723
Bulan Ini: 23,204
Tahun Ini: 366,750