Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Ahad, 22 Disember 2024 | 20 Jamadil Akhir 1446

e-FATWA

HUKUM PENDENGARAN PROSIDING KES MAL MAHKAMAH SYARIAH MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2021 yang bersidang pada 12 Ogos 2021 melalui sidang video .

Keputusan :
  1. Pendengaran prosiding kes mal Mahkamah Syariah melalui teknologi komunikasi jarak jauh adalah diharuskanberdasarkan prinsip siyasah syar’iyyah
  2. Disebut di dalam kitab Maqasid al-Qada’ Fi al-Islam al-Tanzim al-Qadha’ie oleh Dr.Hatim ibn Muhammad yang menerangkan mengenai kehakiman syariah yang bersandarkan kepada prinsip maslahah dan maqasid syariah iaitu ;

والقضاء عامة من أهم وظائف الدولة ، وهوښي الاسلام من أهم الولايات التي تنهض عليها الأمة ښي سياسة الدنيا وحراسة الدين ، ولعل شدة تعلقه بالحياة العملية ، جعله متشاء اهتمام الفقهاء ومحط أنظارهم
Maksudnya: “Kehakiman merupakan salah satu fungsi yang paling penting dalam sebuah negara. Dalam Islam ia juga adalah salah satu fungsi yang paling penting dalam pembangunan ummah bagi mengurus tadbir urusan dunia serta memelihara kesucian agama. Betapa pentingnya kehakiman itu dalam kehidupan sehingga ia menjadi fokus, perhatian dan penelitian para fuqaha’.

Berdasarkan kaedah fiqh ;

إذا ضاق الامر إتسع
Maksudnya : “ Apabila sempit sesuatu perkara itu , maka hendaklah diluaskan “

Abdul Karim Zaydan dalam Nizam al-Qadha’ fi al-Syariah al-Islamiah menyebutkan bahawa :
Maksudnya : “ Seseorang hakim memerlukan tempat yang tertentu dan tempat tersebut mudah diketahui umum bagi menjalankan tugas kehakiman dan perbicaraan . Tempat ini hendaklah memberikan keselesaan kepada hakim dan juga pihak-pihak yang bertikai , begitu juga dapat memberikan segala kemudahan kepada orang ramai untuk menghadirinya …”

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang hendaklah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan dengan pematuhan kepada hukum syarak dan mengambil kira keselamatan kepada prosedur serta kerahsiaan perbicaraan yang dijalankan .