Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Khamis, 21 November 2024 | 19 Jamadil Awal 1446

e-FATWA

KAEDAH SOLAT BAGI PEKERJA-PEKERJA KREN BANGGUNAN TINGGI

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 05/2023 yang bersidang pada 16 Februari 2023 telah membuat keputusan seperti berikut :-

Keputusan :
  1. Pekerja pengendali kren wajib menunaikan solat fardhu 5 waktu. Keringanan dari sudut syarak sewaktu menunaikan solat tersebut adalah bergantung kepada syif mana yang mereka terlibat.
  2. Hanya syif ke 2 dan 3 iaitu bermula pukul 3 petang hingga 11 malam dan 11 malam hingga 7 pagi: yang paling banyak mendapat rukhsoh kerana melibatkan 3 waktu solat iaitu solat asar, maghrib dan subuh. Manakala bagi waktu Isyak mereka dibolehkan solat seperti biasa di rumah atau surau tempat bekerja.
  3. Oleh itu, menunaikan solat pada waktu-waktu tersebut; ketika mengangkat takbir mereka hendaklah menghadap kiblat terlebih dahulu kemudian bolehlah kembali ke posisi asal (tidak menghadap kiblat) kerana faktor masaqqah (keadaan kren yang kecil dan sempit dan tidak boleh dipesongkan ke arah kiblat).
  4. Manakala, bagi tujuan taharah mereka disarankan membawa air dalam botol bagi memudahkan untuk berwuduk. Dengan cara menyemburkan air melalui botol spray tersebut dan terlihat aliran air pada anggota wuduk.
  5. Ada pun bagi syif yang lain 7 pagi hingga 3 petang pekerja boleh melaksanakan solat zohor setelah turun dari kren mereka secara biasa.
  6. Bagi solat Jumaat pula, jika ada pekerja bukan Islam yang boleh menggantikan mereka hendaklah perkara itu dilaksanakan namun jika tiada atau kesukaran kerana pekerja bukan islam haya sedikit jumlahnya pihak pengurusan hendaklah menyusun jadual yang spesifik agar pekerja tidak akan meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali berturut-turut.
  7. Bagi solat maghrib dan isyak para pekerja yang terlibat di dalam syif tersebut dibenar melaksanakan solat jamak secara tamam (bukan jamakdan qasar) kerana faktor masyaqah sama ada solat jamak takdim (tiga rakaat dan empat rakaat) dan takhir (empat rakaat dan tiga rakaat) iaitu sewaktu masa rehat pekerja di dalam kren yang tidak dibenarkan untuk tujuan demi tugas.