CADANGAN WAKAF TUNAI SEBAGAI MAWQUF ATAU HARTA YANG DIWAKAFKAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2024, pada 25 – 26 November 2024
Keputusan :
Mesyuarat bersetuju dan memutuskan bahawa :
i)Wakat tunai ialah wang yang diwakafkan untuk tujuan dikekalkan dalam bentuk wang tunai. Ia berbeza daripada “dana wakaf biasa” yang bertujuan untuk membeli aset fizikal sebagai wakaf.
ii)Wang tunai tersebut akan dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan.
iii)Keuntungan wakaf tunai tersebut tidak dikira sebagai harta wakaf dan boleh digunakan berdasarkan mandat kewujudan wakaf tunai tersebut.
iv)Amaun asal wakaf tunai hendaklah dipastikan kekal pada amaun yang sama. Mutawalli hendaklah mengambil kira faktor inflasi dengan memperuntukkan sebahagian keuntungan untuk diwakafkan semula untuk menjadi amaun wakaf kekal juga.