Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Selasa, 16 Jun 2026 | 30 Zulhijjah 1447

e-FATWA

HUKUM MENGENAI HUKUM TUNTUTAN HUTANG TUNGGAKAN CUKAI PENDAPATAAN SI MATI KEPADA AHLI WARIS

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-1/2024, pada 05 Jun 2024

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju bahawa hukum melibatkan percukaian dari segi hukum memungut cukai dan hukum membayar cukai adalah harus di bawah (Siasah Syariyyah) dengan mengambil kira “maslahah” dalam sesebuah negara seperti ketidakcukupan mengutip zakat dan pendapatan kerajaan untuk menampung perbelanjaan negara.

Keharusan perlaksanaan cukai ini adalah terletak kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para Ulama’ dan parameter yang telah ditetapkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ( Jawatankuasa Muzakarah MKI) kali ke 160.

1.Kerajaan komited melaksanakan syariat islam

2.Kerajaan memerlukan sumber kewangan

3.Cukai yang dikutip hanya untuk memenuhi maslahah dharuriyyah dan hajiyyah

4.Bebanan cukai dikutip secara adil

5.Cukai dibelanja untuk maslahah umat bukan untuk maksiat

6.Agihan cukai hendaklah bertepatan dengan ijtihad Ulama’ semasa dan setempat.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 21 Jun 2026. Jumlah Pelawat : 1,847,282
Kembali ke Atas
Malaysia 95.9% Malaysia

Jumlah:

121

Countries
1847282
Hari Ini: 2,691
Minggu Ini: 2,691
Bulan Ini: 40,446
Tahun Ini: 571,058