Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Ahad, 22 Jun 2025 | 25 Zulhijjah 1446

e-FATWA

LARANGAN AJARAN PENGIKUT GLOBAL IKHWAN BUSSINESS DAN SERVICES HOLDING

Oleh : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2024, pada 2 Oktober 2024

Keputusan :

1.Pengikut-pengikut dari GISBH, sama ada pekerja yang beragama Islam, atau mana mana orang Islam, adalah menyeleweng dan sesat apabila :

i.Meneruskan kepercayaan dan amalan dalam Aurad Muhammadiah yang dibawa oleh al-Arqam yang telah diwartakan sesat dan menyeleweng pada tahun 1994.

ii.Mempercayai bahawa Ashaari Bin Muhammad yang telah meninggal dunia pada tahun 2010 tidak mati sebaliknya ghaib.

2.Bahawa keputusan ini meliputi apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di atas dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau mana-mana kumpulan yang telah wujud atau akan diwujudkan.

3.Sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak.

4.Semua pihak berkuasa seperti Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan lain-lain hendaklah berkerjasama bagi merangka dan melaksanakan pemulihan serta pemantauan kepada pengikut-pengikut GISBH.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 Jun 2025. Jumlah Pelawat : 938,860
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Jumlah:

84

Countries
938860
Hari Ini: 100
Minggu Ini: 8,500
Bulan Ini: 122,881
Tahun Ini: 332,196