Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Khamis, 16 April 2026 | 27 Syawal 1447

e-FATWA

AJARAN MHD MOHIB KHOULI NAZEM

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 02 /2025 telah bersidang pada 29 hingga 30 April 2025 telah membuat keputusan berikut :

Keputusan:

Mesyuarat bersetuju bahawa:

  1. Ajaran dan pengajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan menyesatkan serta menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ;
  2. Mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman, ajaran dan pegangan seumpama ini adalah menyeleweng daripada ajaran Islam;
  3. Orang Islam hendaklah menjauhi ajaran ini dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang telah mengikut dan mengamalkan ajaran ini hendaklah segera bertaubat nasuha kepada Allah SWT;
  4. Apa-apa publisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran, penerbitan, ( bahan bercetak, audio visual, digital atau dalam apa-apa bentuk yang berkaitan dengan Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah tidak dibenarkan dan perlu disekat;
  5. Umat Islam hendaklah berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari aspek akidah, syariah dan tasawuf yang berdasarkan kefahaman Islam sebenar menurut al-Quran, Sunnah dan ijma. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah harus perdana umat Islam ialah dari segi akidah berpandukan manhaj al-Asyairah dan Al-Maturidiah, dari segi syariah berpandukan manhaj Shafie serta mazhab muktabar yang lain seperti Hanafi, Maliki, Hanbali ketika diperlukan dalam menyelesaikan masalah tertentu dan dari segi tasawuf berpandukan manhaj Imam al-Junaid, Imam al-Ghazali serta aliran tasawuf yang sahih dan muktabar, dan
  6. Pihak berkuasa agama Islam negeri dan agensi-agensi lain yang berkaitan hendaklah mengambil tindakan menyekat penyebaran Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem kerana mengancam akidah umar Islam, menggugat perpaduandan keharmonian masyarakat Malaysia.

 

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 06 April 2026. Jumlah Pelawat : 1,649,084
Kembali ke Atas
Malaysia 96.0% Malaysia

Jumlah:

117

Countries
1649084
Hari Ini: 2,489
Minggu Ini: 9,173
Bulan Ini: 49,732
Tahun Ini: 372,860