Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Rabu, 23 September 2026 | 11 Rabiulakhir 1448

e-FATWA

CARUMAN AHLI KSWP YANG BERAGAMA ISLAM SEBAGAI HARTA SEPENCARIAN

Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 01/2026 yang bersidang pada 27 dan 28 April 2026 telah memutuskan mengenai caruman Ahli KSWP yang beragama Islam sebagai harta sepencarian sepertimana berikut:


(a)Tuntutan harta sepencarian ke atas wang KWSP yang dimiliki oleh ahli KWSP beragama Islam adalah diharuskan;

(b)    Apa-apa tuntutan harta sepencarian ke atas wang KWSP yang dimiliki oleh ahli KWSP beragama Islam adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Mahkamah Syariah;

(c)    Bahagian harta sepencarian yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah untuk diserahkan kepada pasangan, tidak dikira sebagai harta pusaka pencarum dan tidak tertakluk kepada hukum faraid;

(d)    Lembaga KWSP hendaklah menguruskan tuntutan harta sepencarian tersebut berdasarkan perintah Mahkamah Syariah yang dimeterai, termasuk memindahkan jumlah wang tuntutan tersebut ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

 

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 22 September 2026. Jumlah Pelawat : 1,945,065
Kembali ke Atas
Malaysia 95.5% Malaysia
United States of America 2.0% United States of America

Jumlah:

142

Countries
1945065
Hari Ini: 2,125
Minggu Ini: 7,146
Bulan Ini: 44,902
Tahun Ini: 668,841