Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Rabu, 23 September 2026 | 11 Rabiulakhir 1448

e-FATWA

GARIS PANDUAN TAREQAT DAN TASAWUF  

Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 01/2026 pada 27 dan 28 April 2026 telah memutuskan untuk bersetuju untuk menerima garis panduan tareqat dan tasawuf menurut perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah. Garis Panduan ini secara tidak langsung dapat memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap amalan tasawuf yang tulen selaras dengan syariat Islam serta mengelakkan penyelewengan yang mungkin berlaku.

OBJEKTIF GARIS PANDUAN

a. Menjelaskan kedudukan tarekat tasawuf dalam Islam.

b. Meneliti perkara-perkara usul dan cabang dalam tarekat tasawuf serta isu yang dikaitkan dengan penyelewengan dari perspektif Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

c. Mewujudkan garis panduan tarekat tasawuf yang lengkap sebagai rujukan pihak berkuasa agama dan masyarakat.

TAKRIF

Beberapa takrif diberikan untuk memahami garis panduan tarekat tasawuf: “Ahli Sunnah Wal Jamaah” ertinya mana-mana orang yang berpegang dengan al-Quran dan Sunah;

a) Berkenaan dengan akidah, hendaklah bermaksud huraian al-Asyairah dan al-Maturidiyah;

b) Berkenaan dengan syariah, hendaklah mengikut Mazhab Syafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali atau melalui ijtihad hukum yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa dalam perkara hukum syarak; dan

c) Berkenaan dengan tasawuf, hendaklah mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

“Guru mursyid” ialah guru yang berilmu, bertakwa, mempunyai salasilah yang sahih yang sampai kepada Nabi Muhammad SAW dan diberi ijazah irsyad dan tarbiah.

“Murid” ialah individu yang menerima petunjuk dan didikan daripada guru mursyid. 

“Sufi” ialah individu yang mengikuti dan mengamalkan ajaran tasawuf yang benar. 

“Tasawuf” ialah Ilmu mengenal Allah SWT dengan cara penyucian hati melalui jalan tarbiah (didikan), mujahadah (beramal) dan riadah (latihan) mengikut syariat Islam.

“Tarekat” ialah suatu jalan yang menuju kepada darjat ihsan dengan amal ibadat yang mempunyai kaedah yang tersusun berdasarkan al-Quran dan hadis, ditarbiah oleh seorang guru mursyid yang bertujuan untuk menyucikan hati bagi mencapai kesempurnaan segala perintah agama Islam secara menyeluruh zahir dan batin.

ILMU TASAWUF DAN KEDUDUKANNNYA DALAM ISLAM

Ilmu tasawuf adalah ilmu yang benar dan jelas dalam Shariat Islam. Sumber ilmu tasawuf adalah al-Quran dan hadis. Kandungan ilmu tasawuf berasaskan makna Ihsan. Nabi SAW bersabda:
 .
قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك "

Lelaki itu (Malaikat Jibril) berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan : Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu.

 (al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, Bab Su’al Jibril al-Nabi SAW).

Perbincangan ilmu tasawuf adalah berkaitan dengan hal ehwal dan penyucian hati (tazkiyah al-nafs) yang melibatkan didikan (tarbiyyah), kesungguhan (mujahadah) dan latihan (riyadah) untuk membuang sifat-sifat tercela seperti sombong, marah, dengki dan seumpamanya serta menghiasi dengan sifat-sifat terpuji seperti taubat, ikhlas, benar, sabar dan lain-lain lagi untuk mencapai darjah Ihsan. Orang yang beramal secara zahir dan batin dengan sifat-sifat terpuji dikenali sebagai golongan yang muhsinin, bertaubat,
ikhlas, benar, sabar dan lain-lain.

Abdullah bin Ali al-Sarraj (w. 988M), pengarang kitab Al-Luma’ menegaskan bahawa golongan tasawuf termasuk dalam golongan ulama yang benar dengan ilmunya dan para pewaris Nabi Muhammad SAW. Pengamal tarekat tasawuf yang juga dikenali sebagai golongan sufi, berpegang teguh dengan al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW, perjalanan para sahabat dan tabi’in.

Beliau juga menegaskan bahawa semua disiplin ilmu mempunyai ruang lingkupnya yang terbatas dan semua matlamat ilmu akhirnya membawa kepada ilmu tasawuf bermaksud bahawa tujuan akhir penguasaan ilmu dalam Islam ialah mencapai pengabdian yang ikhlas (ihsan), dan penyucian jiwa, yang menjadi teras perbahasan ilmu tasawuf. Ilmu tasawuf berfungsi memperdalam penghayatan rohani terhadap ajaran Islam melalui penyucian hati dan pengamalan syariat, sehingga Allah SWT mengurniakan pembukaan kefahaman terhadap makna kalam-Nya. Pembukaan ini ialah kefahaman mendalam yang menghidupkan iman, ibadah dan akhlak.

Golongan sufi sepakat dengan usul akidah dan segala ilmu serta huraian makna daripada golongan ahli hadis dan ahli fikah. Jika berlaku perselisihan pendapat dalam kalangan ahli hadis dan ahli fikah mengenaisesuatu hukum syarak, maka golongan sufi suka mengambil pendapat yang lebih baik, lebih utama dan lebih sempurna kerana pendekatan berhati-hati dalam perkara agama dan memuliakan perintah Allah SWT. Tasawuf juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti ilmu hakikat, ilmu suluk, ilmu hati, ilmu batin, ilmu rasa hati, ilmu laduni, ilmu kasyaf, ilmu makrifat, ilmu rahsia dan lain-lain lagi. Oleh kerana itu, mana-mana ilmu lain yang menggunakan pelbagai istilah tersebut namun kandungannya tidak menepati ajaran tasawuf sebenar, maka ia tertolak.

Menurut Wan Sulaiman Wan Sidik (w. 1935M), ilmu tasawuf mempunyai kaitan rapat dan tujuan sama dengan ilmu tauhid dan ilmu fikah. Ilmu tauhid dikenali dengan ilmu makrifat iaitu mengenal Allah SWT dengan hati yang yakin kepada kewujudan Allah Yang Esa, tiada sesuatu yang seumpama dengan-Nya dan sentiasa menghadirkan hati ingat kepada-Nya. Ilmu fikah pula ialah menerima dan melaksanakan segala hukum-hakam dan ibadah kepada Allah SWT dengan hati yang selalu hadir kepada-Nya. Begitu juga ilmu tasawuf, satu ilmu yang membicarakan cara menyucikan hati dari sifat tercela dan menghiasi sifat terpuji dengan sentiasa melazimkan hati menghadap Allah SWT tanpa lalai kepada-Nya.

Manakala tarekat tasawuf pula ialah ilmu dan amal di bawah bimbingan seorang guru mursyid melalui didikan, kesungguhan dan latihan yang berpandukan syariat Islam untuk menghadirkan hati semata-mata kepada Allah SWT dan berakhlak mulia. Oleh itu, ilmu tauhid, ilmu fikah, ilmu tasawuf dan tarekat tasawuf dari segi kandungan amalan adalah satu dan merupakan syariat Islam. Istilah-istilah yang dibina hanya sebagai penghubung yang menghuraikan intipati ajaran Islam dari umum kepada terperinci bagi memudahkan umat Islam memahaminya secara menyeluruh.

BAB 1: PENGENALAN TAREKAT TASAWUF

Perkataan tarekat berasal daripada perkataan Arab iaitu “taraqa”, “tariqatan”. Secara literal, “taraqa” menunjukkan makna yang luas seperti jalan, cara, kaedah, sistem, aliran, haluan, tempat lalu, ketua kaum mulia, goresan, garis, hal, perjalanan golongan sufi, tingkatan, tradisi, kebiasaan. Secara umumnya walaupun terdapat pelbagai makna tarekat tetapi apabila ia dikaitkan dengan ilmu tasawuf, ia membawa makna yang lebih khusus iaitu pengamalan dan jalan rohani yang memerlukan kepimpinan guru mursyid dalam menyempurnakan amalan yang disyariatkan oleh Islam. Ia merupakan medium untuk merealisasikan pengertian dan matlamat dalam akidah, fikah dan tasawuf. Ali bin Muhammad al-Jurjani (w. 1413M) menjelaskan istilah tarekat ialah satu bentuk perjalanan kerohanian khusus bagi orang-orang yang menuju kepada Allah SWT dengan mengharungi pelbagai perubahan sifat hati dan mencapai sifat-sifat terpuji. Muhammad Amin al-Kurdi (w. 1924M) pula menjelaskan bahawa tarekat ialah pengamalan yang menyempurnakan amalan syariat, berpegang dengan bersungguh-sungguh dan menjauhi sifat mengambil mudah dalam beramal seperti menjauhi segala perkara yang dilarang secara zahir dan batin, menjunjung segala perintah dengan kemampuan yang ada di bawah bimbingan seorang guru mursyid yang telah mencapai peringkat rohani yang tinggi.

Abdul Wahab al-Sha’rani (w. 1565M) mendefinisikan tarekat sebagai jalan untuk beramal dengan kandungan syariat. Ia adalah intipati tersembunyi dalam syariat seumpama pati dalam susu. Syeikh Islam Negeri Kedah Wan Sulaiman Wan Sidek (w. 1935M) mendefinisikan tarekat sebagai pengamalan dan ibadah yang selari dengan syariat Islam dengan melakukan latihan bersungguh-sungguh yang tidak menyalahi hawa nafsu seperti mengerjakan amalan yang susah seumpama zikir dan lain-lainnya sehingga terhasil hati yang kekal menghadap ke hadrat zat Allah yang Esa yang tiada seumpama dengan-Nya. Berdasarkan beberapa pengertian tarekat tasawuf dari segi bahasa dan istilah di atas, dapat disimpulkan bahawa tarekat tasawuf boleh didefinisikan secara khusus sebagai jalan pengamalan dan pengibadatan yang mempunyai cara-cara (kaifiyat), adab-adab, rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu secara tersusun diambil daripada al-Quran dan hadis, dididik oleh seorang guru mursyid yang bersambung salasilah perguruannya hingga kepada Nabi Muhammad SAW, bertujuan untuk menyucikan hati melalui pelbagaipengalaman, rintangan, peningkatan limpahan rohani bagi mencapai kesempurnaan segala perintah agama Islam secara menyeluruh zahir dan
batin bagi mencapai rasa sebenar perhambaan diri kepada Allah SWT dan fungsi sebagai khalifah-Nya.

BAB 2: TUJUAN PENGAMALAN TAREKAT TASAWUF

Tarekat tasawuf dalam Islam mempunyai tujuan seperti berikut:

a. Memelihara diri dengan sifat insaniah supaya dapat mencapai makna rasa kehambaan kepada Allah yang sebenar dan menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini dengan sentiasa menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

b. Menyucikan hati daripada segala sifat tercela seperti sombong, marah, dengki   dan seumpamanya serta menghiasi diri dengan sifat terpuji seperti taubat, ikhlas, benar, sabar dan lain-lain yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.

c. Melatih diri untuk sentiasa ingat kepada Allah SWT melalui didikan guru mursyid dan amalan syariat yang berpaksikan tauhid dan sunah NabiMuhammad SAW.

d. Menyempurnakan matlamat dalam ilmu akidah, fikah dan tasawuf iaitu mengekalkan kesedaran ingatan kepada Allah SWT dalam setiap kelakuan zahir dan batin. Dari segi akidah dapat menghilangkan syakdan khayalan sehingga terbit keyakinan yang teguh dalam akidah. Manakala dalam fikah, menghilangkan sifat malas dan melunturkan nafsu jahat sehingga menjadikan diri mudah dan suka beramal soleh dengan syariat Islam zahir dan batin serta mengekalkan hati supaya ingat kepada Allah dalam perlaksanaan ibadah. Manakala dalam tasawuf, menghilangkan sifat tercela dan berakhlak dengan sifat terpuji sehingga hati tidak lalai daripada Allah SWT.

e. Membantu menyempurnakan pencapaian matlamat syariah (Maqasid al-    Shariah) melalui pembinaan hati, pemurnian akhlak dan pendalaman penghayatan rohani, dalam pelaksanaan syariat secara menyeluruh dengan keikhlasan, adab dan istiqamah.

f. Membangun dan mengimarahkan kehidupan di dunia dengan amalan syariat     melalui hati yang bersih dan saling tolong-menolong dalam menyempurnakan perintah agama.

BAB 3: CIRI-CIRI TAREKAT TASAWUF

Ciri-ciri tarekat tasawuf adalah seperti berikut:

3.1 GURU MURSYID

Mempunyai guru mursyid yang telah mencapai maqam guru (khalifah) dan pembimbing (irsyad). Ciri-cirinya ialah:

a. Mestilah lelaki yang beriman.

b. Mestilah berilmu dengan akidah, syariat dan tasawuf menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah

c. Mestilah beramal dengan bersungguh-sungguh dan berazam kuat(‘azimah) dalam berpegang kepada syariat, melazimi amalan sunat, berhati-hati dalam perkara yang harus, serta menjauhi perkara makruh dan haram.

d. Berpegang teguh dengan sunnah Nabi Muhammad SAW dan menjauhi amalan yang bercanggah (bid’ah sayyi’ah) dan sesat (dalalah).

e. Mestilah beramal, bertakwa, istiqamah, bersifat adil dan menjauhi daripada pelbagai dosa besar dan tidak melazimi dosa kecil.

f. Mestilah mengetahui kesempurnaan hal ehwal hati, penyakitnya dan cara penyucian hati.

g. Mencapai pengalaman rohani melalui kesungguhan (mujahadah) serta kesempurnaan spiritual hasil asuhan (tarbiyyah), berdampingan (suhbah) dan didikan (tarbiyyah) berterusan daripada gurunya.

h. Mempamerkan akhlak yang terpuji dan menjauhi segala sifat tercela seperti hasad dengki, takabur dan lain lain

i. Berpenampilan kemas dan bersih serta menjadi ikutan yang baik (qudwah hasanah)

j. Mestilah mendapat keizinan dan pengiktirafan secara lisan atau bertulis atau kedua-duanya secara jelas daripada gurunya untuk mengajar, memimpin dan mentarbiah murid.

k. Tidak boleh mendakwa menjadi guru berdasarkan lantikan daripada pengalaman rohani guru yang telah mati, dalam mimpi atau yang melantik diri sendiri. Lantikan tersebut mestilah dilakukan dalam keadaan murid itu hidup dan sedar (bukan mimpi) oleh guru mursyid yang masih hidup.

l. Mestilah mempunyai sanad dan salasilah yang jelas serta bersambung (muttasil) daripada gurunya sehingga kepada Nabi Muhammad SAW.

m. Tidak disyaratkan memiliki perkara mencarit ada secara zahir (karamah hissiyyah) sebaliknya yang lebih utama ialah pegangan teguh terhadap 26 akidah dan syariat Ahli Sunnah wal Jamaah serta istiqamah dalam ketaatan.

n. Mempunyai kelayakan untuk bai’ah dan talkin zikir kepada murid.

o. Mestilah mengetahui cara-cara melaksanakan zikir, syarat-syaratnya dan adab-adabnya sepertimana asuhan dan didikan daripada gurunya.

p. Mestilah mengetahui kandungan al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas.

q. Mestilah ada kasih sayang dan lemah lembut sesama muslimin khususnya anak-anak muridnya.

r. Mendahulukan penghayatan tasawuf kepada keluarga supaya menjadi contoh tauladan yang baik

s. Guru mursyid bukan maksum, sekiranya terjebak dengan dosa maka dia segera bertaubat nasuha.


3.2 MURID

Adab-adab murid adalah seperti berikut :

a. Hendaklah dalam kalangan lelaki dan perempuan yang beriman dan berakal. 

b. Mestilah berniat untuk belajar dengan ikhlas bagi memperbaiki diri dan menyempurnakan ibadah kepada Allah SWT.

c. Beramal dengan akidah, syariat dan tasawuf yang benar.

d. Beramal dengan amalan yang diajar oleh guru dengan benar dan istiqamah.

e. Berakhlak mulia dan menjauhi segala sifat tercela.

f. Menjauhi maksiat dan amalan yang menyalahi ajaran Islam.

g.Tidak bermudah-mudah mengkafir atau membid‘ahkan orang Islam tanpa disiplin keilmuan, sandaran dalil syarak yang sahih serta autoriti yang diiktiraf.

3.3   SYARAT SALASILAH/SANAD TAREKAT

Mempunyai salasilah/sanad perguruan yang benar. Antaranya:

a. Salasilah/sanad yang muktabar dan mestilah jelas nama-nama gurunya bersambung sehingga kepada Nabi Muhammad SAW.

b. Pengambilan talkin, taklim dan suhbah murid secara zahir daripada guru murshid masih hidup, bukan secara mimpi

c. Mendapat keizinan dan pengiktirafan khalifah/guru murshid secara zahir melalui pengistiharan lisan atau bertulis untuk membimbing, mendidik dan mentarbiah murid daripada guru mursyid hidup.

d. Salasilah/sanad adalah kemestian dalam pengajian ilmu tarekat.

e. Keperluan sanad menunjukkan kebenaran, keberkatan dan kesahihan sumber amalan tarekat daripada guru ke guru sehingga ke Nabi Muhammad SAW. Hal ini berkaitan dengan pemeliharaan penurunan ilmu supaya tidak menyimpang daripada kebenaran yang telah dipelihara dan diwarisi oleh guru ke guru.


3.4 AMALAN KEROHANIAN

Mempunyai amalan kerohanian seperti zikir, menbaca al-Quran, wirid, hizib, selawat keatas Nabi SAW dan lain-lain. Ciri-cirinya ialah:

a. Amalan yang bersumberkan al-Quran dan hadis, Ijma’ dan Qiyas
b. Amalan dan kaedah yang tidak bertentangan dengan usul akidah dan syariat.
c. Amalan zikir yang jelas dari segi bentuk bentuk ayat (sighah), sebutanperkataan (lafaz) dan maksudnya.


3.5 TEMPAT PENGAMALAN TAREKAT TASAWUF

Setiap pengamalan tarekat tasawuf mestilah mempunyai tempat yang sesuai untuk beramal. Antara ciri-cirinya ialah:

a. Mempunyai tempat beramal seperti masjid, rumah suluk, ribat, zawiyah, atau seumpamanya dengan mendapat kebenaran dan didaftarkan oleh lain).

b. Tidak digalakkan beramal di kaki gunung, bukit, gua, hutan, kuburan, sungai, atau seumpamanya kerana boleh menimbulkan fitnah

c. Tidak mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.

3.6 ADAB-ADAB MURID

Menjaga segala adab-adab sebagai murid. Antara adab-adabnya ialah:

a. Menghormati gurunya.

b. Mengamalkan adab, ajaran dan didikan gurunya secara istiqamah.

c. Tidak berburuk sangka dan mencari kekurangan gurunya.

d. Hendaklah memelihara adab- adab belajar dengan gurunya.


BAB 4: CIRI-CIRI TAREKAT TASAWUF YANG DITUNTUT

a. Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wal jama‘ah.

b. Amalan syariat yang bersumberkan al-Quran, hadis, ijmak, qias dansumber-sumber yang diterima di sisi mazhab fikah yang muktabar.

c. Memilih pendapat yang terbaik (qaul mukhtar) dalam mazhab fikah dan memberikan penekanan amalan yang diwajibkan dalam syariat.

d. Beramal dengan berhati-hati dalam perkara wajib dan sunat, menjauhi perkara yang makruh dan haram, perkara yang tidak jelas (syubhah) serta merujuk kepada pendapat para ulama yang muktabar dalam fatwa mereka.

e. Berpegang teguh dengan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW adalah lebih besar daripada pengalaman rohani. Latihan kerohanian menepati sunnah Nabi Muhammad SAW adalah lebih utama sekalipun tidak berhasil mendapat apa-apa pengalaman rohani.

f. Menjauhi segala amalan yang bercanggah (bid’ah dalalah) dalam akidah dan syariah.

g. Bersederhana dalam perkara harus dan mengelakkan berlebih-lebihan dalam makan, minum, tidur dan pakaian yang boleh menjatuhkan diri dalam perkara yang tidak jelas (syubhah) dan lebih-lebih lagi perkara haram. Bersederhana dan berniat ibadah dalam perkara dan amalan harus seperti makan dengan niat untuk kuatkan badan bagi beribadah.

h. Matlamat utama tasawuf bukan perasaan ittihad dan hulul dengan Pencipta atau perkongsian sifat-sifat ketuhanan dengan Pencipta, tetapi lebih kepada beramal dengan zahir dan batin berserta hati yang ikhlas dengan syariat dan untuk mencapai maqam kehambaan (abdiyyah) kepada Allah.

i. Memberi keutamaan kepada peringkat kerohanian kesedaran (sahw) berbanding pengalaman kemabukan (sakr) sebagai peringkat kesempurnaan dalam tarekat kerana lebih menepati ajaran syariat.

j. Meletakkan semua pengalaman kerohanian seperti terbukanya hijab batin (kasyaf), perasaan rohani (wujd), keadaan rohani (hal), perkara- perkara ghaib (ghaibiyyat) dan lain-lain hanya sebagai proses bukan sebagai matlamat paling utama dicapai tetapi hanya sebagai wasilah dan tunduk terhadap kebenaran dan keyakinan yang kukuh kepada syariat Islam.

k.Mengutamakan hubungan yang aktif di antara tarekat tasawuf dengan pemerintah dan negara kerana ia adalah keperluan untuk mendapat keselamatan dan bagi melaksanakan ajaran dan syiar agama Islam.

BAB 5: SUMBER RUJUKAN TAREKAT TASAWUF

5.1.Sumber Rujukan Utama

Untuk memastikan kebenaran tarekat tasawuf berasaskan dengan sumber rujukan yang benar mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a. Al-Quran ialah kalam Allah (kata-kata Allah) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril, dalam Bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir (perawi yang ramai), menjadi mukjizat, membacanya merupakan ibadah, bermula dengan Surah al- Fatiḥah dan berakhir dengan Surah al-Nas.

b. Hadis ialah segala perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW, merangkumi perkataan (qauli), perbuatan (fi’li) persetujuan (taqriri) serta sifat fizikal atau peribadi baginda. Berfungsi sebagai sumber hukum kedua dalam Islam selepas al-Quran, yang menjelaskan dan memperincikan ajaran Islam.

c. Ijmak ialah kesepakatan para ulama mujtahid dalam kalangan umat Islam mengenai sesuatu hukum syarak pada suatu masa selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

d. Qiyas ialah kaedah analogi sebagai satu kaedah penetapan hokum syarak dalam usul fiqh dengan menyamakan hukum sesuatu perkara baharu yang tiada nas hukumnya (furu‘) kepada hukum asal yang telah ada nasnya (asl), kerana persamaan pada sebab hukumnya (‘illah). Ulama menyimpulkannya sebagai (Qadim salih jadid nafi’).

5.2.Metodologi Memahami Kitab-Kitab Tasawuf Ahli Sunah Wal jamaah

a. Merujuk kepada kitab-kitab utama sufi muktabar dalam bahasa Arab serta syarahnya berkaitan dengan manhaj sufi, bidang akidah fikah, tafsir dan bidang lain-lain mendapat pengolahan dan penjelasan.

b. Merujuk kitab-kitab fatwa muktabar seperti al-hawi lil fatawa oleh Imam al-Suyuti, Abd al-Rahman ibn Abi Bakar (w.911H) dan al-Fatawa la Hadithiyyah oleh Imam Ibn Hajar al-Haythami, Ahmad ibn Muhammad (w.974H) dan lain-lain kitab fatwa muktabar atau keputusan muzakarah hal ehwal Islam seperti keputusan Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) dan seumpamanya.

c. Memahami manhaj sufi dan makna sebenar istilah-istilah dalam bentuk ungkapan secara isyarat (ishari), ungkapan kiasan (rumuz) serta ibarat-ibarat kalam dalam bahasa Arab yang digunakan oleh sufi dan maksudnya yang sebenar di sisi ahli sufi.

d. Penggunaan ta’wil ialah menafsir makna zahir sesuatu ibarat kepada makna lain yang lebih sesuai apabila makna literalnya menimbulkan kekeliruan (wahm), berdasarkan dalil yang sahih dan kaedah ilmu yang muktabar, tanpa menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah

e. Memahami kaedah ayat yang digugurkan sebahagian lafaznya (taqdir) dan pengguguran perkataan atau unsur ayat (hazf ) dalam ibarat sufi.

f. Memahami bahasa Arab dan kaedahnya seperti ilmu tatabahasa Arab (nahu), perubahan bentuk kata (saraf), ilmu kejelasan makna (bayan), metafora (isti’arah), makna sebenar (hakikat) dan kiasan (majaz) dan lain-lain.

g. Memahami usul-usul kesepakatan dan perbezaan dari sudut kandungan, bahasa dan cara sudut pandang memahami sesuatu isu atau ajaran antara ulama sufi, ulama fikah, mutakallimin dan para ulama dalam bidang yang lain.

h. Membezakan perkara asas (usul), cabang (furu’), perbezaan pandangan ulama (khilaf), kesepakatan ulama mujtahid (ijmak) dan usaha bersungguh-sungguh ulama menetapkan hukum bagi masalah yang tiada nas (ijtihad) dalam kalangan para ulama sufi, fikah dan mutakalimin.

i. Memahami konsep bid‘ah menurut Ahli Sunnah wal Jama‘ah serta prinsip meninggalkan sesuatu (al-tark) iaitu perbuatan yang ditinggalkan oleh Nabi SAW tidak semestinya menunjukkan pengharaman secara mutlak.

j. Keperluan menguasai ilmu usul fikah, qawaid fiqhiyyah dan lain-lain yang diperlukan.


BAB 6: CIRI-CIRI PENYELEWENGAN YANG DIKAITKAN DENGAN TAREKAT TASAWUF

6.1 Penyelewengan berkaitan konsep dakwaan guru mursyid. Di antara penyelewengan berkaitan dengan dakwaan guru mursyid:

6.1.1 Mendakwa menjadi guru mursyid hanya berdasarkan mimpi atau pengalaman rohani.

a. Mengaku dilantik sebagai mursyid hanya melalui mimpi, ilham ghaib atau pengalaman batin tanpa bukti nyata.

b. Menganggap mimpi atau ilham sebagai hujah syar’ie yang mengikat orang lain.

c. Menafikan keperluan sanad, ijazah dan pengesahan daripada guru mursyid yang sah.

6.1.2 Melantik Diri Sendiri Sebagai Guru Mursyid Tanpa Keizinan Guru

a. Mengisytiharkan diri sebagai mursyid tanpa ijazah atau keizinan yang jelas daripada guru muktabar.

b. Memutuskan, mereka-reka atau memanipulasi salasilah tarekat bagi mengabsahkan kedudukan diri.

c. Membuka bai‘ah, talqin atau pengajaran kerohanian tanpa kelayakan serta disiplin tarbiah yang sah.


6.1.3 Tidak Berpegang Kepada Akidah, Syariat Dan Tasawuf Ahli Sunnah Wal Jamaah

a. Mengajar fahaman penyatuan Tuhan dan makhluk seperti penyatuan (ittihad) dan penjelmaan (hulul).

b. Mentakwil atau menafikan nas syarak sehingga merosakkan asas akidah dan syariat.

c. Memisahkan tasawuf daripada kerangka akidah dan syariat Islam.

6.1.4 Melakukan Bid’ah Sesat dan Amalan Yang Bertentangan Dengan Syariat dan Sunnah

a. Mencipta atau menguatkan amalan, zikir dan ritual yang bercanggah dengan usul akidah dan syariat atau bercanggah dengan sunnah Nabi SAW


6.1.5 Tidak Istiqamah Dalam Ibadah dan Terlibat Dalam Dosa Besar

a. Mengabaikan kewajipan fardu ‘ain dengan alasan sudah mencapai ketinggian maqam haqiqat.

b. Melakukan dosa besar tanpa taubat dan melazimi dosa kecil serta meremehkannya atas nama ketinggian maqam rohani

6.1.6 Tidak Memiliki Salasilah/ Sanad Yang Jelas dan Muktabar

a. Mengaku sebagai guru atau mursyid tanpa ijazah rohani yang bersambung

b. Salasilah direka, kabur atau hanya bersandar kepada mimpi dan ilham.

6.1.7 Tidak Menguasai Ilmu Tasawuf Secara Mendalam

a. Tidak memahami asas tasawuf yang berpaksikan al-Qur’an, Hadis ijmak dan qiyas.

b. Mengamalkan atau mengajar tasawuf tanpa bimbingan guru dan rujukan yang muktabar.

6.1.8Tidak mengetahui talqin, adab dan kaedah zikir yang sebenar

a. Memberikan talqin zikir tanpa ilmu syarak dan tanpa sanad yang sah.

b. Mengabaikan adab-adab zikir yang ditetapkan oleh syariat.

c. Mengamalkan kaedah zikir yang bercanggah akidah dan syariat.

6.1.9 Menganggap dirinya sebagai maksum

a. Mendakwa terpelihara daripada kesalahan seperti para nabi.

b. Menolak nas al-Qur’an dan al-Sunnah apabila bercanggah dengan pandangan guru.

c. Mewajibkan ketaatan mutlak serta melarang kritikan atau muhasabah.

6.1.10 Menuntut ketaatan mutlak walaupun bercanggah dengan syariat

a. Meletakkan perintah gurunya lebih tinggi daripada hukum syarak, termasuk arahan yang jelas haram, makruh atau menyalahi sunnah.

b. Melarang murid membantah atas alasan penghormatan gurunya walaupun bercanggah dengan syariat secara nyata.

c. Mengancam murid dengan dakwaan terputus barakah, jatuh maqam atau dimurkai Allah.

6.1.11Mendakwa mengetahui perkara ghaib secara mutlak

a. Mendakwa mengetahui perkara ghaib tanpa wahyu atau dalil syarak.

b. Mengaitkan dakwaan ilmu ghaib dengan maqam kewalian atau kasyaf.

c. Menganggap dakwaan tersebut bersifat pasti dan tidak boleh dipertikaikan.

6.1.12 Mendakwa memiliki kuasa keupayaan rohani untuk bertindak (tasarruf) secara mutlak

a. Mendakwa mampu menyembuhkan, melindungi, melapangkan rezeki atau menimpakan mudarat dengan kehendak sendiri tanpa mengaitkannya sepenuhnya kepada Allah.

b. Mengaku mengatur kejadian alam, menentukan nasib manusia, mengikat atau melepaskan bala, serta menguasai makhluk ghaib secara mutlak.

c. Mendakwa orang yang mencapai maqam tertentu tidak lagi terikat dengan hukum syarak kerana telah diberi kuasa tasarruf.

6.2 Penyelewengan berkaitan konsep murid beberapa penyelewengan berkaitan dengan dakwaan konsep murid, antaranya:

6.2.1. Belajar tanpa akidah yang sahih atau akal yang waras

a. Menuntut ilmu tanpa asas akidah yang lurus dan kefahaman akidah Ahli Sunnah wal al-Jamā‘ah.

b. Mendahulukan pengalaman batin, lintasan hati atau rasa rohani berbanding akal yang sihat serta panduan syariat.

c.Terpengaruh dengan khayalan (waham) dan ilusi rohani sehingga gagal membezakan antara hak dan batil.


6.2.2. Belajar kerana tujuan dunia, pujian atau kekuatan ghaib

a. Menuntut ilmu untuk meraih kedudukan, pengaruh, kemasyhuran atau kepentingan duniawi.

b. Mengejar kejadian luar biasa (karamah) dan kekuatan luar biasa sebagai matlamat pembelajaran, bukan penyucian jiwa.


6.2.3. Tidak mengikuti ajaran akidah, syariat dan tasawuf yang sahih

a.Memisahkan tasawuf daripada kerangka akidah dan syariat Islam.

b.Menerima fahaman menyimpang seperti ḥulūl,dan ittiḥād

c.Menolak manhaj Ahli Sunnah wa al-Jamā‘ah dalam isu akidah dan sumber keilmuan.

6.2.4.Berakhlak buruk terhadap guru dan sesama murid

a. Kurang penghormatan dan adab terhadap guru serta bimbingannya.

b. Dikuasai sifat hasad, takabbur dan merendahkan martabat murid lain

c. Mengutamakan kepentingan diri berbanding pembinaan akhlak mulia.

6.2.5. Melakukan maksiat dan mengamalkan bid’ah sesat

a. Melazimi maksiat tanpa taubat nasuha.

b. Mengamalkan atau menghalalkan bid’ah atas nama hakikat dan pengalaman rohani.

c.Membenarkan dan mewajarkan kesalahan dan penyimpangan dengan alasan kasyaf, ilham atau maqam.

6.3. Penyelewengan berkaitan salasilah / sanad tarekat sufi

Beberapa penyelewengan berkaitan salasilah / sanad tarekat sufi adalah
seperti berikut:

6.3.1. Penyelewengan dalam kesahihan dan kejelasan salasilah

a. Mendakwa memiliki salasilah tetapi tidak jelas nama guru, terputus, atau tidak dapat dibuktikan secara sejarah dan keilmuan.

b. Salasilah tidak dapat ditelusuri secara bersambung sehingga kepada Nabi Muhammad.

c. Menganggap dakwaan lisan atau populariti mencukupi tanpa dokumentasi atau pengesahan ulama.

6.3.2. Penyelewengan dalam kaedah penerimaan ilmu dan tarbiah

a. Mengambil talqin, ta‘lim atau suhbah melalui mimpi, ilham atau pengalaman batin, bukan secara zahir daripada guru yang hidup.

b. Menganggap hubungan rohani tanpa pertemuan fizikal sebagai memadai.

c. Menolak kepentingan proses pendidikan bersemuka yang diwarisi dalam tradisi tasawuf.

6.3.3. Penyelewengan dalam keizinan dan pengiktirafan guru mursyid

a. Membimbing murid, membuka bai‘ah atau memberi talqin tanpa keizinan dan pengiktirafan jelas daripada guru mursyid.

b. Mengaku dilantik secara batin atau ghaib tanpa pengisytiharan lisan atau bertulis.

c. Menafikan kepentingan sistem penggantian/wakil guru (khalifah) dalam tarekat.

6.3.4. Penyelewengan dengan menafikan kepentingan sanad dalam pengajian Tarekat

a. Menganggap sanad tidak penting atas alasan hakikat, jalan khusus atau terus kepada Allah.

b. Menyamakan pengalaman peribadi dengan autoriti sanad.

c. Memisahkan tasawuf daripada disiplin ilmu yang diwarisi.

6.3.5. Penyelewengan tujuan salasilah sebagai amanah ilmu kepada jaminan mutlak

a. Menjadikan salasilah sebagai jaminan kebenaran, keberkatan atau keselamatan tanpa menilai syariat, akhlak dan istiqamah.

b. Mengaitkan keberkatan semata-mata dengan nama salasilah, bukan dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul.

c. Menggunakan salasilah untuk menutup kesalahan atau bid’ah.

6.4 Penyelewengan berkaitan amalan kerohanian dalam tarekat sufi. beberapa penyelewengan tersebut adalah seperti berikut:

6.4.1. Amalan Kerohanian Tanpa Sandaran Al-Qur’an, hadis, Ijmak dan Qiyas

a. Amalan dicipta berdasarkan mimpi, ilham atau tradisi lisan tanpa dalil yang sahih daripada Al-Qur’an, hadis, ijmak dan qiyas.

b. Merujuk kepada hadis-hadis palsu tanpa penilaian ilmiah muktabar.


6.4.2. Amalan yang Menyalahi Usul dan Syariat atas Nama Hakikat

a. Menggugurkan kewajipan syariat dengan alasan maqam atau haqiqah.

b. Menjustifikasikan maksiat atau bid’ah sebagai latihan rohani.

c. Memisahkan tasawuf daripada akidah dan fikah.

6.4.3. Amalan Zikir yang Kabur, Menyimpang dan Tidak Difahami

a. Zikir tidak jelas sebutan (sighah), lafaz atau maksud yang mengelirukan.

b. Lafaz zikir bercampur unsur-unsur yang menyalahi tauhid dan syariat.

6.4.4. Amalan Tanpa Talqin dan Keizinan Guru yang Muktabar

a. Amalan diajar atau diamalkan tanpa talqin, ijazah dan disiplin tarbiah yang sah.

b. Guru tidak mempunyai sanad atau kelayakan, atau amalan diambil secara bebas dari sumber tidak jelas.

c. Talqin dianggap tidak perlu atas alasan kasyaf peribadi.

6.5 Penyelewengan berkaitan tempat pengamalan tarekat tasawuf. Beberapa penyelewengan tersebut adalah seperti berikut:

6.5.1. Menganggap tempat amalan tarekat suci tanpa dalil syarak

a. Menganggap tempat tarekat memiliki keberkatan tanpa dalil syarak.

b. Meyakini doa dan ibadah lebih mustajab hanya kerana dilakukan di tempat tersebut.

c.Mengaitkan keselamatan rohani dengan kehadiran fizikal di lokasi tarekat, bukan dengan iman dan amal.

6.5.2.Anggapan Melampau Pengkhususan Ibadah Dan Ritual Berdasarkan       Tempat

a. Mengkhususkan zikir, wirid atau ibadah tertentu hanya sah di tempat tertentu.

b. Mengamalkan zikir secara melampaui batas adab dan panduan syariat seperti hilang lafaz sebenar lafaz zikir.

c. Mengaitkan keberkesanan ibadah dengan lokasi, bukan keikhlasan dan mengikut sunnah.

6.5.3. Pelanggaran syariat atas alasan suasana rohani

a. Membenarkan pergaulan bebas atau percampuran lelaki dan perempuan ajnabi tanpa batasan syariat.

b. Pendedahan aurat atau pelanggaran adab atas nama suluk

c. Menjadikan uzlah sebagai tujuan bukan sebagai wasilah tarbiah.

6.5.4. Dijadikan pusat kebenaran mutlak

a. Menjadikan tempat tarekat sebagai autoriti agama tertutup dan menolak ulama luar.

b. Mengaitkan kebenaran dan keselamatan akhirat dengan keahlian atau keberadaan di tempat tersebut.

c. Mengamalkan ritual, objek atau upacara khurafat.

6.6 Penyelewengan berkaitan dengan adab-adab murid. Beberapa penyelewengan tersebut adalah seperti berikut :

6.6.1. Ikut (taqlid) Buta Terhadap Guru

a. Menerima semua arahan dan pandangan guru tanpa penilaian berasaskan dalil.

b. Menutup ruang semakan dan pertimbangan menurut Al-Qur’an dan Hadis, Ijmak dan Qiyas

c. Menganggap guru sebagai maksum dan tidak boleh silap.

6.6.2. Mendahulukan adab kepada guru sehingga melanggar syariat

a. Menganggap bertanya atau meminta dalil sebagai tanda kurang adab.

b.Mentaati arahan guru walaupun jelas bercanggah dengan hukum syarak.

c.Menganggap mimpi atau ilham guru sebagai hujah agama yang mengatasi al-Qur’an dan hadis, ijmak dan qiyas.

6.6.3.Fanatik Melampau (Ta‘sub) terhadap guru dan tarekat

a. Membela guru dalam apa jua keadaan tanpa pertimbangan kebenaran syariat.

b. Menolak nasihat dan kritikan yang berasaskan ilmu dan dalil sahih.

c. Memandang rendah atau memusuhi pihak lain yang tidak sefahaman atau tidak mengikut tarekat yang sama.

6.6.4. Menisbahkan keselamatan akhirat kepada hubungan dengan guru

a. Menyakini keselamatan akhirat terjamin hanya kerana status sebagai murid.

b. Menggantungkan harapan kepada guru, bukan kepada rahmat dan keampunan Allah.

c. Menganggap guru memiliki kuasa mutlak dalam memberi syafaat atau keselamatan.


6.6.5. Meremehkan Ulama Muktabar Lain Atas Nama Kesetiaan Dan Adab

a. Menganggap hanya guru sendiri berada di atas kebenaran mutlak.

b. Memutuskan tradisi dialog, musyawarah dan nasihat ilmiah sesama ulama.

c. Menjadikan kesetiaan pada guru melebihi kebenaran dan hujah shariat.

6.6.6. Mengabaikan Tuntutan Ilmu Dengan Alasan Adab guru

a. Tidak berusaha menuntut dalil, kefahaman dan disiplin ilmu.

b. Menjadikan adab sebagai pengganti ilmu, bukan pelengkapnya.

c. Menolak panduan majoriti ulama muktabar dengan alasan adab batin sudah memadai.

6.6.7. Menyembunyikan Kesalahan Nyata Atas Nama Menjaga Adab

a.Membiarkan kesilapan dan penyelewengan berterusan tanpa teguran.

b.Menyamakan nasihat yang ikhlas dengan penghinaan atau biadab.

c.Menolak kebenaran atas alasan taat kepada guru.

6.6.8.Menggugurkan Tanggungjawab Sosial Dan Keluarga Atas Alasan Adab

a.Mendahulukan khidmat kepada guru sehingga mengabaikan kewajipan terhadap keluarga dan masyarakat.

b.Menyalahgunakan konsep khidmah sehingga bercanggah dengan tuntutan syariat.

c.Memisahkan antara adab dengan syariat, sehingga adab dijadikan alasan untuk meninggalkan kewajipan syariat.

6.7.Penyelewengan Yang Dikaitkan Dengan Tarekat Yang Dituntut. Beberapa penyelewengan berkaitan adalah seperti berikut :

6.7.1.Penyimpangan Akidah Daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah

a.Menerima fahaman penjelmaan (hulul) dan penyatuan (ittihad) yang menafikan perbezaan Khalik dan makhluk.

b.Mentakwil atau menolak nas akidah yang sudah jelas.

c.Menjadikan pengalaman keruhanian dan kashaf sebagai penentu kebenaran akidah.

6.7.2.Pengamalan Syariat Tanpa Sandaran Sumber Muktabar

a.Beramal berdasarkan ilham, mimpi atau arahan guru tanpa dalil al-Qur’an, hadis, ijmak dan qiyas.

b.Mengabaikan jumahur pendapat ualama muktbar dalam penetapan hukum.

c.Menjadikan tradisi tarekat sebagai pengganti dalil syarak.

6.7.3.Menolak Mazhab Fikah dan Qaul Mukhtar

a.Meremehkan disiplin mazhab dan autoriti fuqaha’ muktabar.

b.Memilih pendapat ganjil (shadh) atas nama jalan khusus dalam tasawuf.

c.Menganggap berpegangan dengan mazhab tidak relevan bagi ahli tasawuf.

6.7.4.Sikap Bermudah-Mudah Dalam Wajib Dan Syubhah

a.Meringankan kewajipan fardu dengan alasan ketinggian maqam rohani.

b.Beramal dengan perkara syubhah tanpa rujukan fatwa ulama muktabar.

c.Mengutamakan perasaan kerohanian berbanding kepatuhan hukum.

6.7.5.Mendahulukan Pengalaman Rohani daripada Shariat

a.Mengutamakan pembukaan hijab (kashf) dan keadaan rohani (hal) walaupun bercanggah dengan syariat.

b.Menilai kesempurnaan suluk melalui pengalaman, bukan mengikut syariat.

c.Meremehkan latihan berasas syariat jika tidak menghasilkan rasa kerohanian.

6.7.6.Menghalalkan Bid‘ah Dalālah Atas Nama Tasawuf

a.Mencipta amalan yang bercanggah dengan al-Qur’an, hadis, ijmak dan qiyas dan menisbahkannya kepada tarekat.

b.Mempertahankan bid’ah sesat sebagai rahsia khusus.

6.7.7.Melampau dalam Perkara Harus dan Zuhud Palsu

a.Berlebih-lebihan dalam lapar, uzlah, berjaga malam hingga memudaratkan

b. Menjadikan zuhud sebagai pameran luar, bukan disiplin hati.

c.Mengabaikan kesederhanaan dan niat ibadah dalam perkara harus.

6.7.8.Menjadikan Ittihad dan Hulul sebagai Matlamat Tasawuf

a.Menganggap penyatuan (ittihad) dan penjelmaan (hulul) dengan tuhan sebagai kemuncak suluk.

b.Menafikan kehambaaan (maqam ‘ubudiyyah ).

c.Membenarkan maksiat tidak salah kerana merasai hilang kewujudan diri (fana’).

6.7.9.Mengutamakan Keadaan Kemabukan Rohani (Sakr)

a.Menganggap hilang kesedaran dan kemabukan rohani sebagai tanda kesempurnaan.

b.Mengabaikan kesedaran Rohani (sahw) yang menepati syariat.

c. Membenarkan tingkah laku luar kawalan atas nama sakr.

6.7.10.Menjadikan Pengalaman Rohani sebagai Matlamat Utama

a.Mengejar kejadian luar biasa (karāmah), perkara-perkara ghaib (ghaibiyyat) dan keadaan Rohani (hal) sebagai tujuan.

b.Mengukur kebenaran melalui rasa kerohanian (zauq), bukan dalil daripada al-Qur’an ,Hadis , Ijmak dan Qiyas 

c.Mengabaikan akhlak mulia, amal salih dan istiqamah.

6.7.11.Memutuskan Hubungan dengan Pemerintah dan Negara

a.Mengasingkan tarekat daripada masjid, masyarakat dan sistem negara.

b.Menolak nasihat serta autoriti pemerintah dalam perkara maslahat umum.

c.Mewujudkan kelompok tasawuf sebagai golongan eksklusif yang tidak terikat dengan shariat dan urusan keduniaan

6.8.Penyelewengan Yang Dikaitkan Dengan Akidah. Beberapa penyelewengan berkaitan adalah seperti berikut :

6.8.1.Kesilapan Konsep Ketuhanan

a.Konsep ketuhanan yang bercanggah dengan al-Quran, hadis, ijmak, qiyas dan hukum akal (wajib, mustahil, harus). 

b.Penafian terhadap sifat-sifat kesempurnaan dan namanama mulia bagi Allah SWT.

c.Alam ini sediada (qadim) seperti sediadanya (qadimnya) Tuhan.

d.Fahaman mujassimah dan mushabihah yang ditegah. Contohnya sifat hayat bererti tubuh badan Allah Ta’ala Maha Hidup, sifat sama’ ertinya telinga, sifat basar yang ertinya mata dan sifat kalam ertinya mulut atau berkatakata.

e.Fahaman ittihad dan hulul antara pencipta dan makhluk contohnya Tuhan bersatu dengan jasad manusia dan roh Tuhan bersatu dengan jasad nabi dan wali.

6.8.2.Kesilapan Dalam Konsep Kenabian

a.Mendakwa para nabi melakukan dosa seperti manusia biasa.

b.Memansuhkan syariat Nabi Muhammad SAW.

c.Mendakwa ada nabi baharu selepas Nabi Muhammad SAW

d.Mendakwa wali lebih tinggi dari Nabi.

e.Menyamakan Nabi dengan ahli falsafah.

6.8.3.Kesilapan Dalam Konsep Hari Kiamat

a.Menafikan kewujudan hakiki hari kiamat, syurga dan neraka seperti yang disebut dalam al-Quran dan Hadis.

b.Mentakwil dengan takwilan yang salah bahawa syurga adalah nikmat dan neraka adalah azab dan ujian manusia di dunia ini sahaja.

6.8.4.Kesilapan Dalam Konsep Roh

a.Mendakwa roh para sahabat, wali, imam, guru menjelma (tanasukh) dalam tubuh ketua atau pengikut.

b.Mendakwa roh adalah nur daripada zat Allah.

c.Mendakwa roh adalah sediada (qadim).

d.Mendakwa roh orang awam (al-’ammah) adalah makhluk dan roh orang-orang pilihan istimewa tertentu (al-khassah) adalah bukan makhluk.

6.9.Penyelewengan Yang Dikaitkan Dengan Syariah. Beberapa penyelewengan berkaitan adalah seperti berikut:

6.9.1.Meremehkan Amalan Fikah Secara Zahir.

a.Amalan zahir syariat secara fizikal dianggap kulit dan amalan batin dengan hati dianggap isi yang lebih bernilai dan penting daripada amalan zahir.

b.Memisahkan secara mutlak hubungan syariat, hakikat, tarekat dan makrifat. Contohnya, beranggapan makrifat adalah intipati tertinggi daripada syariat.

c.Mengutamakan makrifat dahulu kemudian barulah amalan syariat. Jika tidak sempurna makrifat, maka tidak boleh beramal dengan syariat. Contohnya, jika tidak khusyuk dalam hati, maka tidak perlu solat.

d.Menolak dan merendahkan berpegangan mazhab muktabar dalam akidah, fikah, tasawuf, tafsir dan hadis dan lain lain.

e.Memanipulasi ajaran para ulama muktabar mengikut hawa nafsu.

f.Tiada panduan ulama muktabar yang diikuti, hanya menggunakan formula guru/ ketua sahaja.

g.Memanipulasi ajaran dan kata-kata ulama tasawuf yang muktabar dengan versi tafsiran sendiri.

h.Menafikan hukum syarak yang telah maklum seperti wajib solat, puasa, zakat dan haji stelah mencapai maqam kerohanian hakikat yang tinggi

i.Tiada ibadah syariah secara fizikal, hanya dengan batin sahaja seperti solat dengan hati sahaja (solat daim), nikah batin, saksi dan sebagainya.

j.Tiada konsep halal dan haram serta menghalalkan yang haram seperti minum arak, zina dan liwat.

k.Tidak perlu melaksanakan sebarang amal kebaikan kerana dosa dan pahala, neraka dan syurga telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi.

6.10.Penyelewengan yang dikaitkan dengan Tasawuf. Beberapa penyelewengan berkaitan adalah seperti berikut:

6.10.1.Konsep Makrifat Yang Tidak Mengikut Syariat dan Akidah

a.Mendakwa kemuncak ibadah dan tauhid adalah bersatu dengan Tuhan sehingga gugur segala syariat.

b.Pengakuan diri sendiri adalah Allah.

c.Mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Allah SWT.

d.Mendakwa Tuhan yang disembah adalah cahaya (nur) dalam bentuk anggota manusia.

e.Mendakwa diri sebagai Tuhan, Nabi, atau Imam al-Mahdi.

f.Mendakwa diri mengetahui perkara-perkara ghaib secara mutlak.

6.10.2.Bertopengkan ajaran Tarekat Tasawuf

a.Menggunakan istilah dan nama tarekat tetapi intipati ajaran dan iktikad adalah menyeleweng dari usul dan cabang-cabang dalam Islam.

b.Mengajar tarekat tanpa keizinan guru dan tidak mempunyai sanad yang bersambung (muttasil) dengan Nabi SAW.

c.Berpura-pura (taqiyyah) mencintai Nabi Muhammad SAW dan ahli al-bait secara lisan tetapi perlakuan adalah sebaliknya.

6.10.3.Manipulasi Konsep Yaqazah

a.Mendakwa mendapat khabar dalam penambahan atau pemansuhan usul syariat.

b.Menjadikan amalan yaqazah sebagai hujah, tarikan dan dakwaan kebenaran dengan menafikan kebenaran usul yang telah disepakati oleh para ulama muktabar daripada al-Qur’an, hadis, ijmak dan qiyas.

6.10.4.Penyelewengan Tafsiran Martabat Tujuh dan Wahdah Al-Wujud dari   Kerangka Sebenar Ahlu Sunnah Wal Jamaah

a.Kefahaman yang mempunyai ittihad dan hulul iaitu beriktikad Tuhan bersatu dengan makhluk.

b.Berpegang dengan konsep wujudiyyah mulhidah dan batiniyyah semata-mata

c.Menafikan hukum akal (wajib, mustahil, harus) yang telah disepakati oleh ulama akidah Ahli al Sunnah wal Jamaah.

6.10.5.Kekeliruan Konsep Nur Muhammad

a.Nur Muhammad adalah sedia kala (qadim) iaitu bukan makhluk dan setaraf dengan martabat ketuhanan dan boleh menjelma dalam tubuh badan manusia.

6.10.6.Kekeliruan Konsep Kasyaf, Ilham dan Mimpi Yang Tidak Menepati Syarak

a.Mendahulukan ilham dan kasyaf dengan meninggalkan makna zahir al-Quran dan hadis.

b.Pentafsiran al-Quran dan hadis dengan isyarat dan penjelasan yang batil.

c.Mempelajari sesuatu ilmu dan huraian yang salah daripada gurunya. Contohnya, Kaabah dan Safa ialah Nabi Muhammad SAW, Pintu Kaabah dan Marwa ialah Ali bin Abi Talib.

4.4 KESIMPULAN

Garis panduan ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam di Malaysia menurut disiplin tarekat tasawuf Ahlu Sunnah Wal Jamaah.


BAB V RUMUSAN, CADANGAN, KESIMPULAN

5.1PENGENALAN

Tarekat tasawuf merupakan salah satu cabang ilmu Islam yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui pengamalan akhlak mulia dan pembentukan rohani. Namun, dalam pelaksanaannya, terdapat kumpulan tertentu yang menyimpang daripada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), sehingga mencetuskan salah faham dalam masyarakat. Justeru, garis panduan bagi amalan tarekat tasawuf yang sahih telah dirangka untuk memastikan pengamalan ini selari dengan syariat Islam dan bermanfaat kepada umat. Rumusan ini bertujuan merangkum cadangan dan implikasi penting untuk memperkukuh pelaksanaan garis panduan tersebut.


5.2 RUMUSAN

Secara keseluruhan, kajian ini merangkumi aspek utama berkaitan tarekat tasawuf, termasuk pengenalannya, tujuan pengamalan, ciri-ciri yang dituntut, sumber rujukan, serta penyelewengan yang sering dikaitkan dengannya. Kajian ini menegaskan bahawa amalan tarekat tasawuf perlu selari dengan ajaran Islam yang sahih, berlandaskan al-Quran, hadis, dan prinsip Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Melalui perbincangan tentang ciri-ciri tarekat yang benar dan penyelewengan yang dikenal pasti, kajian ini menyerlahkan pentingnya pendidikan dan kefahaman mendalam dalam kalangan masyarakat untuk mengelakkan salah faham atau terjebak dalam ajaran yang menyimpang. Selain itu, panduan yang kukuh dan jelas mengenai amalan tasawuf dapat membantu individu mendekatkan diri kepada Allah dengan cara yang betul serta memperkukuh integriti rohani dan akhlak umat Islam.

Rumusan ini menegaskan keperluan pendekatan yang sistematik dan bimbingan yang tersusun untuk memastikan amalan tarekat tasawuf terus relevan dan menjadi asas kepada pembentukan individu dan masyarakat yang cemerlang dari segi spiritual dan sosial.


5.2 CADANGAN

Garis panduan yang telah disediakan ini perlu disebarluaskan secara menyeluruh kepada masyarakat melalui pelbagai saluran seperti seminar, bengkel, dan penerbitan dalam bentuk buku, artikel serta infografik. Usaha ini penting untuk memastikan masyarakat, khususnya pengamal tarekat, memahami kandungan dan tujuan garis panduan tersebut. Program pendidikan berterusan juga perlu diadakan untuk membantu individu mendalami tasawuf yang sahih mengikut garis panduan yang ditetapkan. Garis panduan ini disarankan untuk dimasukkan ke dalam kurikulum institusi pendidikan Islam, seperti pondok, madrasah, dan universiti. Pendekatan ini dapat memastikan pelajar memahami asas-asas tarekat tasawuf yang sahih sejak awal, sekali gus mencegah salah faham dan penyelewengan. Penggunaan bahan pembelajaran yang interaktif dan relevan dengan konteks moden juga dapat membantu meningkatkan minat dan kefahaman para pelajar. Pihak berkuasa agama digalakkan untuk mengukuhkan pengawasan terhadap pengamal tarekat dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti tasawuf. Garis panduan ini boleh dijadikan asas dalam menilai kesahihan sesuatu amalan tarekat. Selain itu, tindakan penguatkuasaan terhadap kumpulan yang menyimpang perlu dilaksanakan secara tegas, sambil memberi peluan kepada mereka untuk bertaubat dan kembali kepada ajaran yang benar.

Kerjasama erat antara institusi agama, ulama, dan pemimpin komuniti diperlukan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan garis panduan. Institusi agama boleh bekerjasama dengan komuniti untuk menganjurkan program dakwah dan kesedaran. Usaha ini akan membantu memperkukuhkan amalan tasawuf yang sahih dalam kalangan masyarakat serta memupuk perpaduan dalam menangani cabaran berkaitan penyelewengan tarekat.

5.3 KESIMPULAN

Kesimpulannya, garis panduan yang telah disediakan mengenai amalan tarekat tasawuf menjadi rujukan penting untuk memastikan kesahihan dan keberkesanan amalan tasawuf di Malaysia. Usaha untuk menyebarluaskan, memahami, dan mengintegrasikan garis panduan ini ke dalam pendidikan Islam adalah langkah strategik yang boleh memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap tasawuf yang sejati. Selain itu, pengawasan dan penguatkuasaan berterusan oleh pihak berkuasa agama, bersama kerjasama dengan ulama dan komuniti, dapat membantu mencegah penyelewengan serta memperkasakan pengamalan tarekat yang berlandaskan al-Quran dan hadis. Garis panduan ini juga mampu memelihara keutuhan akidah umat Islam sambil mempromosikan nilai-nilai spiritual yang membawa manfaat kepada individu dan masyarakat. Dengan pelaksanaan yang menyeluruh dan sokongan pelbagai pihak, garis panduan ini diharapkan dapat menjadi panduan utama dalam membentuk amalan tasawuf yang sahih, relevan, dan bermanfaat sesuaidengan keperluan zaman serta tuntutan syariat Islam.


RUJUKAN

Abdul Fattah Haron Ibrahim. (1999). Ahli Sunnah Dan Wujudiah-Batiniah (Mengenai Ajaran Salah). Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam.

Abdul Fattah Haron Ibrahim. (1998). Martabat Tujuh Tajalli (Penampakan) Allah Melalui Tujuh Martabat (Lapisan). Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abdul Fattah Haron Ibrahim. (1992). Beberapa Masalah Utama Dalam Tasawuf. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam.

Abdul Fatah Harun Ibrahim.(2010). Ajaran Sesat: Gerakan Sulit Wujudiah- Batiniah Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad, N., & Ibrahim, M. (2020). "Penyelewengan Ajaran Tasawuf di Malaysia: Satu Tinjauan." Jurnal Pengajian Islam, 15(2), 45-62.

Al-Azami Salamah al-Qada’I.( t.th) Al-Barahin Al-Satiah Fi Radd Ba’d Al-Bid’ah Al-Sayyi’ah. Kaherah. Matba’ah al Sa’adah.

Al -Baghdadi, Abd Al-Qahir Bin Tahir Al-Farq Bayn Al-Firaq. Beirut: Dar Al- Kutub Al-Ilmiyyah.

Al-Ansari, Zakaria. (2007). Al-Afkar al-Qudsiyyah fi Bayan Sharh al-Risalah al- Qushayriyyah. t.tp: Maktabah al-Iman.

Al-Bakini, Shu’ayb Idris. (1999). Tabaqat al-Khawjakan al-Naqshabandiyyah wa Sadat al-Mashaikh al-Khalidiyyah al-Mahmudiyyah. Dimashq: Dar al- Nu’man li al-‘Ulum.

Farhan, M., & Latif, R. (2021). "Kepentingan Sanad dalam Tarekat Tasawuf”. Jurnal Usuluddin, 24(1), 67-82.

Al-Ghazzali, Muhammad Muhammad. (1995). Ihya’ ‘Ulum al-Din. Vol.1,3 &4 Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Ghazzali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (2001). Fadaih Al- Batiniyyah Beirut Al-Maktabah al-‘Asriyyah.

al-Ghumari, ‘Abd Allah Muhammad. (2012). Itqan al-Sunnah fi Tahqiq Ma’na al-Bid’ah Misr:  Maktabah al-Qahirah.

Ibn al-Hajar al-Haytami, Ahmad Shihabuddin. (t.th). Al-Fatawa al-Hadithiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Hasan bin Muhammad. (t.th). Tanbih al-Salikin Ila Ghurur al Mutashaiyikhin. t.tp:t.pt.

Imran Abu Amar. (1980). Sekitar Tariqat Naqsyabandiyah. Jakarta: Menara Kudus.

Ismail, S., & Noor, H. (2022). "Pendidikan Tasawuf: Antara Tradisi dan Moderniti”. Journal of Islamic Education, 10(3), 112-130.

Jahid Sidek. (1997). Shaykh Dalam Ilmu Tariqah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Al-Khani, Abd al-Majid Muhammad. (1996). Al-Kawakib al-Durriyyah cala al- Hada’iq al-Wardiyyah fi Ajila’ al-Sadat al-Naqshabandiyyah. (Edits) M. K. al- Kharsah Dimashq: Dar al-Beiruti.

Al-Kalabadhi, Abu Bakar Muhammad bin Ishaq. (1985). Mazhab Orang Sufi. terj. Abdul Majid bin Haji Khatib. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

Al-Kurdi, Muhammad Amin. (1994). Tanwir al-Qulub fi Mu’amalah ‘Allam al- Quyub. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Mujam al-wasit [t.t]. al-Qahirah: t.p.

Muhammad Khairi Mahyuddin, Muhammad Ayman al Akiti, Abd Rashid Muammat Akip dan Zulkarnan Azham. (2021). Fahaman Dan Ajaran Batiniah. Modul Dewan Pakar Ahli Sunnah Wal Jamaah Negeri Johor Darul Ta’zim.Johor: Percertakan Al-Amin: Johor.

Al-Qushayri, ‘Abd al-Karim bin Hawazin. (2005). Al-Risalah al-Qushayriyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Rahman, A., & Zainudin, N. (2019). "Tasawuf dan Ajaran Sesat: Analisis Perbandingan”. International Journal of Islamic Studies, 12(1), 23-38.

Al-Sha’rani, Abd al-Wahab. (t.th). Al-Yawaqit wa al-Jawahir fi bayan ‘Aqa’id al- Akabir. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Al-Sha’rani, Abd al-Wahab. (t.th). Lataif al-Minan wa al-Akhlaq fi wujub al- Tahadduth bi ni’mah Allah cala al-Itlaq. Beirut: A’lam al-Fikr.

Al-Sha’rani, Abd al-Wahhab Ahmad. (2004). Al-Anwar al-Qudsiyyah fi Bayan Qawa’id al-Sufiyyah. Beirut: Dar Sadir.

Al-Sha’rani, Abd Al-Wahhab Ahmad. (t.th). Al-Tabaqat Al-Kubra Al-Musamma Bi Lawaqih Al-Anwar Fi Al-Tabaqat Al-Akhyar. Beirut: Dar Al-Fikr.

Al-Sirhindi, Ahmad B ‘abd Al-Ahad. (t.th). Al-Maktubat Li Al-Imam Al-‘Alim Al- Rabbani Al-Mujaddid li alfi al-Thani Ahmad al-Faruqi Al-Sirhindi. Mua’rrab al- Maktubat al-Sharicah al-Marsum bi al-Durr al-Maknunat al-Nafisah. terj. Muhammad Murad al-Qazani. Istanbul: Siraj Kitabevi.

Al-Sarraj, Abdullah bin Ali. (2001). al-Luma' fi tarikh al-tasawwuf al-Islami. Beirut : Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.

Wan Sulaiman Wan Siddik. (1352H). Mizan al-Uqala’ wa al-Udaba’ Iaitu Pada Menyatakan Makna Shari’ah, Tariqah, Haqiqah, dan Ma’rifah. Penang Matba’ah United Dato Keramat Road.

Wan Sulaiman Wan Siddik. (1335H). Fakihah Janiyyah fi Bayan Ma’rifah al- Ilahiyyah al-Mutabaqah Li’ain Al-Shari’ah al-‘Aliyyah. t.tp .t.pt

Yusuf, Khattar Muhammad. (1999). Al-Mawsu’ah al-Yusufiyyah fi Bayan Adillah al-Sufiyyah. Dimasq: Dar al-Taqwa.

Al-Zubaydi, Muhammad Muhammad. (t.th). Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin bi Sharh Ihya’ ‘Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Fikr.

 

 

 

 

 

 

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 22 September 2026. Jumlah Pelawat : 1,945,064
Kembali ke Atas
Malaysia 95.5% Malaysia
United States of America 2.0% United States of America

Jumlah:

142

Countries
1945064
Hari Ini: 2,124
Minggu Ini: 7,145
Bulan Ini: 44,901
Tahun Ini: 668,840