Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 01/2026 yang bersidang pada 27 dan 28 April 2026 telah memutuskan mengenai permohonan kebenaran memindah kubur salah arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Felda Jengka 18 adalah sepertimana berikut:
(a)Hukum asal penggalian semula kubur orang Islam adalah haram, lebih-lebih lagi setelah berubah jasadnya kecuali jika ada hajah ( keperluan yang mendesak).
(b)Wajib menggali semula kubur jenazah orang Islam yang dikebumikan tanpa diurus secara Syarak, atau salah arah kiblat jika jasadnya masih baru dan belum berubah, untuk diurus secara betul mengikut Syarak dan dikebumikan menghadap kiblat.
(c)Bersetuju bahawa memadai hanya mengubah kedudukan kepok dan batu nisan menghadap ke arah kiblat bagi mengelakkan fitnah, tanpa perlu membuat penggalian semula.
(d)Pengurusan kubur dinasihatkan supaya meletakkan jarak antara kubur yang salah arah kiblat (walaupun kepuknya telah dibetulkan) supaya penggalian kubur baharu tidak terkena jenazah lama.