Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Khamis, 24 September 2026 | 12 Rabiulakhir 1448

e-FATWA

SEMAKAN DAN PENILAIAN RALAT ARAH KIBLAT MASJID DAN SURAU

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 02 Tahun 2026 pada 26 dan 27 Julai 2026 telah memutuskan mengenai semakan dan penilaian ralat arah kiblat masjid dan surau.


Keputusan:
Mesyuarat memutuskan bahawa:


i.Pembinaan masjid, surau, musalla dan tanah perkuburan yang baharu hendaklah menggunakan penentuan arah kiblat yang diiktiraf oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang yang ditentukan berdasarkan kaedah falak yang jelas, iaitu antara 291°–293° bergantung kepada lokasi, dan perlu dipatuhi oleh setiap Muslim. Pandangan ini adalah berdasarkan pendapat lebih zahir dalam mazhab al-Syafie yang mensyaratkan ‘ayn al-qiblah (عين القبلة).


ii.Harus untuk terus berpegang kepada kiblat masjid, surau lama dan tanah-tanah perkuburan yang berhampiran dengan masjid tersebut (kubur yang menggunakan qiblat masjid) bagi meraikan ijtihad arah kiblat orang-orang terdahulu dengan syarat ia kurang daripada 23 darjah ke kanan, atau 23 darjah ke kiri. Pandangan ini adalah juga menurut pendapat kedua mazhab al-Shafie yang mensyaratkan jihah al-qiblah (جهة القبلة) dan bukan ayn al-qiblah. 

iii.Pelaksanaan audit semakan arah kiblat surau dan masjid yang telah dibina berdasarkan ijtihad lama adalah tidak digalakkan dilakukan bagi mengelakkan salah-faham dan kegusaran masyarakat, kecuali  jika kesalahan melebihi darjah yang ditetapkan. Larangan ini juga bagi mengelakkan perbelanjaan besar masyarakat dan kerajaan untuk membuat perubahan kerana perbezaan ijtihad semasa, walhal perbelanjaan tersebut boleh digunakan untuk kegunaan masyarakat yang memerlukannya. Ia bertepatan dengan konsep raf’u al-haraj (رفع الحرج).

iv.Solat-solat terdahulu yang berdasarkan ijtihad arah kiblat lama di masjid dan surau lama yang salah selisih arah kiblat melebihi darjah selisih yang yang ditetapkan,  tidak perlu diqada’ kerana ia merupakan dapatan ijtihad lama, kerana kaedah fiqh menetapkan bahawa tidak terbatal ijtihad dengan ijtihad yang baru (الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد).

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 22 September 2026. Jumlah Pelawat : 1,947,472
Kembali ke Atas
Malaysia 95.5% Malaysia

Jumlah:

142

Countries
1947472
Hari Ini: 2,306
Minggu Ini: 9,553
Bulan Ini: 47,309
Tahun Ini: 671,248