Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Rabu, 23 September 2026 | 11 Rabiulakhir 1448

e-FATWA

STATUS KESUCIAN ENZYMATICALLY DIGESTED CASEIN SEBAGAI BAHAN PENSTABIL VAKSIN BAGI KEGUNAAN INDUSTRI PENTERNAKAN AYAM

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 02 Tahun 2026 pada 26 dan 27 Julai 2026 telah memutuskan mengenai Status Kesucian Enzymatically Digested Casein.


Keputusan:Mesyuarat memutuskan bahawa:


(i)     Status kesucian enzymatically digested casein yang dihasilkan melalui proses hidrolisis dan menggunakan enzim pankreas babi (atau dikenali secara komersial sebagai Casitone) adalah najis.


(ii)     Penggunaan vaksin yang mengandungi enzymatically digested casein bagi industri penternakan ayam adalah harus. Ini kerana ia berada pada tahap hajah (keperluan) iaitu jika ia tidak digunakan, kemungkinan berlaku penyebaran penyakit Mycoplasma gallisepticum (MG) terhadap ternakan ayam.


(iii)     Haiwan yang diberi vaksin yang mengandungi enzymatically digested casein dalam penghasilannya tidak dikategorikan sebagai haiwan jalalah memandangkan penggunaan bahan najis tersebut tidak memberi kesan terhadap ciri-ciri fizikal daging haiwan, termasuk bau, rasa dan kualitinya kerana terdapat tempoh kuarantin yang mencukupi.


(iv)     Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat alternatif yang setanding dengan vaksin yang mengandungi enzymatically digested casein dan vaksin alternatif itu dihasilkan daripada bahan yang tidak haram, pihak berkuasa dan pengusaha industri hendaklah beralih kepada alternatif tersebut.

 
(vii)     Status kesucian vaksin MG F (Mycoplasma gallisepticum – (Strain F)) hendaklah dipastikan tidak mengandungi unsur-unsur lain yang bercanggah dengan syarak.

 

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 22 September 2026. Jumlah Pelawat : 1,945,067
Kembali ke Atas
Malaysia 95.5% Malaysia
United States of America 2.0% United States of America

Jumlah:

142

Countries
1945067
Hari Ini: 2,127
Minggu Ini: 7,148
Bulan Ini: 44,904
Tahun Ini: 668,843