Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Rabu, 16 Oktober 2024 | 13 Rabiulakhir 1446

e-FATWA

PENGGUNAAN E-WALLET MENGIKUT PERSPEKTIF SYARAK

PENGGUNAAN E-WALLET MENGIKUT PERSPEKTIF SYARAK KMJPHS 28/2022

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang (JPHSNP) Bilangan 03/2022 yang bersidang pada 3 & 4 Ogos 2022 telah membuat keputusan seperti berikut :-

Keputusan :
Mesyuarat bersetuju memutuskan agar Penggunaan e-wallet adalah diharuskan dengan syarat menepati parameter yang ditetapkan seperti berikut :
  1. Urus niaga melibatkan transaksi digital hendaklah dilakukan melalui operator e-wallet yang diluluskan dan dikawal selia oleh pihak berautoriti dan patuh syariah sahaja
  2. Pengguna dan operator hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan e-wallet, memahami hak tanggungjawab mereka selaku pihak yang berakad
  3. Dalam pematuhan transaksi ini, operator dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat syariah daripada Penasihat Syariah yang bertauliah:
    1. Hendaklah tiada unsur paksaan
    2. Operator hendaklah menyatakan dengan jelas kontrak yang digunapakai dan implikasi kepada pengguna
    3. Operator hendaklah memastikan terdapat mekanisme pemulangan wang (refund) apabila pengguna menutup akaun atau apabila berlaku kematian kerana wang tersebut milik pelanggan atau waris pelanggan; dan
    4. Pengguna adalah digalakkan untuk menggunapakai e-wallet patuh syariah.