Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Rabu, 04 Februari 2026 | 16 Syaaban 1447

e-FATWA

PELAKSANAAN SERTU INDUSTRI MENGGUNAKAN KAEDAH KHAS (SEMBURAN, CELUP, VAKUM AIR, LAP BASAH, SAPUAN KERING) UNTUK PEMBANGUNAN STANDARD SERTU (MS) BAGI KEPERLUAN INDUSTRI

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 02 /2025 telah bersidang pada 29 hingga 30 April 2025 telah membuat keputusan berikut :

Keputusan:

  1. Mesyuarat bersetuju bahawa Sertu adalah perbuatan menyucikan mana-mana bahagian anggota badan, pakaian, bekas atau tempat yang terkena najis mughallazah(anjing,babi dan terbitan keduanya) dengan tujuh kali basuhan yang salah satu basuhan ialah dengan air bercampur tanah. Namun dalam keadaan tertentu kaedah sertu khas dilaksanakan dalam situasi-situasi yang sukar (masyaqqah) seperti melibatkan peralatan yang sensitif dan boleh rosak dengan penggunaan air atau/ dan tanah.

Sehubungan itu, beberapa kaedah alternatif sebagai kaedah khas telah dicadangkan, iaitu kaedah semburan,vakum air,lap basah dan sapuan kering.

  1. Mesyuarat juga bersetuju:
  • Sertu hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah biasa jika dapat dilaksanakan;
  • Sekiranya kaedah biasa tidak dapat dilaksanakan disebabkan masyaqqah,maka kaedah khas boleh digunakan mengikut turutan berikut:

(a) Semburan(spray);

(b) Vakum air;

(c) Lap basah;

(d) Sapuan kering.

(iii) Bagi situasi dan keadaan yang tidak boleh dilaksanakan dengan kaedah  (i) atau (ii), maka sertu adalah dimaafkan (tergugur dan tidak perlu dilaksanakan).

 

© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 01 Februari 2026. Jumlah Pelawat : 1,367,570
Kembali ke Atas
Malaysia 95.9% Malaysia
United States of America 2.1% United States of America

Jumlah:

113

Countries
1367570
Hari Ini: 2,824
Minggu Ini: 6,253
Bulan Ini: 9,609
Tahun Ini: 91,346