Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%

e-FATWA

KAEDAH PENILAIAN ZAKAT TABUNG UNIT AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB)

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 04/ 2025 pada 13 - 14 Oktober 2025 telah memutuskan bahawa:

1. Kaedah penilaian zakat tabung unit amanah ASNB mengguna pakai kaedah al-Mustaghallat kepada tabung unit amanah ASNB berharga tetap sahaja iaitu penilaian zakat ke atas pengagihan atau dividen dan bukannya ke atas modal pelaburan sebagai pilihan kiraan zakat.

2. Penilaian zakat al-Mustaghallat adalah secara khultah (kolektif) untuk semua tabung unit amanah ASNB yang berharga tetap sahaja. Jumlah zakat akan dikira berdasarkan jumlah pengagihan pendapatan secara kolektif.

3. PNB hendaklah membayar zakat pelabur berdasarkan tempat tinggal atau tempat bekerja pencarum setelah diwakilkan oleh pelabur.
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 21 Jun 2026. Jumlah Pelawat : 1,862,436
Kembali ke Atas
Malaysia 95.7% Malaysia

Jumlah:

142

Countries
1862436
Hari Ini: 799
Minggu Ini: 17,845
Bulan Ini: 55,600
Tahun Ini: 586,212