Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak.
Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Terma & Syarat
Maklumat yang dinyatakan akan dirahsiakan.
Soalan hendaklah jelas dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan mudah difahami. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan (short form) yang tidak dapat difahami adalah tidak dibenarkan.
Pihak Jabatan Mufti Negeri Pahang berhak untuk tidak menerima dan menjawab soalan yang tidak memenuhi kriteria, seperti soalan yang tidak bersesuaian, tidak berkaitan dengan soaljawab agama, berbentuk provokasi, hinaan kepada mana-mana institusi atau orang persendirian atau apa-apa soalan yang boleh ditafsirkan sepertimana disebut di atas.
Soalan yang diterima pada hari cuti Sabtu Ahad, kelepasan am dan selepas waktu bekerja hanya akan diproses pada hari bekerja berikutnya.