06 Ogos 2026
Kenyataan Mengenai Isu Zakat Tabung Haji Bagi Tempoh 2016–2019
Saya mengambil maklum pelbagai kenyataan yang dibangkitkan berhubung isu zakat Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2016 hingga 2019, termasuk kenyataan yang mengaitkan nama saya dan Tan Sri Rashid Husin berhubung perkara tersebut.
Demi mengelakkan salah faham dalam kalangan umat Islam, beberapa perkara perlu diperjelaskan.
1. Isu yang dibincangkan dalam Laporan RCI bukanlah mengenai sah atau tidak sahnya zakat yang telah dibayar.
Perbincangan dalam Laporan RCI berkaitan akad yang digunakan oleh TH dan pendeposit adalah bertujuan menjelaskan kedudukan Syariah dan perundangan yang wujud pada ketika itu serta mengenal pasti penambahbaikan yang perlu dilakukan. Ia tidak boleh difahami secara terpisah sehingga membawa kepada kesimpulan bahawa zakat yang telah dibayar oleh TH adalah tidak sah atau tidak harus.
2. Laporan RCI sendiri telah mencadangkan agar isu tersebut dirujuk kepada autoriti Syariah yang berwibawa.
Sehubungan itu, Laporan RCI mengesyorkan supaya isu tersebut dibentangkan kepada Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). Cadangan tersebut telah dilaksanakan oleh TH melalui pembentangan pada 24 Jun 2024.
Ini menunjukkan bahawa proses penyelesaian isu ini dilaksanakan melalui saluran Syariah yang sewajarnya, bukannya berdasarkan pandangan individu atau spekulasi awam.
3. Pada keadaan sesuatu yang telah berlaku (post event), kedudukan sebenar akad perlu dianalisis berdasarkan hakikat transaksi, bukan semata-mata label akad.
Oleh itu, walaupun pada suatu ketika TH menggunakan istilah akad wadiah, kajian selepas tahun 2018 mendapati kedudukan perundangan TH sebenarnya tidak membenarkan konsep tersebut diaplikasikan secara sempurna kerana ia tidak memberi ruang kepada TH untuk meminjam dana seperti yang berlaku dalam operasi sebenar.
Atas sebab itu, penelitian Syariah mendapati bahawa tabiat sebenar hubungan antara TH dan pendeposit lebih menghampiri hubungan pengurus dana dan pelabur, berbanding dengan konsep wadiah, walaupun terdapat beberapa ketidaksempurnaan dalam pelaksanaannya ketika itu.
Dalam fiqh muamalat, penentuan hukum tidak hanya bergantung kepada nama sesuatu akad, bahkan turut mengambil kira hakikat, tujuan dan kesan sebenar sesuatu transaksi.
4. Terhad kepada situasi kajian perkara yang telah berlaku (post event analysis), atas dasar tersebut, Jawatankuasa Syariah TH memutuskan bahawa pendekatan pengiraan zakat yang digunakan bagi tempoh tersebut masih boleh diterima menurut Syariah.
Setelah meneliti keseluruhan fakta, dokumen dan realiti operasi TH, boleh diterima pandangan Jawatankuasa Syariah bahawa hubungan antara TH dan para pendeposit telah wujud, difahami dan diamalkan sehingga membolehkan pengiraan zakat dibuat menurut pendekatan zakat perniagaan.
Keputusan ini bukan dibuat secara mudah, sebaliknya merupakan hasil penelitian Syariah yang mengambil kira prinsip-prinsip fiqh yang muktabar, serta bagi memastikan ibadah zakat dijalan secara benar, telus dan teratur.
5. Kekurangan dalam pelaksanaan sesuatu akad tidak semestinya membatalkan keseluruhan hubungan Syariahnya.
Dalam fiqh Islam, sesuatu akad tidak semestinya menjadi terbatal hanya kerana terdapat ketidaksempurnaan dalam aspek pelaksanaannya, khususnya apabila hakikat transaksi masih memenuhi ciri-ciri utama sesuatu akad dan masyarakat telah lama berurusan berdasarkan kefahaman tersebut.
Justeru, kewujudan beberapa kelemahan dari sudut dokumentasi atau pelaksanaan tidak boleh terus dijadikan asas untuk menafikan keseluruhan kesan hukum yang telah diputuskan melalui ijtihad.
6. Pendekatan mengesahkan transaksi masyarakat dan mengangkat kesukaran merupakan prinsip yang diiktiraf dalam Syariah.
Dalam isu-isu muamalat yang telah lama berlaku (post event), para fuqaha sentiasa mengutamakan pendekatan yang mengesahkan transaksi masyarakat selagi mempunyai asas yang sah di sisi Syariah serta mengelakkan kemudaratan dan kesukaran kepada umat (raf’ al-haraj).
Pendekatan inilah yang menjadi antara asas pertimbangan Jawatankuasa Syariah dalam menangani isu ini.
7. Isu ini tidak lagi berbangkit bagi operasi TH pada masa kini.
Sejak tahun 2019, TH telah memperkemaskan struktur akad dengan menggunakan akad wakalah yang dilaksanakan secara lebih lengkap dan menepati keperluan Syariah serta perundangan.
Oleh itu, pendeposit tidak perlu bimbang terhadap kedudukan operasi TH pada hari ini.
8. Masyarakat perlu menghormati keputusan institusi Syariah yang dibuat melalui proses ijtihad yang berautoriti.
Perbezaan pandangan dalam isu fiqh adalah suatu perkara yang lumrah. Namun, apabila sesuatu isu telah diteliti secara mendalam dan diputuskan oleh Jawatankuasa Syariah yang diberi mandat menurut undang-undang serta dianggotai oleh para pakar yang berkelayakan, maka keputusan tersebut sewajarnya dihormati.
Adalah tidak wajar sesuatu isu yang telah melalui proses penelitian Syariah yang panjang disederhanakan sehingga menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keabsahan ibadah atau kewajipan agama.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita semua kefahaman yang benar, berlaku adil dalam menilai sesuatu perkara serta memelihara perpaduan umat melalui penyampaian ilmu yang bertanggungjawab.
Oleh:
Profesor Dato Dr Asmadi Mohamed Naim,
Mantan Pesuruhjaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH),
Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang
6 Ogos 2026