Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang mengumumkan bahawa semua masjid di negeri Pahang diminta menganjurkan solat jenazah ghaib mangsa kemalangan bas (terhadap pelajar UPSI), dan bacaan yasin dan tahlil pada hari 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀, 𝟭𝟮 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱, 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗴𝗵𝗿𝗶𝗯 (𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁).
Semoga kita sama sama mendoakan dalam majlis tersebut kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat, dan mendoakan semoga negeri Pahang secara khususnya dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan.
Oleh:
Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang
11 Jun 2025