Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الخميس، 26 كانون1/ديسمبر 2024 | 24 Jamadil Akhir 1446

Panduan & Rujukan

Panduan Puasa Enam Syawal
13 تموز/يوليو 2024

Panduan Puasa Enam Syawal

  1. Lafaz Niat Puasa 6 Syawal :
نَوَيْتُ صَوْمَ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَهْرِ شَوَّالٍ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala.”
  1. Bersahur
  2. Menahan diri dari lapar dahaga serta kehendak hawa nafsu yang buruk
  3. Melakukan amal kebajikan sepanjang berpuasa, melaksanakan kewajipan solat 5 waktu dan amalan-amalan sunat seperti berzikir, membaca al-Quran dan lain-lain
  4. Tidak menghadiri jamuan terbuka aidilfitri kerana hukumnya makruh sewaktu berpuasa 6 syawal orang berpuasa melihat pelbagai jenis hidangan yang menguji puasa mereka
  5. Berbuka puasa dengan membaca doa
  6. Lebih afdal puasa 6 syawal dilaksanakan secara berturut-turut namun jika berasingan hukumnya tetap sah
  7. Menurut Fuqaha Mazhab Syafi’e : Hukumnya harus gabungkan antara puasa wajib seperti puasa ganti (qada’) ramadan, kaffarah dan nazar dengan puasa sunat. Hukumnya juga harus jika digabungkan puasa qada’ Ramadhan dengan puasa sunat 6 syawal Namun, ganjaran atau pahala puasa yang diperolehi kurang sempurna mengikut mazhab Syafi’e, ianya lebih afdhal dikerjakan pada hari berlainan.
  8. Hadis riwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari RA, sabda Nabi SAW:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.”- Riwayat Muslim (1164)
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 17 كانون1/ديسمبر 2024. Jumlah Pelawat : 604,255
Kembali ke Atas
Malaysia 89.2% Malaysia
United States of America 8.4% United States of America

Total:

46

Countries
604255
Today: 412
This Week: 1,208
This Month: 9,842
This Year: 28,670