Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • الأربعاء، 20 أيار 2026 | 3 Zulhijjah 1447

Artikel dan Kajian

Takbir Apabila Melihat Haiwan Korban Atau Terdengar Suaranya
18 حزيران/يونيو 2025

Takbir Apabila Melihat Haiwan Korban Atau Terdengar Suaranya


Menurut mazhab Al-Syafie, pada 10 hari awal Zulhijjah dianjurkan ketika melihat haiwan korban atau terdengar suaranya untuk melakukan takbir. Kata al-allamah Zaynuddin Al-Malibari: وفي عشر ذي الحجة حين يرى شيئا من بهيمة الأنعام أو يسمع صوتها "Disunatkan bertakbir ketika 10 hari awal Zulhijjah ketika terlihat mana-mana haiwan korban atau terdengar suaranya." (Fathul Mu’in, (167)) Nas imam Ibn Hajar Al-Haytami pula: [ويكبر] ندبًا [لرؤية النعم] أي عند رؤية شيء منها وهي الإبل والغنم [في الأيام المعلومات وهي عشر ذي الحجة] "Disunatkan bertakbir [mutlak] ketika melihat haiwan korban iaitu ketika melihat sebahagian daripadanya semisal unta dan kambing, pada hari-hari yang dimaklumi iaitu 10 hari awal Zulhijjah." (Al-Manhaj Al-qawim Bi Syarh Masail Al-Ta’lim (195))
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 19 أيار 2026. Jumlah Pelawat : 1,747,748
Kembali ke Atas
Malaysia 96.0% Malaysia

Total:

119

Countries
1747748
Today: 1,135
This Week: 7,494
This Month: 54,649
This Year: 471,524