Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Ahad, 22 Disember 2024 | 20 Jamadil Akhir 1446

e-FATWA

KAJIAN MENGENAI PERSILATAN TAPA DIRI 65 ATAU BHA THA MIM

Oleh :
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-2/2019, pada 3 Mei 2019

Keputusan :
Kajian Mengenai Persilatan Tapa Diri 65 atau Bha Tha Mim adalah seperti berikut:
  1. Persilatan Tapa diri atau Bha Tha Mim mempunyai perkara yang meragukan dari segi akidah dan syariah dalam amalan dan ilmu kebatinan kerana mempunyai unsur Khawarij Al-Addah ( terkeluar dari kebiasaan ). Ia dibimbangi mempunyai unsur penglibatan jin dalam amalan.
  2. Guru yang mengajar agama tidak mempunyai tauliah dan kelayakkan ilmu keagamaan.
  3. Menjauhi amalan yang meragukan adalah termasuk dalam perkara Sadd Al Zara’i
Sehubungan dengan itu, disebabkan banyak perkara yang meragukan, maka sesiapa sahaja yang menyertai pertubuhan ini adalah dilarang.