18 Jun 2025
Mandi Sunat Hari Raya
Menurut pandangan Muktamad: Bermula waktu sunnah mandi pada hari raya setelah melepasi pertengahan malam hari raya. Dan berakhir waktu sunnah untuk mandi apabila terbenam matahari pada hari raya. Dan waktu paling afdhal untuk melakukannya adalah terbit fajar. Kata al-allamah Al-Bajuri:
( وغسل العيدين ) أي : سواء أراد الحضور أو لا ؛ ولذلك أطلق الشارح هنا وقيد فيما قبله ، وسواء كان حراً أو عبداً ، بالغاً أو صبياً ؛ لأنه يراد للزينة في اليوم... ويخرج وقته : بالغروب ؛ لأنه منسوب لليوم وهو لا يخرج إلا بالغروب. والأفضل : فعله بعد الفجر ، وإنما جاز قبله من نصف الليل ؛ لأن أهل البوادي يبكرون إلى العيدين ، فلو لم يجز الغسل لهما قبل الفجر.. لشق عليهم ، ولا يصح أن يغتسل قبل نصف الليل ، بل يحرم عليه إن قصد ذلك ؛ لأنه تلبس بعبادة فاسدة.
“Dan mandi hari raya – iaitu, sama ada seseorang itu berniat untuk hadir solat hari raya atau tidak; oleh itu, Al-syarih (Ibn Qasim) menyebutkannya secara umum di sini, sedangkan sebelum ini beliau menyatakannya secara terperinci. Sunnah ini juga merangkumi sama ada seseorang itu merdeka atau hamba, baligh atau kanak-kanak; kerana mandi ini bertujuan untuk berhias pada hari tersebut. Waktu mandi ini berakhir dengan terbenam matahari, kerana ia dinisbahkan kepada hari raya, dan hari tidak tamat melainkan dengan terbenamnya matahari. Waktu yang paling afdal untuk mandi ialah selepas terbit fajar. Namun diharuskan mandi bermula dari tengah malam kerana penduduk di kawasan pedalaman kebiasaannya keluar awal untuk menunaikan solat hari raya. Jika mandi tidak dibenarkan sebelum waktu fajar, ia akan menyukarkan mereka. Namun tidak sah untuk mandi sebelum tengah malam, bahkan ia diharamkan jika seseorang itu berniat sedemikian, kerana ia termasuk dalam perbuatan ibadah yang rosak”. (Hasyiah Al-Bajuri (353/1))