Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
  • Sabtu, 05 Julai 2025 | 9 Muharam 1447

Panduan & Rujukan

Amalan di Hari Asyura
04 Julai 2025

Amalan di Hari Asyura


1. BERIBADAH DI MALAM ASYURA
.
Para ulama Fiqh mengatakan sunat menghidupkan malam Asyura dengan banyak ibadah. Dalam hadits riwayat imam Khollal dari Khalid bin Ma’dan secara Mauquf disebutkan:
.
خمس لَيَال فِي السّنة من واظب عَلَيْهِنَّ رَجَاء ثوابهن وَتَصْدِيقًا بوعدهن أدخلهُ الله الْجنَّة : أول لَيْلَة من رَجَب يقوم لَيْلهَا ويصوم نَهَارهَا ، وَلَيْلَة الْفطر يقوم لَيْلهَا وَيفْطر نَهَارهَا ، وَلَيْلَة الْأَضْحَى يقوم لَيْلهَا وَيفْطر نَهَارهَا ، وَلَيْلَة عَاشُورَاء يقوم لَيْلهَا ويصوم نَهَارهَا
.
“Lima malam dalam setahun, siapa yang beribadah padanya berharap pahalanya dan membenarkan janjinya, akan Allah masukkan ke dalam syurga. Malam pertama bulan Rajab, beribadah di malamnya dan puasa di siang harinya. Malam Aidul Fitri, beribadah di malam harinya dan berbuka di siangnya. Malam Aidul Adha, beribadah di malam harinya dan berbuka di siang harinya. Malam Asyura, beribadah di malam harinya dan puasa di siang harinya.” (HR Al Hafiz Ibnul Mulaqqin dalam al Badrul Munir 40/5, serta al Hafiz Ibnu Hajar dalam Talkhisul Habir No. 676.)
.
Antara ibadah yang disebutkan juga di dalam hadits ialah ‘at Tausiah’, bersedekah dan memperbanyak nafakah untuk keluarga. Di dalam kitab Fikih Mazhab Maliki, Mawahibul Jalil, sebuah hadits disebutkan:
.
من وسع على أهله ليلة عاشوراء وسع الله عليه سائر السنة
.
“Siapa yang memperluas nafakah untuk keluarganya pada malam Asyurah maka Allah akan meluaskan rejekinya sepanjang tahun.” Diriwayatkan dari Umar r.a secara Mauquf, sanadnya kuat. [1]
.
Disunatkan juga ibadah-ibadah lainnya, dan inilah pendapat ulama-ulama Mazhab Hanafi, Syafii juga Hanbali sebagaimana di dalam kitab al Furu’ kitab Fikah mazhab Hanbali.
.
2. MEMPERBANYAKKAN ZIKIR, BACA AL-QURAN DAN BERDOA
.
Disunatkan memperbanyakkan zikir, membaca al-Qur’an dan berdoa. Antara zikir dan doa yang disebutkan oleh para ulama adalah yang dinyatakan di dalam kitab Nihayatuz Zain:
.
ونقل سيدي علي الأجهوري أن من قال يوم عاشوراء سبعين مرة : حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلِ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ، كفاه الله تعالى شر ذلك العام
.
“Dan Sayyidi Imam Ali al Ajhuri menukil bahawa siapa yang membaca tujuh puluh kali:
.
حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلِ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ
.
Allah akan cukupkan (menjaganya) dari keburukan tahun tersebut.”
.
3. BERPUASA
.
Sunat muakkad puasa di hari Asyura, sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa kitab Fikah Mazhab Syafii:
.
ويسن متأكدا صوم يوم عاشوراء
.
“Sunat secara muakkad puasa hari Asyura.” [2]
.
Bersandarkan kepada Hadis Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya no 2003 dari Muawiyah r.a, Nabi saw bersabda:
.
هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ وَلَمْ يُكْتَبْ عَلَيْكُمْ صِيَامُهُ وَأَنَا صَائِمٌ فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ ، وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِر
.
“Ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan kalian berpuasa, tapi aku puasa, siapa yang ingin berpuasa maka berpuasalah, siapa yang tidak ingin maka berbukalah.”
.
Antara kelebihan puasa Asyura adalah:
.
صَوْمُ عَاشُورَاءَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
.
“Puasa hari Asyura akan menghapus dosa setahun sebelumnya.” HR Imam Muslim no 2804 dan Nasa’i 2809 dari Abu Qotadah r.a.
.
4. MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DAN NAFKAH KEPADA KELUARGA
.
Imam Ibnu Abdil Bar meriwayatkan:
.
ﻣَﻦْ ﻭَﺳَّﻊَ ﻋَﻠَﻰ ﻧَﻔْﺴِﻪِ ﻭَﺃَﻫْﻠِﻪِ ﻳَﻮْﻡَ ﻋَﺎﺷُﻮﺭَاءَ ﻭَﺳَّﻊَ اﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺳَﺎﺋِﺮَ ﺳَﻨَﺘِﻪِ
.
“Siapa yang meluaskan (pemberian nikmat) kepada dirinya dan keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun.” (Dari pada kitab al Istidzkar Ibnu Abdil Bar daripada Jabir. Jabir berkata: “Kami mencubanya dan kami dapati ianya benar (mujarrab),” begitu juga dikatakan oleh para perawi hadis ini. Sanad hadis ini menurut Imam Abu Zur’ah dalam at-Tausi‘ah ‘ala al-‘Iyal adalah sahih atau hasan.
.
Dalam Mausuah Fiqih Kuwait, dinukil dari Kasyful Qana disebutkan, ia berkata:
.
قَدْ جَرَّبْنَاهُ مُنْذُ خَمْسِينَ سَنَةً أَوْ سِتِّينَ فَمَا رَأَيْنَا إِلاَّ خَيْرًا
.
“Kami sudah cuba (amalan ini) selama lima puluh tahun atau enam puluh tahun, kami tidak menjumpai kecuali kebaikan.”
.
5. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT
.
Antara yang sunat di hari Asyura adalah banyak bertaubat dan Istighfar, di dalam hadis disebutkan daripada Ubaid bin Umair dalam riwayat Ibnul Ja’di dalam Musnadnya no 1897:
.
إِنَّ الْمُحَرَّمَ شَهْرُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، وَإِنَّ فِيهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، أَذْنَبَ فِيهِ قَوْمٌ ذَنْبًا عَظِيمًا ، فَتَابُوا فِيهِ فَكَانَ يُسَمَّى يَوْمَ التَّوْبَةِ قَالَ : فَلاَ يَمُرَّنَّ عَلَيْكَ إِلاَّ صَمْتُهُ.
.
“Sesungguhnya Muharram adalah bulan Allah ‘Azza wa Jalla, di dalamnya terdapat hari Asyura. Ada sekumpulan orang yang melakukan dosa besar pada hari itu, lalu mereka bertaubat pada hari Asyura. Maka, ia dinamakan sebagai Hari Taubat. Jangan biarkan hari itu berlalu tanpa engkau berpuasa.”
.
Dalam riwayat imam Ahmad dan Tirmudzi disebutkan:
.
إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ فِيهِ يَوْمٌ تَابَ اللَّهُ فِيهِ عَلَى قَوْمٍ وَيَتُوبُ فِيهِ عَلَى قَوْمٍ آخَرِينَ
.
“Jika engkau berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Muharram, kerana Muharram adalah bulan Allah. Di dalamnya terdapat satu hari di mana Allah menerima taubat suatu kaum dan memberikan taubat kepada kaum yang lain.” Musnad no 1321 dari Ali , Sunan Turmudzi no 746, ia berkata: “Hasan ghorib.”
.
Dalam kitab al Lafzhul Mukarram dikatakan:
.
ففي ذلك إشارة إلى أن التوبة تقبل في هذا اليوم من التائبين
.
“Ini adalah isyarat bahawa taubat daripada ahli Taubat akan diterima pada hari Asyura ini.”
.
RUJUKAN:
.
[1] Hadis ini disebutkan di dalam kitab Mawahibul Jalil 316/3. Dalam nota Kaki kitab ini juga 317/3 disebutkan:
قال في المقاصد الحسنة وفي الأثر الذي ذكره عمر التوسعة على الأهل في ليلة عاشوراء وفي الأحاديث السابقة التوسعة على الأهل في يوم عاشوراء فينبغي أن يوسع على الأهل فيهما وقال الشيخ زروق في شرح القرطبية فيوسع يومه وليلته من غير إسراف ولا مرآة ولا مماراة وقد جرب ذلك جماعة من العلماء فصح انتهى

[2] Hasyiyah I’ananatut Tholibin 301/2
© Hakcipta Terpelihara Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini.
Kemaskini Terakhir : 20 Julai 2025. Jumlah Pelawat : 957,167
Kembali ke Atas
Malaysia 96.1% Malaysia
United States of America 2.3% United States of America

Jumlah:

84

Countries
957167
Hari Ini: 779
Minggu Ini: 8,204
Bulan Ini: 6,957
Tahun Ini: 350,503